Wednesday, December 2, 2015

Pengalaman percutian ke Rome, Venice, Florence dan Pisa, Italy

Assalamualaikum pembaca blog ini, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi cerita pengalaman percutian kami selama seminggu di Itali. Sudah lama saya impikan untuk bersiar-siar bersama suami di Venice yang dikatakan antara kota romantis sama seperti Paris. Tidak saya sangka peluang dan keinginan untuk ke Itali tertunai pada bulan February tahun ini sempena mengambil kesempatan suami yang mempunyai tugasan di Vienna selama seminggu. Selesai tugasannya di Vienna kami menaiki penerbangan ke Rome dan pulang semula ke Vienna untuk menaiki penerbangan Emirates pulang ke Malaysia. Semoga perkongsian cerita dan pengalaman ini ada manfaatnya, Insya Allah..

Day 1
Flight Air Berlin dari Vienna ke Rome berlepas jam 10.50 pagi dan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit perjalanan. Dalam flight, kami dihidangkan dengan sandwich dan jus dan harga tiket yang dibeli juga sudah termasuk checked in luggage 23 kg seorang. Bagi saya, harganya agak berpatutan selain menjimatkan masa berbanding menaiki tren malam ke Venice dan kemudiannya ke Rome yang mengambil masa hampir 12 jam dari Vienna ke Venice sahaja.

Jam 1.30 petang kami selamat mendarat di Fumiciono Airport dan mengambil luggage. Kami tidak perlu melalui pemeriksaan imigresen kerana terbang melalui airport Vienna. Keluar dari airport kami ke booth tiket Trenitalia dan membeli tiket tren Leonardo Express ke Roma Termini dengan kos 14euro seorang. Sebelum menaiki tren, kita perlu pastikan tiket kita dimasukkan dalam mesin untuk divalidate kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kita akan didenda sehingga 500euro.

Setengah jam kemudian kami sampai di Roma Termini dan keluar melalui pintu sebelah kiri dan berjalan melalui susur jalan kecil dan 5 minit kemudian kami sampai di Hotel Sweet Home, penginapan kami selama 2 malam di Rome. Bruno, receptionist hotel memberikan kami map dan menerangkan serba sedikit tentang Rome. Hotel di rome ini perlu dibayar city airport tax sebanyak 3euro seorang untuk satu malam. Disebabkan kami berdua dan tinggal 2 malam di Rome kami membayar 12euro untuk tax berkenaan dan perlu dibayar secara tunai.

Coleseum monumen pertama yg kami lawati di rome
City tax ini tidak termasuk dalam harga bilik yang telah dibayar atau booking. Satu-satunya sistem yang belum pernah kami temui di negara-negara sebelumnya yang kami pergi kerana seperti di Vienna, Paris, Prague, London mahupun di Jepun city tax nya sudah termasuk dalam harga bilik yang dibayar. Selesai berehat sebentar dan solat kami keluar mencari makan dan berjalan ke arah Coleseum untuk bergambar dan melawat tempatnya. Kami memang tidak berhajat untuk masuk ke dalam Coleseum kerana kekangan masa dan juga pernah melawat monumen yang lebih kurang sama di Pegasus Turkey.

sweet home hotel rome
Selesai bergambar sakan di kawasan Coleseum kami berjalan kaki pulang ke hotel dan singgah makan nasi di kedai indian halal food yang kesemuanya berharga 12euro. Jam sudah menginjak ke jam 6 petang kami pulang semula ke hotel dan sejam kemudian kami keluar semula berjalan-jalan sekitar kawasan hotel dan Roma Termini untuk membeli air minuman dan sedikit makanan disebabkan hotel kami tidak menyediakan sarapan pagi. Mujur juga saya sudah bawa siap-siap kettle dan senang untuk membuat air panas di bilik.

Jam 8 malam kami pulang ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Mata pun sudah mengantuk dek bangun awal pagi dari Vienna tadi. Huhu

Day 2
Pagi ni kami bersarapan milo, kopi dan biskut sahaja. Barang-barang berharga seperti duit euro dan pasport sudah kami asingkan dan diletakkan ke dalam pouch or belt pouch dan dimasukkan ke dalam jaket. Yang tinggal di luar atau dalam poket winter jacket hanya telefon bimbit dan dompet syiling euro dan beberapa keping matawang euro untuk dibelanjakan pada hari tersebut. Dalam handbag yang saya silangkan di badan telah saya masukkan wet tissues, botol kosong, tisu, map dan botol minuman dan juga vaselin.

antara bus HOHO di rome
Jam 9 pagi kami sudah keluar untuk menaiki bas hop on hop off (HOHO) yang tiketnya sudah kami beli di hotel penginapan kami. Kami berjalan ke tempat menunggu bas yang terletak berhadapan Roma Termini dan memulakan perjalanan kami ke 9 tempat-tempat menarik sekitar Rome. Kami memilih untuk duduk di tingkat atas bas double decker tersebut.

singgah minum cappucino di cafe rome
Walaupun kesejukan yang teramat sangat kerana angin yang kuat kami sakan mengambil gambar dan menikmati pemandangan serta menghayati sejarah kota Rome melalui penerangan audio yang turut disediakan dalam bahasa inggeris. 

Vatican city 
Kami bercadang untuk melengkapkan satu pusingan terlebih dahulu dan turun untuk makan tengahari di kawasan roma termini. Kemudian naik semula menggunakan tiket yang sama kerana tiket yang dibeli valid untuk seharian 24jam.

menu lunch berdekatan hotel kami
Kami menikmati hidangan lunch kami di restoran indian dan makan ikan bakar dan lamb curry. Selesai makan kami naik semula bas HOHO dan berhenti di kawasan Roman Forum dan bergambar di kawasan tersebut. Menurut Bruno, receptionist hotel penginapan kami, dia menasihatkan pelancong "to walk around rome as much as possible because theres so much to discover when we walk around narrow alleys of rome" huhu.

roman forum
Menyambut saranan Bruno kami berjalan kaki dari Roman Forum ke arah Ponte Palatino, Ponte Fabricio, The Pantheon, Trevi Fountain, Fontana Bernini dan Spanish Steps. Menariknya di kawasan ponte keadaannya tidak ubah seperti Charles Bridge di Prague yang penuh dengan orang-orang yang mempamirkan hasil seni termasuk lukisan-lukisan yang sangat cantik.

salah satu ponte disini
Harga lukisan juga agak berpatutan dijual dengan harga serendah 5euro sehingga 25euro bergantung kepada saiznya. Kami membeli sebuah lukisan disini buat kenang-kenangan.

hasil seni yang dijual di jambatan berdekatan ponte fabricio
Di kawasan menuju ke Pantheon juga kami melalui lorong-lorong sempit seperti dalam cerita Eat Pray Love lakonan Julia Roberts. Di kawasan Pantheon kami hanya sekadar bergambar dan berjalan menuju ke arah Trevi Fountain.

The Pantheon
Kami singgah makan gelato di kedai Della Palma Gelato Di Roma dan rating yang diperolehi oleh kedai ini dari laman web Tripadvisor adalah 5 bintang! Memang enak sekali gelato di sini. Caranya agak mudah, masuk ke dalam kedai kita harus terus ke cashier/cassa dan memilih berapa scop gelato yang dikehendaki. Satu scop berharga 2.50euro. 

pelbagai perisa gelato di kedai ini
Kemudian kita akan diberikan resit dan perlu ke tempat gelato dan memberikan resit tersebut kepada pelayan. Beritahu saja perisa apa yang dikehendaki dan nikmatilah gelato anda. Memang sangat enak gelato di Italy ini walaupun makan dalam keadaan sejuk di luar kedai. hehehe

Palazzo Di Montecitorio
Kami meneruskan langkah menuju ke Trevi Fountain dan melalui kawasan Palazzo Di Montecitorio. Dalam perjalanan singgah kedai kebab istanbul untuk menumpang toilet/wc. Sebagai cover yang kami ingin menumpang toilet, kami membeli mineral water di sini. Hehe. Agak sukar juga sebenarnya mencari tandas awam di sini. Sampai di Trevi Fountain kami bergambar sakan dan berehat sebentar melihat gelagat pelancong yang datang dari pelbagai negara pelusuk dunia.

trevi fountain yang masih dalam kerja baikpulih
Sayang sekali Trevi Fountain sedang dalam proses baikpulih dan air di kolamnya juga dikeringkan untuk tujuan menaiktaraf. Ramai juga kelihatan pelancong-pelancong yang membaling duit syiling ke dalam kolam dengan kepercayaan akan datang semula ke Rome satu hari nanti. Untungnya kutipan wang syiling dapat dipungut secara puratanya 3000euro sehari dan digunakan bagi tujuan kebajikan.

spanish steps dari tingkat atas
Kami seterusnya berjalan ke arah Ponte Bernini dan juga Spanish Steps. Di Spanish Steps kami dapat lihat beberapa trick orang tempatan yang mencari wang dengan cara memberikan bunga ros dan meminta wang yang tidak masuk akal untuk 3 kuntum ros tersebut. Ada juga yang menjual payung dan selfie stick kepada pelancong. Hari sudah beransur jam 3petang, kami bercadang untuk pulang dahulu ke hotel untuk solat dan berehat. Kami berjalan kaki semula ke arah Fontana Bernini dan menunggu bas HOHO di sini untuk pulang ke hotel.

Fontana Bernini
Jam 5.30 petang kami keluar semula untuk berjalan sekitar Roma Termini untuk membiasakan diri di kawasan ini. Kami juga berjalan ke arah Hotel Cambridge, penginapan kami untuk malam terakhir di Italy nanti. Kami seterusnya ke arah terminal bas dan membeli keychain dan fridge magnet disini kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai lain. Kami makan malam di kedai pakistan dan makan nasi beriani ayam dan kambing tetapi portion lauknya agak sedikit dan rasanya juga agak kurang enak. Selepas singgah membeli sedikit lagi souvenier buat anak buah saya dan singgah tapau ayam goreng di chicken hut set afrika yang berharga 6euro, kami pulang ke hotel untuk berehat bagi aktiviti keesokan harinya.

Day 3
Pagi ini sesudah packing kami turun ke kawasan sekitar hotel mencari sarapan. Mujur juga ada sebuah kedai menjual kebab sudahpun dibuka dan kebab menjadi pilihan saya untuk bersarapan. Suami memlih ayam bakar dan teh susu yang kesemuanya berharga 10euro. Kami pulang ke hotel dan check out, mengambil luggage dan berjalan ke arah Roma Termini. Di stesen roma termini kami segera membeli tiket awal pagi untuk ke airport kerana khuatir akan sold out.

Kemudian jam 10.50 pagi tren kami bertolak ke Santa Lucia Venizia dan kami sampai di Venice jam 2.30 petang. Kami cuba mencari arah ke hotel tetapi tidak berjumpa lalu masuk semula ke stesen keretapi menuju Information Centre.

hotel kami untuk 2 malam di venice
Kami membeli map dan panduan berharga 3.50euro dan diberitahu tentang lokasi hotel kami. Penat juga mengheret beg roda untuk ke hotel kerana terpaksa melalui jambatan yang mempunyai banyak anak tangga.

pemandangan canal dari tingkap hotel penginapan kami
Selesai check in Hotel Arlecchino kami segera bersolat dan memulakan perjalanan ke arah Piazza San Marco atau dalam bahasa inggerisnya St Mark Basilica. Kami hanya berpandukan arah dalam peta, dan anak panah yang ditulis di bangunan-bangunan sebagai panduan menuju ke arah San Marco. Selebihnya kami hanya berpandukan orang ramai yang berjalan ke arah sana. Huhu. Dalam perjalanan kami singgah makan kebab di Kedai Habibi kerana lapar yang teramat sangat. Mujur juga kami singgah makan disini kerana tidak terdapat kedai lain lagi yang menjual makanan halal.

di Rialto Bridge
Kami melalui Rialto Bridge, Marco Polo Statue dan akhirnya berjumpa Piazza San Marco. Walaupun hari sudah semakin gelap kami bergambar sakan disini bertemankan angin yang sangat sejuk. Huhu.

San Marco Square
Kemudian kami berjalan pulang menuju arah Piazza Roma dan singgah makan gelato 2 scoop seorang di kedai Gelato Da Passeggio yang kesemuanya berharga 4 euro sahaja!

makan gelato yang sedap dan murah
Sampai di hotel kami membersihkan diri, solat dan berehat untuk aktiviti keesokan harinya pula. 

Day 4
Kami bersarapan di hotel yang menyediakan sarapan buffet yang mempunyai beberapa pilihan seperti buah-buahan, cereal, cheeses, yoghurt, telur, roti, pastries dan juices. Agak mengenyangkan juga dengan hidangan yang disediakan.

sarapan pagi di hotel arlechinno
Jam 8.30 pagi kami berjalan ke arah Piazzale Roma membeli tiket ke Murano Island. Kami membeli 24hour waterbus passes berharga 20euro seorang dan dengan pass tersebut dapat cover semua perjalanan pergi dan balik ke Murano Island, jalan-jalan sekitar Venice dan pulang semula ke stesen keretapi keesokan harinya. Selepas membeli pass tersebut kami ke jeti C untuk menaiki water bus ke Murano Island. Agak mudah menggunakam pass kerana sebelum menaiki waterbus perlu validate terlebih dahulu di mesin yang disediakan.

Jeti bertanda C untuk ke Murano
Jam 9.20 pagi feri kami bertolak ke Murano Island dan kami berkesempatan untuk melihat demonstrasi pembuatan barangan daripada kaca disini atau dipanggil Glass Blowing Demonstration dan tiket masuknya perlu dibayar 5 euro seorang.

di Murano Island
Pelbagai bentuk kaca dibuat daripada bentuk binatang, bunga dan pelbagai lagi berdasarkan kreativiti master nya. Selesai melihat demo tersebut kami berjalan-jalan sekitar pulau tersebut dan menaiki semula feri untuk pulang ke hotel.

demonstrasi pembuatan kaca
Kami decide untuk pulang solat di hotel terlebih dahulu sebelum menyambung sightseeing kami semula pada hari ini.

Pintu masuk ke blowing glass demostration
Kami menaiki feri semula dan turun di stesen Rialto berhadapan Rialto Bridge. Perut yang amat lapar telah mula menganggu dan di kawasan ini tidak ada restoran yang menjual kebab atau daging halal jadi saya dan suami memutuskan untuk makan di restoran seafood berdekatan piazza san marco. Kami diterangkan siap-siap oleh pelayan yang beragama islam disini bahawa makanan yang dihidangkan tidak mempunyai daging mahupun dicampurkan arak. Semua yang dihidangkan hanyalah berasakan makanan laut sahaja.

Seafood spageti sebagai starter
Kami memilih untuk mengambil set makan tengahari yang mengandungi starter, main course dan dessert manakala airnya dibayar berasingan. Starter kami ialah spagetti seafood with tomato sauce dan sardine with onion.

Tiramisu made in italy huhu
Main course pula squid fried with potatoes dan squid with black sauce yang tidak dapat kami habiskan berikutan rasanya yang agak masin dan sudah agak kekenyangan dek spagetti yang banyak tadi. Desserts kami agak istimewa kerana dihidangkan dengan tiramisu yang sememangnya berasal dari Italy. Tiramisu kami yang dihidangkan bersama whipped cream memang sangat enak sekali rasanya.

St Mark Basilica
Selesai menikmati lunch kami berjalan semula ke arah rialto bridge dan membeli shawl made in italy. Kemudian sedang kami membelek-belek beg kulit saya disapa oleh seorang wanita yang juga berasal dari Malaysia. Agak panjang kami bersembang dan saya dan suami menunjukkan arah ke tempat makanan halal kepadanya.

Marco Polo Statue
Saya dan suami kemudiannya berjalan pulang ke arah Piazza Roma dan singgah membeli souvenier di sebuah kedai. Dapat juga membeli fridge magnet, murano glass buat hadiah kawan suami di Vienna dan sebuah mug buat kenang-kenangan. Kami singgah membeli gelato di kedai yang sama seperti semalam kerana rasanya yang sungguh enak dan harganya juga agak murah.

Piazza san marco
Kami singgah semula di kedai menjual kebab dan kami membeli kebab untuk dibawa pulang ke hotel, untuk bekalan makan malam nanti. Sempat juga saya menumpang tandas dan kami memberikan wang RM1 dan menulis nota kepadanya dan ditampal di dinding kedainya seperti kebanyakan pengunjung lain.

pelbagai matawang yang dihadiahkan di kedai kebab disini
Kebabnya memang terasa sedap, mungkin kerana kami memang lapar dan mungkin juga kerana tiada pilihan lain.hehe. Pulang ke hotel kami berehat dan berkemas untuk check out keesokan harinya.

Day 5
Pagi ini kami bangun agak awal dan bersiap-siap untuk turun bersarapan awal. Selesai sarapan kami naik semula ke bilik mengambil luggage dan segera check out dan berjalan ke arah Piazza Roma untuk mengambil water bus ke Ferrona, tempat stesen keretapi Santa Lucia.

breakfast kami di venice
Kami masih mempunyai baki setengah jam lagi dari tiket yang telah validated semalam selama 24jam. Jam 9pagi kami sudah berada di terminal stesen dan jam 9.35pagi tren kami bergerak ke Florence.

Dalam water bus
Jam 11.30 pagi kami turun di Firenze Santa Maria Novella di bandar Florence dan exit melalui pintu kanan dan terus menyeberangi jalan menuju ke arah hotel. Selepas beberapa langkah melintas jalan, hotel kami iaitu Hotel Boccacio tersergam dihadapan mata. Memang sangat dekat dengan stesen tren bagi memudahkan pergerakan kami.

stesen bas yg tertulis rossa yg perlu dinaiki untuk ke Pisa tower dan pulang semula ke stesen keretapi
Selesai check in dan diberikan kunci bilik kami menghantar luggage ke bilik dan segera keluar dari bilik untuk ke arah stesen tren semula dan membeli tiket ke Pisa pada jam 12.30 tengahari berharga 8euro dan menaiki tren di terminal 1A. Sejam kemudian kami sampai di Pisa Centrale dan selepas keluar dari stesen kami menyeberang jalan dan tunggu bas berwarna merah/rossa di hadapan hotel Nh. Tiket bas kami beli direct dengan pemandunya yang berharga 2uero untuk perjalanan selama 70 minit.

sampai juga kami di Pisa melihat menara condongnya
Di Pisa kami bergambar sakan disini dan sudah set kan masa untuk berada di sini selama 2 jam sahaja dan akan pulang ke Florence semula menaiki tren jam 4 petang. Semasa menunggu bas untuk pulang semula ke stesen tren Pisa Centrale, kami dikejutkan oleh wanita tempatan yang bercerita tentang sekumpulan anak remaja perempuan yang baru sahaja cuba mencopet pelancong. 

Menara Pisa
Pakaian pickpocket remaja tersebut hampir sama seperti kebanyakan pelancong kerana mereka suka menyamar sebagai pelancong untuk menyeluk saku, mencuri wang, telefon bimbit dan sebagainya. Kami bersyukur kerana diberitahu oleh wanita tersebut dan semakin berhati-hati. Dalam hati, saya berterusan berdoa dan memohon perlindungan dari kejahatan manusia-manusia tersebut.

lunch kami di florence
Jam 4 petang kami sudahpun berada dalam tren menuju pulang ke Florence, sebuah bandar yang bermulanya italian Renaissance. Mujur juga hotel penginapan kami berdekatan sahaja dengan stesen keretapi. Kami singgah solat jamak qasar terlebih dahulu di bilik hotel dan singgah makan tengahari di kedai makanan halal milik orang Egypt yang terletak selang beberapa buah dari hotel kami.

santa maria novella
Selesai makan, kami bersiar-siar di kawasan sekitar bandar Florence dan melawat Duomo, Uffizi, Ponte Vechio, Santa Maria Novella, Palazzo Pitti.

duomo
Kami hanya berjalan kaki sahaja di Florence ini berikutan tempat menariknya yang mudah diakses sambil boleh singgah di kedai-kedai sepanjang jalan.

Uffizi Florence
Berbekalkan peta yang diberi oleh receptionist hotel, satu petang sahaja kami sudah melawat hampir kesemua tempat yang perlu dilawati di Florence.

Uffizi
Selepas melewati Santa Maria Novella dan Duomo, kami ke Uffizi yang terletak berdekatan Ponte Vecchio dimana terletaknya Davis Statue.

David Statue berdekatan Uffizi
Di Ponte Vecchio suami membelikan saya sebuah kerongsang berbentuk rama-rama yang hasil kerjanya sangat halus dan cantik oleh orang tempatan dan disadur emas 18k.

Ponte Vecchio
Jam 7 malam kami pulang ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri kerana sudah agak kepenatan dengan lawatan di 3 bandar dalam masa satu hari sahaja.huhu

pelbagai jewellery yang dijual di Ponte Vecchio
Day 6
Breakfast kami pagi ini di hotel agak simple tetapi mengenyangkan. Pagi-pagi lagi kami sudah memulakan langkah berjalan kaki ke arah San Lorenzo Market dan Leather Market. Di San Lorenzo Market kami membeli sekotak buah strawberry yang besar-besar saiznya dan rasanya sangat manis! Kami kemudiannya berjalan di Leather Market melihat-lihat barangan yang dijual disini. Melihatkan harganya yang agak berpatutan dan kualitinya, saya membeli dompet untuk dihadiahkan kepada ibu dan adik bongsu. Saya juga memborong beberapa dompet syiling untuk dihadiahkan buat ahli keluarga dan sahabat baik saya di Kuala Lumpur. Suami saya juga membelikan beberapa buahtangan buat kawan-kawan dan keluarganya juga.

Di Lorenzo Market atau Leather Market
Kami kemudiannya berjalan ke arah kedai berdekatan Uffizi dan saya membelikan sebuah tali leher untuk suami saya sebagai tanda kenangan dari Florence. Suami pula singgah membeli beg laptop kulit di sebuah kedai di kawasan berdekatan. Selesai membeli barangan di sini kami pulang ke hotel untuk check out dan menyimpan luggage kerana waktu check out ialah pada jam 12 tengahari dan tiket tren kami ialah pada 2.50petang. 

fountain berdekatan uffizi
Masih ada waktu untuk berjalan sekitar bandar Florence, kami menghabiskan masa masuk ke hampir setiap kedai barangan fesyen dan kulit di Florence untuk kepuasan hati. Maklum sajalah, Florence yang merupakan sebuah bandar renainsance pada zaman dulu juga merupakan pusat yang melahirkan fesyen dan jenama terkenal dari Italy seperti Gucci dan Salvatore Ferragamo. Itu belum diambil kira jenama yang sememangnya made in Italy seperti Fendi, Furla dan sebagainya. Kesempatan yang ada saya belikan beg tangan buat kedua adik perempuan saya disini.

Dalam uffizi
Jam 1.30 petang kami berjalan pulang ke hotel dan singgah makan tengahari di restoran yang sama seperti semalam. Kemudian jam 2.15 petang kami pulang ke hotel mengambil luggage dan menyimpan barangan kami dan berjalan menuju ke stesen keretapi. Jam 2.50 petang tren bergerak ke Rome dan kami sampai di Roma Termini hampir jam 5 petang. Kami segera ke Hotel Cambridge yang terletak tidak jauh dari stesen keretapi Roma Termini dan check in serta solat. Tidak lama kemudian kami keluar semula menuju ke stesen keretapi dan bersiar-siar di kawasan sekitar Roma Termini membeli keychain dan barangan lain. Kami singgah makan malam dan pulang semula ke hotel untuk berehat dan mengemas luggage kerana keesokan harinya kami perlu bangun seawal jam 4 pagi untuk ke airport.

dinner kami pizza margerita yg sgt sedap!
Day 7
Pagi-pagi lagi kami dikejutkan oleh bunyi wake up call daripada pihak hotel. Kami segera mandi dan bersiap menunggu waktu subuh dan check out. Jam 6 pagi kami sudah berada dalam tren menuju ke airport kerana flight kami ke Vienna adalah pada jam 9 pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan kami selamat mendarat di Vienna jam 10.30 pagi membawa kenangan yang amat manis dari bumi Italy. Pastinya sampai ke hari ini saya dan suami masih teringatkan Italy dan berharap akan berkesempatan ke sana lagi pada masa akan datang, Insya Allah... 

9 comments:

  1. wahhh...seronoknyer jalan-jalan di itali...itinerary yang menarik lengkap dengan makanan-makanan sekali..what an interesting experience..

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kak . Ada whatsapp tak ?? Saya nk tanya ttg kembara akak ke italy . If tidak mengganggu nk minta akak whatsapp 012-4444936

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam lydia, akak xpasti lydia dh ke italy ke belom. maaf lambat reply

      Delete
  3. seronoknyaaaa...harap dapat ke sana satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,kaknik baru balek dari italy,,7dec..seronok sangat,,pengalaman menaiki gondola dan cantiknya sungai venice oooooo sukar di lupakan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...