Friday, November 27, 2015

Pengalaman bercuti ke Negara Turki Part 4

bersambung dari Part 1 Part 2 Part 3

Day 7
Pagi ini jam 8, selepas sarapan ala kadar mengalas perut, kami bertolak ke Ankara. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam dengan 2 kali berhenti rehat. Jam 1 tengahari, kami sampai di bandar Ankara, yang juga merupakan ibu negara Turki dan singgah makan tengahari dan solat disini.

Anadolu muzeum di ankara
Selesai makan dan solat, kami singgah pula di Anatolian Museum yang menempatkan pelbagai artifak sejarah sejak zaman sebelum masihi. Selepas menghabiskan masa kira-kira 30 minit disini kami terus ke Attartuk Mausoleum. Tempatnya agak luas dan perlu memanjat beberapa anak tangga sebelum sampai ke perkuburannya yang dilihat di dalamnya adalah replika sahaja kerana jasad sebenarnya disemadikan 7 kaki di bawah bangunan tinggi tersebut.
 
Attartuk Mausoleum
Disini juga terdapat muzium yang menyimpan koleksi peribadinya. Kami berkesempatan melihat changing of guards yang ditukar tugasannya setiap 8 jam. Kesian pula melihat guard yang terpaksa berdiri tegak selama 8 jam di bawah terik panas matahari tersebut hinggakan untuk mengesat peluhnya pun ada yang membantunya kerana dia terpaksa berkawal selama 8 jam tanpa henti.

changing of guard di ankara
Jam 5 petang kami bertolak ke Bolu kerana kami akan berhenti dan tidur disini sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Istanbul semula keesokan harinya. Jam 7.30 petang kami sampai di Hotel Soylu Bolu dan bersiap-siap untuk makan malam jam 8 malam secara ala carte.

Selesai makan malam kami bersiar-siar sekitar hotel mencari kedai grocery dan terjumpa sebuah kedai beberapa meter daripada hotel. Kami membeli air minuman dan sebotol minyak zaiton, dan pulang semula ke hotel berehat untuk keesokan harinya.

Day 8
Aktiviti pagi ini selepas check out hotel kami akan pulang semula ke Istanbul dan ke Eyub Sultan iaitu Makam Sahabah Ayyub al-Ansari, menghabiskan masa kira-kira sejam disini.

pengunjung yang sedang berdoa di makam ayyub al-ansari
Kami kemudiannya dibawa menaiki bas ke Spice Bazaar membeli kekacang, buah tin, baklava dan beberapa turkish delight yang lain.


kekacang di spice bazaar
Seterusnya kami ke Grand Bazaar dan mempunyai masa kira-kira satu jam sahaja untuk membeli belah di sini.

Grand bazaar istanbul

Tanpa membuang masa saya dan suami membeli beberapa table runner, songkok turki, set turkish tea, beg istanbul, tshirt dan keychain. Memang kami amat-amat kesuntukan masa kerana Grand Bazaar tutup pada jam 6 petang.

di kedai turkish delight
Kami kemudiannya makan malam di sebuah restoran dan dibawa pulang ke hotel untuk check in di Hotel Ramada Istanbul. Malam itu, saya dan suami bersama tour leader kami berpakat menaiki teksi ke bandar Istanbul dan turun di Dataran Taksim untuk ke arah Hard Rock Cafe Istanbul. Sementara dia membelikan kiriman kawannya, saya dan suami bersiar-siar sekitarnya membeli beg istanbul dan beberapa barangan lain sebagai tanda kenangan. Sejujurnya saya agak kurang puas membeli belah di Istanbul kerana sudahlah kami diberi masa yang singkat, kami terpaksa pula tergesa-gesa dan sukar membuat pilihan kerana kesuntukan masa.

makan malam kami
Day 9
Pagi ini kami bersarapan ala kadar sahaja kerana tidak ada apa yang istimewanya bersarapan di hotel ini yang tidak mempunyai banyak pilihan. Kami bercadang untuk ke Grand bazaar lagi pagi ini sebelum flight kami jam 3 petang, tetapi tidak mendapat kerjasama dari Usman kerana dia khuatir kami tidak punya masa yang mencukupi. Sudahlah kami tidak berpuas hati kerana hotel yang ditempatkan ini jauh dari pelusuk istanbul, kedudukan hotelnya sahaja sudah merugikan kami kerana tidak dapat menghabiskan masa berjalan-jalan sekitar Istanbul membeli belah saat akhir. 

Hampa dan kecewa kami bersiar-siar di kawasan hotel sahaja menghabiskan masa yang tersisa. Jam 12 tengahari, Usman datang bersama pemandu bas untuk menjemput kami ke airport.

Jam 3 petang, flight MAS membawa kami terbang pulang ke Kuala Lumpur. Kami sampai dengan selamat dan mendarat di KLIA 10 jam kemudiannya. Dalam menikmati keseronokan dan keterujaan mengunjungi negara turkey dan berkesempatan melihat bentuk muka bumi yang pada satu ketika dulu menempatkan keagungan kerajaan uthmaniyyah membuatkan kami menyimpan hasrat untuk kembali mengunjungi negara ini lagi di kesempatan yang akan datang, Insya Allah..

semoga bertemu lagi, tesekkur ederim :-) 

5 comments:

  1. seronok membaca post ini..lengkap..macam travelogue..tq

    ReplyDelete
  2. Sungguh mengasyikkan pengalaman ini amat berguna sebagai panduan semasa Tour To Turkey...sukran jazilan atas info tentang bandar2 di Turki.

    ReplyDelete
  3. Seronok mmbacanya..krn pngalaman yg sama saya n suami lalui..sunnguh indah bumi turki.tp kami xpuas mmbeli belah krn ksuntukn masa..rasa ingin ke turki lagi musim bnga.musim winter mmg seronok ttapi msing2 serik kesejukkan.hihi

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas segala penerangan dengan gambar2 yang menarik . kami sekeluarga bercadang ingin bercuti ke turkey dgn pakej andalusia. dari apa yg sy baca ini. perjalanan agak padat terfikir pula sesuai atau tidak untuk anak kami yang berusia 8 tahun.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...