Wednesday, June 24, 2015

Percutian ke Bali Indonesia

Assalamualaikum sahabat dan pembaca blog ini,
setelah sekian lama blog ini bersawang tanpa sebarang update, hari ini saya nak share pengalaman bercuti ke Bali pada bulan March yang lepas. Tiket flight yang kami beli semasa promo MAS hujung tahun lepas membolehkan kami merancang percutian ini lebih awal. Bercuti ke Bali tidak sama dengan percutian kami di destinasi Indonesia yang lain kerana kali ini saya tidak mengambil pakej dengan mana-mana agen sebaliknya menguruskan sendiri penginapan, supir dan pengangkutan di sana. 

private villa yang menjadi pilihan kami semasa di Bali
Pengalaman bercuti di Bali juga berbeza dan amat menyeronokkan walaupun cuacanya agak panas. Bali menjadi destinasi pilihan kami kali ini kerana selain ingin melengkapkan jelajah Indonesia, kami ingin sekali merasai pengalaman bercuti dan berehat di private villa di Bali yang kata orang sangat cantik dan sesuai untuk pasangan berbulan madu. Peluang yang ada tidak kami lepaskan dan sememangnya percutian 5 hari 4 malam di Bali kali ini kami lebih banyak berehat dan menikmati percutian ini berbanding membeli belah atau sightseeing.  
  
Day 1
Kami bertolak agak lewat ke KLIA dan mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk sampai kerana trafik yang agak padat kerana orang ramai yang ingin ke tempat kerja. Sampai jam 9.30 pagi kami terus ke kaunter daftar masuk dan setelah selesai baru ke food court untuk bersarapan.

Jam 10.30 pagi kami masuk ke balai berlepas dan menunggu kira-kira 2 jam untuk flight MAS berlepas ke Denpasar. Jam 3.30 petang flight kami selamat mendarat di Bandara Denpasar dan selesai mengambil luggage kami keluar ke balai ketibaan, kebetulan supir dari villa yang kami book sudah menunggu kami di situ.

villa yang ada private pool, huhu
Kami membeli simkad simpati di airport tetapi cajnya agak mahal Rp300k untuk seminggu. Jam 4.30 petang kami sampai di villa kami selama 2 malam iaitu Asa Bali Private Villa and Spas di Seminyak dan check in.

living room di villa

Tetapi jam 5 petang kami harus keluar terlebih dahulu kerana ada fumigation yang sememngnya dilakukan setiap hari rabu setiap minggu di villa. Kami mengambil kesempatan untuk berjalan ke kedai berhadapan villa membeli buah salak 1kg Rp12k dan air minuman di kedai Indomaret. Jam 5.30 kami sampai semula di villa dan segera solat jamak qasar.

penginapan kami selama 2 malam di bali
Oleh kerana kami bercadang berehat sahaja di villa, kami menghubungi Rumah Makan Sederhana iaitu restoran makanan minang untuk delivery makan malam ke villa. Order makanan untuk 2 orang termasuk kos delivery adalah sebanyak Rp170k. Selesai makan malam kami apalagi terus terjun mandi di pool dan berehat-rehat dan bersantai. huhu..

Day 2


sarapan pagi kami di villa
Jam 8 pagi kami breakfast di restoran di villa dan jam 10 pagi supir datang menjemput kami untuk sightseeing sekitar Bali iaitu di Nusa 2, melalui kawasan Tg Benoa, kawasan Masjid Agung Ibnu Batutah, Pantai Pandawa, ke Dreamland dan Pantai Padang-Padang.

Pantai Tg Benoa, sesuai utk sport activity


pelbagai water sport activity

masjid sebelah kiri dan gereja di sebelah kanan yang dibina bersebelahan

Di Pantai Padang-padang kami tak turun ke bawah pun kerana sudah kepenatan dan kelaparan.

Pantai Pandawa yang menghadap Lautan India

Pantai Padang-Padang tempat Julia Roberts berlakon Eat Pray Love 

Jam 4 petang baru singgah makan di Rumah Makan Tulang Lunak Malioboro yang hidangannya berharga Rp250k dan singgah di kedai Krishna membeli ole-ole.

kami singgah makan disini

Lauk pilihan kami untuk makan tengahari

Jam 5 petang kami pulang ke hotel, solat and berehat. Kesempatan yang ada kami ambil untuk mandi kolam sekali lagi dan malam makan meggi sahaja di bilik kerana perut masih terasa kenyang berikutan makan tengahari yang agak lewat petang tadi.


Day 3
Pagi-pagi lagi sebelum bersarapan kami berkesempatan mandi di pool sekali lagi dan breakfast di Villa. Jam 10 pagi kami segera check out dari villa dan meneruskan perjalanan sighseeing pertama di Tanah Lot. Tiket masuk Rp30k seorang.

Pintu masuk ke Tanah Lot
Kami menghabiskan masa kira-kira sejam disini dan membeli kopi iceblended di Gloria Jeans yang berharga Rp55k.

Pemandangan di Tanah Lot Bali

Tanah Lot
Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Uluwatu tetapi bila sudah mahu sampai, kenderaan yang kami naiki rosak dan terpaksa berpanasan kerana penghawa dinginnya rosak. Kami akhirnya membuat keputusan untuk check in hotel terlebih dahulu dan dalam perjalanan ke hotel kami singgah makan di Rumah Makan Sederhana yang kesemuanya berjumlah Rp250k.

kami singgah makan tengahari di sini

hidangan tengahari yang sungguh menyelerakan
Untuk malam ketiga dan keempat, kami check in di Club Bali Jayakarta dan berjanji dengan supir untuk menunggunya di lobi hotel jam 4.30 petang sementara dia pulang menukar kenderaan.

Hotel penginapan kami selama 2 malam di bali
Seperti yang dijanjikan supir datang menjemput kami untuk.dinner di Jimbaran Bay. Kami di bawa ke Caviar Cafe Jimbaran Bay, makanannya halal tetapi masih ada dijual beer.

Caviar Cafe tempat sunset dinner kami

Sunset dinner di Jimbaran Bay
Pakej dinner seafoodnya juga dijual paling murah RM300 untuk satu couple yang bagi saya agak mahal harganya. Disebabkan kami masih lagi kekenyangan dek hidangan makan tengahari tadi, kami memutuskan untuk mengambil hidangan ala-carte sahaja lalu memilih ikan king fish untuk dibakar ala bali dan udang goreng butter.

Hidangan ala carte kami untuk sunset dinner
Harga bagi sekilo ikan adalah Rp180k dan sekilo udang Rp360k. Kalau diikutkan memang harganya agak mahal tapi memikirkan pengalamannya sahaja kami memutuskan untuk mengambilnya. Harga hidangan yang dipilih sudah termasuk sayur, nasi, sup dan jus buah ialah Rp550k termasuk 21% cukai. Selesai dinner kami berjalan sekitar pantai dan minta supir bawa ke kedai Krishna untuk membeli painting dan buah tangan yang lainnya buat ahli keluarga dan sahabat di Kuala Lumpur.

Day 4
Kami bangun agak awal pagi ini kerana sudah berjanji dengan supir menunggunya di lobi jam 8 pagi. Sarapan kami juga ala kadar sahaja di bilik hotel untuk mengalas perut. Jam 8.30 pagi, kami memulakan perjalanan kami ke Kintamani. Dalam perjalanan, kami singgah melihat Barong Dance, salah satu tarian tradisi orang Bali yang persembahannya bermula jam 9.30 pagi dan diadakan selama satu jam. Tiket masuknya pula berharga Rp100k seorang.

Melihat Barong Dance
Kami seterusnya melewati kawasan membuat silver, melewati pula pasar sukawati tempat orang berniaga keperluan harian. Kami meneruskan perjalanan ke Tegalalang melalui Ubud. Di kiri dan kanan jalan melalui kerajinan pembuatan batik, kayu, glass art, painting, rotan, perabot, ukiran kayu, dan pelbagai hasil seni.

Di Tegalalang kawasan padi bertingkat-tingkat
Kami singgah bergambar di Tegalalang, kawasan sawah padi bertingkat dan meneruskan perjalanan ke Kintamani. Kami tiba di Kintamani dan singgah di Restoran Batur Sari yang menyediakan hidangan makan tengahari secara buffet berharga Rp100k seorang. Hidangannya ada banyak pilihan dan makanan agak sedap dan kenyang. Istimewanya makan di sini ialah kami disajikan pemandangan gunung berapi dan cuacanya agak sejuk dan mendamaikan.

hidangan lunch kami yang sungguh enak
Kami siap dibungkuskan beberapa biji buah salak oleh pelayan disini yang melihat saya yang amat menggemarinya. Kami solat jamak siap-siap di sini dan meneruskan perjalanan turun. Singgah pula Satria Agro Wisata melihat pembuatan kopi luwak yang sangat terkenal dek kerana harga kopinya yang paling mahal di dunia.

cara pembuatan kopi

Pelbagai jenis kopi dan teh boleh dicuba disini secara percuma
Kami sekadar membeli kopi bali dan teh serai yang kedua-duanya berharga Rp180k. Kemudian kami singgah di kedai menjual ukiran kayu tapi tidak membeli kerana harganya yang agak mahal. Dalam perjalanan pulang ke hotel kami singgah di Pasar Sukawati membeli buah salak Rp7k sekilo, beberapa keping painting dan pakaian.

Makan malam kami di sini
Makan malam kami ialah Nasi Tempong iaitu hidangan nasi bersama ulaman dan lauk seperti ayam dan ikan sama seperti nasi ayam penyet di Malaysia yang kesemuanya berharga Rp86k. Sebelum pulang ke hotel kami minta supir membawa kami ke kedai Agung Bali untuk saya membeli souvenier sebelum pulang keesokan harinya.

Tempat shopping souvenier di bali

Day 5
Subuh disini masuk jam 5 pagi, kami kemudiannya mengemas dan packing luggage dan bersarapan. Sedihnya pagi ni saya terkena diarrhea kerana perut masuk angin semalaman. Jam 9 pagi kami bersiap dan bersarapan ala kadar sahaja kerana saya masih berhati-hati dengan pemakanan saya. Jam 10 pagi kami check out dan supir sudahpun siap menunggu. Kami tidak berkesempatan bersiar-siar di Pantai Kuta mahupun bersiar-siar di luar hotel melihat-lihat orang berniaga di sepanjang jalan kerana kekangan masa dan agak kepenatan.

Pintu masuk Pura Uluwatu
Supir membawa kami ke Uluwatu yang mengambil masa lebih kurang sejam dari hotel penginapan kami. Jam 11 kami sampai di Uluwatu dan bergambar kenangan. Tiket masuk bagi seorang adalah Rp20k dan dikehendaki memakai tali kuning yang diikat di pinggang. Bagi yang pakaiannya mendedahkan kaki dikehendaki memakai kain ungu dan kuning. Selesai bergambar kenangan di kawasan yang dipenuhi monyet yang besar-besar ini kami meneruskan perjalanan ke airport.

Di Pura Uluwatu
Jam 12.30 tenghari kami singgah di Krishna Wisata Kuliner yang terletak berdekatan airport untuk makan tengahari. Saya dan suami masing-masing memesan hidangan masakan jawa dan yogjakarta yang kesemuanya termasuk air dan tax ialah Rp129k. Jam 1.30 petang supir menghantar kami ke airport dan kami terus ke daftar masuk untuk drop luggage. Selesai drop luggage dan membayar airport tax sebanyak Rp200k seorang, kami terus masuk ke imigresen dan solat jamak di surau yang terletak sebelah kanan selepas imigresen. Jam 4.05 petang flight Mas berlepas dari Denpasar menuju Kuala Lumpur.

Tempat singgahan kami untuk lunch
Bali kami tinggalkan dengan kenangan yang manis dan pastinya kami akan kembali lagi ke sini untuk berehat dan bersantai di villanya yang amat memikat hati. Hehe. Tahun depan kami akan melengkapkan jelajah indonesia kami untuk ke Yogjakarta dan Solo pula insya Allah. Sampai bertemu lagi..

18 comments:

  1. wah...seronoknya di bali...pantai dan makanan dia pun macam sedap je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu nanti nak honeymoon boleh ke bali. tapi kalo tak tahan panas dan rimas baik pi tmpt sejukk hehe

      Delete
  2. Wahhhh. .banyaknya tempat menarik. Seronok membaca posting sambil memikirkan keindahan ciptaan Nya...

    ReplyDelete
  3. Wahhhh. .banyaknya tempat menarik. Seronok membaca posting sambil memikirkan keindahan ciptaan Nya...

    ReplyDelete
  4. Dah lama teringin nak p Bali.. tapi tiket flight tak pernah murah. hihi.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kami dpt tiket mas promo rm500 ++ utk seorang return.huhu

      Delete
  6. bole tak nak tahu berapa budget bawa pergi bali tu?...saya bakal ke sana..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet ni sgt subjektif sbnrnya. Hotel yg kami pilih 2 malam di private villa dan 2 malam adalah percuma kerana keahlian membership timeshare. Kalo penginapan dan flight tak diambilkira rasanya dalam rm1k kesemuanya termasuk sewa supir, transport, makan utk 5 hari dan sedikit shopping.

      Delete
  7. Kalau mau beli sim card jangan di airport sebab agak mahal sikit, di airport apapun yang di jual serba mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi claudio. Selain d airport ada tempat lain utk beli sim tu? Kami akan ke sana dlm bulan May. Skrg tgh cari2 mana tmpt best nak pegi. :)

      Delete
    2. Haha itulah yg dikatakan oleh supir yg dtg menjemput kami. Katanya sepatutnya kami jgn membeli simkad di airport kerana dia boleh tlg belikn utk kami kalo kami mahu simkad di sana..sudah terbeli masa itu huhu

      Delete
  8. Oh.. Hehe. Jd maknanya supir boleh tlg belila? Adik sy ckp d airport dlm rm25. Hmm.. Tp syg kami cuma dpt 1 hari tour saja. Sbb flight p sana sampai mlm. Huhu

    ReplyDelete
  9. hai boleh tahu no supir bali awak?

    ReplyDelete
  10. hai boleh tahu no supir bali awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai syima, bkn saya taknak bagi no fon supir saya di bali tapi bagi kami servisnya takla tiptop berbanding supir2 kami sebelumnya.segan plak kalo x seronok nti. saya pn dpat supir ni dlu dp org lain huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...