Friday, June 26, 2015

Pengalaman bercuti ke Negara Turki Part 2

sambungan dari Part 1

Day 3
Jam 7 pagi, kami turun ke restoran untuk bersarapan. Mujur juga hotel di Bursa ini agak selesa, dapat juga kami berehat selepas seharian semalam kepenatan. Sarapan kami pagi ini dengan makanan yang hampir sama dengan makan malam semalam, ada salad, olive, cheese, ikan makerel, eggs dan cereal. Sekadar makan untuk mengalas perut, kami kemudiannnya dikehendaki berkumpul di lobi jam 8 pagi untuk urusan daftar keluar. Hari ini kami akan melawat bandar Bursa dan meneruskan perjalanan ke bandar ketiga pula iaitu Kusadasi.

Dalam Masjid Bursa, salah satu peninggalan Uthmaniyah
Destinasi pertama pagi ini ialah ke Grand Mosque of Bursa. Terletak tidak jauh dari hotel penginapan kami, masjid ini juga merupakan peninggalan Zaman Kerajaan Uthmaniyah. Memang amat cantik dan mendamaikan sekali masjid ini, ditengah-tengahnya ada fountain yang boleh juga digunakan untuk mengambil wudhuk. 

water fountain yang dibina dalam masjid bagi mengambil wudhuk
Bagi jemaah wanita yang ingin menunaikan solat tahiyatul masjid, boleh siap-siap membawa telekung solat kerana disini tidak disediakan telekung solat. Tempat mengambil wudhuk bagi jemaah wanita juga terletak di bawah berdekatan dengan bilik air.
Tempat berwudhuk di luar masjid
Selesai bersolat, kami bersiar sekitar kawasan masjid dan singgah membeli fridge magnet yang berharga 5tl untuk 3pc di kedai souvenier berdekatan masjid. Kami kemudiannya di bawa ke pasar menjual pelbagai jenis tudung dan shawl yang kesemuanya dibuat di bandar Bursa ini. Kualiti kainnya memang tiada tandingan, justeru harganya juga boleh didapati dengan serendah 5tl hingga beratus tl, pilih sahaja yang berkenan di hati dan juga berkenan dengan poket anda, hehe.

pelbagai skaf, selendang dan shawl dijual disini
Kami memilih kedai yang terletak sebelah kiri hujung sekali kerana pekedainya seorang pakcik yang pandai mengambil hati dan mesra menyapa kami dalam bahasa melayu. Pilihan di kedainya juga agak banyak dan harganya special untuk warga Malaysia pastinya, huhu.

pintu masuk ke green tomb
Seterusnya kami dibawa ke Green Tomb, tempat bersemadinya jenazah Sultan Mehmed dan ahli keluarganya. Uniknya, pusaranya dibina 40 hari sebelum kemangkatannya dengan batuan marmar yang cantik dan kelihatan seakan-akan warna hijau.

dalam green tomb tempat bersemadinya sultan mehmed dan keluarganya
Selepas menyedekahkan al Fatihah buatnya, kami berkumpul diluar untuk ke Green Mosque pula yang terletak berhadapan dengan Green Tomb tadi. Di luar Green Tomb terdapat seorang makcik yang menjual pelbagai jenis gelang dan keychain, masing-masing membelinya bagi memberi semangat dan membantunya.
green mosque yang terletak berhadapan green tomb 
pintu masuk ke green mosque yang dipenuhi ukiran tangan
Di Green Mosque atau Masjid Hijau, lawatan kami disambut oleh seorang muazzin disini yang bernama Mr Rejab. Alunan azannya amat mendayu-dayu dan dia begitu beria-ia menerangkan kepada kami tentang sejarah masjid ini yang antaranya mempunyai mimbar masjid yang terbesar di Turki, pernah menjadi tempat pertemuan sultan, dibina bagi menahan gempa bumi, dan ukiran pada masjid yang dibina dalam masa 2 tahun sahaja.

mimbar masjid hijau atau green mosque
Uniknya, seni ukiran pada masjidnya diperbuat dengan tangan bukan seperti di tempat lain yang menggunakan mesin atau acuan. Amat menakjubkan sekali sejarahnya. Mr Rejab juga sempat membawa kami ke dalam bilik pertemuan Sultan dan mengalunkan surah dari al-Quran beserta doa. Selesai pertemuan kami, Mr Rejab bersemangat mengatakan dia seronok dapat bertemu pelancong Malaysia yang menurutnya bagai bersaudara dengan penduduk Turki.

Mr Rejab dalam bilik pertemuan sultan
Seterusnya kami singgah di Silk Bazar yang terletak berdekatan masjid, kami disapa oleh penduduk Turki yang rajin menegur kami dengan kata-kata "Malaysia Boleh". Gelagatnya mengundang senyum di kalangan kami, huhu. Di Silk Bazar, saya dan suami berkenan dengan beberapa biji lampu yang bergantungan di dalam kedai, harganya juga menurut Mr Usman lebih murah berbanding yang dijual di Grand Bazar Istanbul, hampir 50 peratus murahnya, huhu. Apalagi, kami tidak melepaskan peluang terus sahaja membeli lampu ala arabian ini yang sememangnya menjadi minat kami.

silk bazaar berdekatan green mosque
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Izmir, bandar yang terletak di sebelah barat Turki. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam, kami singgah makan di bandar Manisa dan solat disini. Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi menuju bandar Kusadasi dan mengambil masa kira-kira lagi 2 jam untuk sampai di bandar Kusadasi ini. Dalam perjalanan menuju ke hotel, kami singgah di kedai yang menjual turkish delight yang original dan memborongnya disini buat keluarga dan sahabat di Malaysia.

di kedai lokum atau turkish delight
Menurut tour guide kami Mr Usman, turkish delight ini pada asalnya adalah makanan istana pada zaman Kerajaan Uthmaniyah. Penduduk Turki pada zaman itu tidak berpeluang menikmatinya dek kerana kesempitan wang dan harganya yang amat mahal.
antara yang terdapat di sini
Pada hari ini, turkish delight sudah boleh dinikmati oleh rakyat kebanyakan dan merupakan sebahagaian daripada budaya orang Turki. Apabila mereka datang bertandang ke rumah jiran mahupun sahabat, membawa turkish delight sekurang-kurangnya satu kilogram sebagai buah tangan buat tuan rumah merupakan tanda kegembiraan. Ianya sudah menjadi adat dan budaya masyarakat dan penduduk Turki.
boleh mencubanya terlebih dahulu sebelum membeli
Kira-kira 20 minit kemudian, kami sampai di Hotel Tatlises, milik seorang penyanyi terkenal turki yang bernama Ibrahim Tatlises yang terletak berhampiran pantai. Dapat juga kami berehat sambil menunggu jam 8 malam untuk dinner.

pemandangan dari balcony hotel menghadap pantai
Jam 8 malam kami menikmati makan malam kami yang disediakan secara buffet dan kemudiannya membeli beberapa cenderahati di salah sebuah kedai yang terletak di lobi hotel disini buat teman-teman. Harga barangannya juga agak berpatutan walaupun kedainya terletak di dalam hotel. Apalagi masing-masing tidak melepaskan peluang membeli belah kerana khuatir kesuntukan masa untuk membeli belah di saat akhir nanti.

Day 4
Sarapan pagi kami hari ini dihidangkan dengan pilihan yang agak banyak. Jam 8.30 pagi setelah bersiap-siap daftar keluar, kami bertolak ke destinasi pertama hari ini iaitu ke Leatherium Factory yang merupakan salah satu perusahaan masyarakat tempatan di sini. Kami dijamu dengan iced apple tea sambil menonton fashion show dengan pelbagai pilihan dan rekaan terbaru. Hampir 10 minit pertunjukan, 2 orang peserta rombongan kami dipanggil ke pentas bagi memperagakan jaket kulit tersebut. Pertunjukan fesyen seterusnya menjadi menarik dan riuh rendah dengan gelak tawa kerana masing-masing agak kekok beraksi seperti catwalk model, huhu

pintu masuk ke leather factory
Selepas show, kami dibawa ke sebuah bilik lain untuk mendengar penerangan mengenai jaket kulit tersebut. Jaket tersebut diperbuat dari lamb skin, yang menurut salesman disini materialnya lebih lembut dan senang dijaga berbanding jaket yang diperbuat menggunakan kulit lembu. 

antara koleksi yang dijual disini
Selesai penerangan, mereka mempromosi untuk kami membelinya, memakaikan jaket yang sesuai dengan kami. Melihatkan harganya yang bermula dengan 1000usd membuatkan setiap kami menelan liur, huhu.
sejarah kota ephesus
the ruins of ephesus
Kami seterusnya ke Ephesus, sebuah kota lama peninggalan masyarakat pagan. Dapat kami lihat The Ruins yang melatari kawasan ini yang pada satu ketika dahulu merupakan sebuah bandar yang menjadi pusat segala aktiviti ekonomi.

monumen yang hanya tinggal tiang
public toilet of ephesus
Kota lama ini pada suatu ketika dulu menempatkan pelbagai jenis kemudahan seperti library, public bath, theatre, hospital, tempat pemujaan, tempat aktiviti ekonomi seperti bank dan sebagainya.

the library of ephesus
the greek goddess of victory yang simbolnya digunakan sebagai lambang Nike 
Kami menghabiskan masa disini lebih kurang 2 jam dan berkumpul semula di pintu keluar untuk ke restoran menikmati hidangan tengahari kami.

main road di kota ephesus tempat perarakan perayaan
the odeon atau great theater
Hidangan tengahari di Restoran Azizey disediakan pilihan buffet yang agak sedap berbanding hari-hari sebelumnya. Kemudian kami singgah solat di kawasan rehat dan rawat dan seterusnya meneruskan perjalanan ke bandar Pamukkale. Kami singgah sebentar di Varol Textile Cotton Factory dan membeli sehelai tuala yang diperbuat dari buluh sebagai kenangan.

singgah membeli bamboo towel di sini
Sejam kemudian kami tiba di Pamukkale, melawat Antique City of Hierapolis. Hierapolis yang berasal dari bahasa greek bermaksud holy city juga terkenal sebagai dust city.

hierapolis di pamukkale
Kota bersejarah yang terletak di Denizli yang juga terkenal dengan ayam jantannya yang pandai berkokok selama 25 saat ini juga merupakan sebuah bandar seperti Ephesus, bandar lama tinggalan masyarakat pagan.

the ruins yang hanya tinggal tunggul batu
Bezanya dengan Kota Ephesus, tempat ini sudah tinggal batuan yang telah lama menyembah bumi, yang tinggal hanya tunggul-tunggul batu disana sini. Kami kemudiannya berjalan kaki ke tempat dataran yang putih seperti kapas hasil dari pemanasan kawasannya oleh air panas juga tindakbalasnya dengan garam.

pamukkale atau cotton castle
Tempat yang juga dikenali sebagai Cotton Castle yang sungguh cantik ini membentuk kawah-kawah kecil yang bertingkat-tingkat seperti kawasan padi bukit yang kami lihat di Bukit Tinggi, bezanya disini dipenuhi dengan air dan semuanya berwarna putih seperti kapas.

pemandangan yang sungguh indah dan menakjubkan
Memang sungguh takjub sekali kuasa Allah Yang Maha Agung, tidak pernah terpikir wujudnya kawasan seperti ini yang begitu indah.

kawasan tempat merendam kaki atau mandi
Kami diberi masa sejam untuk bermain air di kolam-kolam kecil di sini sambil merendam kaki. Saya sangkakan airnya panas, tetapi rupanya airnya sejuk dengan cuaca yang sesekali berangin menambahkan rasa damai merendam kaki disini.

turkish icecream yang sungguh enak
Kemudian ketika keluar menunggu ahli rombngan lain tiba, kami menikmati aiskrim turkish yang sangat sedap berharga 5tl, saya dan suami masing-masing memilih perisa coklat dan pistachio.

makan malam kami di hotel
Kami sampai di hotel penginapan jam 7 malam, menginap di Richmond Thermal Hotel Pamukkale dan makan malam secara buffet di sini. Keesokannya kami akan menyambung perjalanan ke bandar Konya dan Cappadocia pula.

bersambung di Part 3

6 comments:

  1. Spectacular, menakjubkan... tak terbayang di kepala permuaakn bumi semacam itu...tq kerana share..

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tau guna travel agent yg mana?
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna agent andalusia travel and tours ;-)

      Delete
  3. Menarik..Teringat nak pergi ke sana. Insha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah moga diberi kesempatan utk ke sana ๐Ÿ˜Š

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...