Monday, December 15, 2014

Pengalaman bercuti ke Negara Turki Part 1

Assalamualaikum sahabat dan pembaca setia blog ini..

Bercuti ke negara Turki
Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya dan suami bercuti ke negara Turki pada hujung bulan Ogos yang lepas. Entri ini sudah saya siapkan semasa saya di Turki lagi tetapi seperti biasa alasan saya yang standard ialah saya malas mengupload gambar-gambar ke dalam entri ini. Sudahnya ia terperam beberapa bulan lamanya. hehe. Percutian kali ini kami sengaja memilih untuk mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh pihak agen kerana merasakan lebih mudah dan berpatutan ke Turki melalui agen. Beberapa bulan sebelumnya juga, saya telahpun membuat survey sebelum memutuskan untuk pergi melalui agen sahaja. Harga yang kami bayar juga lebih murah berbanding pergi sendiri. Lagipun, sesekali bercuti dengan kumpulan juga menyeronokkan kerana lebih happening dan dapat menambahkan kenalan baru.

Turki merupakan destinasi percutian yang menjadi igauan dan mimpi saya seperti juga kota London yang amat saya gemari. Ia merupakan destinasi yang sering menjadi impian saya dan syukur segalanya berjalan lancar dan suami menghadiahkan saya percutian ini yang menjadi realiti pada bulan Ogos 2014. Saya amat teringin melawat negara ini kerana budayanya, bentuk muka buminya juga sejarahnya yang sarat dengan kejayaan sebuah empayar Islam satu ketika dahulu. Tidak saya sangka, suami juga jatuh hati dengan Turki dan berkali-kali berterima kasih kepada saya kerana mengajaknya melawat negara Turki, hehe.

Day 1
Kami bertolak ke KLIA agak awal untuk mengelakkan kami terperangkap dalam kesesakan, dan sampai di sana kami segera ke kaunter daftar masuk dan berkenalan dengan ahli group kami seramai 14 orang termasuk tourleader kami bagi pihak Andalusia Travel & Tours. Jam 12.30 tengah malam, pesawat MH30 berlepas ke Lapangan Terbang Atartuk dan selamat mendarat jam 6.30pagi selepas kira-kira 10 jam penerbangan.

Istanbul kami datang!
Day 2
Kami disambut oleh wakil agent di sini, Mr Usman dari Dorak Tours. Selepas berkenalan, kami ke kaunter Money Changer untuk menukar matawang usd ke matawang lira di airport dan terus dibawa menaiki bas untuk ke bandar Istanbul. Menariknya bas di turki ini dilengkapi kemudahan wifi percuma, amat memudahkan kami untuk berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia menerusi aplikasi whatapps.

Hippodrome bersebelahan Masjid biru
Destinasi pertama yang kami tuju sudah tentu tarikan utama bumi turki ini iaitu Masjid Sultanahmet atau dikenali sebagai blue mosque oleh pelancong eropah. Sebelum masuk ke dalam masjid, kami singgah sebentar di Hippodrome dan Obelisk dan bergambar disini.

Obelisk yang terletak bersebelahan pintu masuk ke Masjid Sultanahmet
Kami masuk ke dalam masjid dan berasa sungguh takjub dengan keadaan didalamnya terutama hiasan di kubahnya yang sangat cantik dan mendamaikan.

Masjid Sultanahmet atau masjid biru
Kami tertanya-tanya dimana birunya masjid ini sedangkan yang kami lihat di luarnya berwarna kelabu dan didalamnya juga tidak bewarna biru. Mungkin kubahnya dari dalam atau langit di luar sahaja yang bewarna biru. Tidak dapat kami fahami kenapa pelancong eropah memanggilnya dengan masjid biru, huhu.

Kubah masjid sultanahmet dari dalam masjid

dari dalam masjid sultanahmet
Seterusnya kami berjalan kaki menuju Aya Sofia atau Hagia Sopia yang terletak berhadapan Masjid Sultanahmet tapi kami tak masuk ke dalam berikutan barisannya yang cukup panjang. Menurut Osman, pelancong yang ingin masuk ke hagia sopia adalah kebanyakannya penganut agama kristian kerana ingin melihat sejarah gerejanya yang ditukar menjadi masjid selepas Kerajaan Uthmaniah berjaya menawan Istanbul yang dulunya dikenali sebagai Constantipole.

Pemandangan Hagia Sophia dari arah Masjid Sultanahmet

Hagia Sophia dari pintu tepi

Kemudian kami berjalan menuju ke Topkapi Palace, sebuah istana atau pusat pentadbiran kerajaan Uthmaniah pada zaman dahulu.

Pintu masuk ke Topkapi Palace

Pintu gerbang ke Istana Topkapi

Laman di dalam Topkapi Palace yang sungguh mendamaikan
Di dalamnya terdapat 4 buah bahagian termasuk muzium yang menempatkan jewellery zaman Kerajaan Uthmaniah dan muzium yang menempatkan peninggalan nabi-nabi.

Topkapi Palace yang terletak di atas bukit menghadap ke Selat Bosphorus dan laut Marmara
Menariknya di muzium peninggalan nabi-nabi, pelancong yang bukan beragama Islam dikehendaki memakai sarung kepala atau selendang dan menutup kaki mereka dengan kain sarung bagi menghormati barang-barang peninggalan nabi-nabi tersebut.

pintu masuk ke salah satu muzium di dalam Istana Topkapi
Didalamnya ditempatkan tongkat Nabi Musa (as), serban Nabi Yahya (as), sarung tangan Nabi Ibrahim (as), tapak kaki Nabi Muhammad (saw), pedang Nabi Muhammad (saw) dan para sahabat (ra) termasuk pedang Khalid al-Walid (ra), janggut Nabi Muhammad (saw), pakaian Fatimah az-Zahrah (rah) dan pelbagai lagi.

di pintu luar Istana Topkapi
Memang amat menakjubkan koleksinya. Walaupun amat kepenatan kerana jetlag dan ketidakselesaan kerana belum mandi hampir seharian tetapi melihatkan koleksi tersebut memang amat-amat berbaloi. Kepenatan berjalan kaki didalam istana yang sangat luas tersebut akhirnya berbayar.

kami singgah lunch di sini

Pemandangan dari tempat lunch kami menghadap selat bosphorus
antara juadah makan tengahari yang disediakan disini
Seterusnya kami menaiki bas untuk menikmati juadah makan tengahari kami di tepi laut, makanan yang dihidangkan sudah pastilah makanan turkey yang bermula dengan soup dan roti, salad dan kemudiannya main course iaitu nasi dan ikan makerel salai, huhu.

tiba di kawasan feri untuk ke bandar kedua selepas Istanbul iaitu Bursa

Inilah bas yang kami naiki sepanjang 9hari di turki
Kemudian kami teruskan perjalanan ke Bursa, mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit ke kawasan feri, dan lagi 45 minit di dalam feri dan seterusnya 1 jam 30 minit lagi untuk sampai ke hotel. Sempat juga Usman mengajar 4 perkataan bahasa turki kepada kami iaitu "2sugar a dream" yang bermaksud terima kasih, "higher" yang bermaksud no, "avet" bermaksud yes, "indream" bermaksud diskaun.

Hotel penginapan kami di Bursa
Jam 5 petang kami sampai ke Hotel Kervansaray Bursa dan check in untuk solat dan berehat. Jam 7 malam, kami makan malam buffet di hotel dengan turkish food dan berjalan-jalan sekitar hotel dan singgah di pasaraya yang terletak berhadapan hotel untuk membeli buah-buahan seperti peach dan buah nectarine yang kedua-duanya berharga RM1 dan RM2, sangat murah dengan saiznya yang besar seperti washington apple, hehe. Jam 9 malam, kami pulang ke bilik dan berehat untuk aktiviti keesokan harinya pula.

Hidangan makan malam kami di bandar Bursa
bersambung di Part 2

11 comments:

  1. wahhh.. seronoknyaa... lama giler bercuti ke sana.. cantik2 tempatnya.. hope dpt smpai sana one fine day.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      SUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Salam...
    sy ade bace entry pergi padang....
    sy nk minta no supir pak adi kalau ada boleh..??
    ni emel sy...
    fara_aniera89@yahoo.com...tq yea

    ReplyDelete
  3. Terima kasih, posting yang menarik dengan gambar dan cara penulisan bersahaja...2 sugar a dream. .

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. adik nak minta pendapat ok x tour agen trip turki ni. plan nak pegi this year. thanks

    ReplyDelete
  5. wah pengalaman yang sangat luar biasa,…… Pengeen banget lihat langsung peninggalan para Nabi.. T.T
    “semoga saya kelak dapat kesana juga…. ^_^ “

    ReplyDelete
  6. Wah best kan turkey..kami sekeluarga ikut trip mahira travels. Memang bagus sgt.. alhamdulillah lengkap semua tmpt tinggalan sejarah islam di andalusia. Masa blk , kami singgah turkey. Mmg menakjubkan..penginapan dan mknan halal pun sgt baik.menepati citarasa.syukur sgt selamat pergi dan blk. Mereka ni travel agent yg sgt titik beratkan keselamatan dan keselesaan. Sesiapa yg nak ikut tour mereka boleh hubungi en azim atau puan siti. Mahira travel 0362765610

    ReplyDelete
  7. rindu Turki. Topkapi Palace sgt menggambarkan kemegahan pemerintah Uthmaniyyah terdahulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.sehinggakan saya rasa seluruh umat islam patut ke topkapi palace melihat kemegahan pemerintahan uthmaniyyah satu ketika dulu. Mudah2an mencetuskan semangat untuk mengembalikan kegemilangan islam seperti dulu.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...