Wednesday, May 21, 2014

Percutian ke Osaka, Kobe, Kyoto dan Hiroshima Jepun


Arigato Everyone!
Assalamualaikum sahabat dan pembaca semua,

Arigato! kata orang jepun. hehe. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya bercuti di negara matahari terbit ini pada bulan Januari yang lalu. Percutian ke Osaka ini memang langsung tidak dirancang kerana saya langsung tidak pernah bercita-cita untuk ke negara Jepun. Persepsi saya, orang Jepun sangat jahat kerana menjajah Tanah Melayu satu ketika dulu. Perbuatannya pada orang melayu di zaman penjajahannya memang tidak dapat saya terima kerana mereka begitu kejam kepada kita. Itulah kesan membaca buku sejarah bagi saya, saya memang tidak suka untuk ke negara Jepun.

Namun, perlahan-lahan suami memujuk saya untuk ke Osaka, Jepun melihat negara ini serta budayanya dan kemudian saya judge sendiri selepas melihatnya. Kebetulan, semasa Malaysia Airlines menawarkan promosi diskaun harga tambang sebanyak 50 peratus, kesempatan tersebut tidak dilepaskan begitu sahaja. Kami menempah tiket untuk percutian pada akhir bulan januari dan hanya membayar RM1800 untuk penerbangan pergi balik ke Osaka untuk 2 orang. Memang berbaloi-baloi. Walaupun pada mulanya tidak begitu beria-ia namun setelah mencari hotel penginapan dan membuat itinerary sepanjang 5 hari di sana, saya semakin teruja pula untuk melihat sendiri negara ini serta budayanya. Alhamdulilah, walaupun hanya 5 hari disana, kami sempat melawat bandar Kobe, Kyoto, Hiroshima dan Osaka. Semoga perkongsian pengalaman ini ada manfaatnya...

Hari Pertama
Bertolak ke KLIA, Flight MAS ke Kansai International Airport adalah pada jam 23.40 malam dan perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam 45 minit. Kami dijangka mendarat di KIX pada jam 6.50pagi.

Hari Kedua

Kami selamat mendarat di KIX dan berjalan keluar mencari tren JR Lines. Kami singgah di JR Office untuk menukarkan baucer yang telah kami beli di Pejabat JTB di Bukit Bintang kami kepada JR Pass. JR Pass ini sangat penting bagi pelancong yang ingin travel dari satu bandar ke bandar yang lain. Tapi bagi mereka yang ingin meghabiskan masa di bandar Osaka sahaja atau area Kansai tidak perlu membeli JR Pass ini.

JR Ticket Office di Kansai Airport
Setelah menukar JR Pass kami, suami telah siap-siap booking seat untuk kami menaiki JR Line Haruka ke Tennoji dan kemudiannya tukar ke JR Loop Line untuk ke Tamatsukuri. Di Stesen Tamatsukuri, kami perlu keluar dari stesen menuju ke arah subway untuk ke Nagarohibashi.

Dalam JR Lines, teratur dan bersih
Kesemua perjalanan ini adalah percuma kerana kami menggunakan JR Pass kami yang telah dibeli di Kuala Lumpur kecuali ketika menaiki subway kami perlu membeli tiket subway 200yen seorang sehala.

Hotel penginapan kami selama 4 malam di Osaka
Sampai di Hotel Best Western Fino Shinsaibashi, kami tinggalkan luggage dan diminta datang semula selepas jam 3 petang untuk check in. Kami memutuskan untuk terus ke KOBE menaiki JR Lines terus ke Stesen Sannomiya Kobe. 

berhampiran Sannomiya Station, Kobe
Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Sampai di Kobe, kami ke Information Centre dan bertanyakan arah untuk ke Masjid Kobe. Wanita penjaga kaunter maklumat itu memberikan kami peta serta bas loop sightseeing yang patut kami naiki untuk ke destinasi kami.

bas yang kami naiki untuk sightseeing di Kobe
Harga one day pass untuk menaiki bas adalah 650yen seorang dan destinasi pertama yang kami turun adalah di Kitano Garden.

Kitano Garden
Masjid Kobe terletak tidak jauh dari stesen bas Kitano Garden dengan hanya 5minit berjalan kaki. Di hadapan Masjid Kobe, terletak sebuah kedai menjual supply barangan dan produk halal untuk umat Islam disini. Dan tidak jauh dari Masjid Kobe terletak sebuah kedai makanan halal.

Masjid Kobe, masjid pertama di Jepun
Sempat juga kami makan tengahari di restoran berdekatan masjid iaitu Naan Inn, menu makan tengaharinya tidak banyak pilihan dan harganya memang agak mahal, hampir RM60 untuk makan tengahari kami berdua dengan portion yang tidak seberapa.

Naan Inn berdekatan Masjid Kobe
Pelayannya juga langsung tidak mesra apatah lagi untuk senyum. Nampak seperti mahu menelan kami sahaja, hehehe.

hidangan yang sebegini ringkas berharga Rm60!
Kemudian kami naik semula bas ke Rhine House, kediaman resident yang dibina pada tahun 1916 dan sebahagiannya telah musnah dek gempa bumi pada tahun 1995. 

Rhine House
Pada gempa bumi tahun 1995, kebanyakan bangunan di Kobe telah musnah kecuali Masjid Kobe yang pada ketika itu telah menjadi tempat pelindungan untuk mangsa-mangsa gempa bumi. Penduduk Jepun sangat memandang tinggi kepada masyarakat Islam yang ingin pergi ke Masjid Kobe.

Kobe Port Tower
Destinasi kami seterusnya adalah untuk ke Port Kobe. Di sini kami bergambar sakan berlatar belakangkan Port Kobe Tower, Maritime Museum dan beberapa bangunan lain. Mengikut peta bas loop line sightseeing ini terdapat 17 perhentian, melalui kesemua tempat-tempat menarik di Kobe dan bas akan berhenti di kesemua perhentian ini. 

Maritime Museum, berhadapan Kobe Port Tower
Pemegang pass boleh naik dan turun di mana-mana perhentian dan hanya perlu menunjukkan pass tersebut apabila turun daripada bas. Untuk menaiki bas pula perlu menaikinya melalui pintu tengah, tidak seperti di Malaysia, kita menaiki bas melalui pintu hadapan.

Port Kobe
Selesai berjalan-jalan di Kobe kami menaiki semula bas loop ini untuk turun di perhentian nombor 7 untuk ke Sannomiya Station dan pulang semula ke Osaka. Sampai di hotel kami tidak menunggu lama untuk membersihkan diri, solat dan tidur akibat kepenatan yang amat sangat.

Hari Ketiga

Selepas sarapan ringkas di bilik penginapan kami dan menyediakan bekalan makanan untuk outing seharian ke HIROSHIMA, jam 7 pagi kami bergerak menaiki subway ke Tamatsukuri dan menaiki loop line ke Osaka Station dan seterusnya ke Osaka-Shin Station untuk menaiki Shinkansen ke Hiroshima.

Shinkansen Nozomi ke Hiroshima
Perjalanan ke Hiroshima mengambil masa kira-kira 1jam 20 minit. Kami tiba di Hiroshima jam 11 pagi, dan terus ke Information Kaunter bertanyakan tentang sightseeing di Hiroshima.

berhadapan Hotel Granvia Hiroshima
Menurut wanita penjaga kaunter tersebut, pemegang kad JR Pass boleh menaiki bus sightseeing percuma yang disediakan pihak JR untuk berjalan-jalan sekitar bandar Hiroshima. Kami diberikan arah jalan, dan peta dan diminta menunggu bas bewarna merah di hadapan Hotel Granvia, Hiroshima yang terletak bersebelahan dengan Stesen Hiroshima melalui north exit. Sekiranya tanpa JR Pass, kami perlu membayar 400yen untuk one day ticket atau 200yen untuk one ride seorang.

Atomic Dome, satu-satunya bangunan yang tinggal selepas Hiroshima dibom

Destinasi pertama yang kami tuju menaiki bas sightseeing ini ialah The Atomic Dome dan Memorial Park. Disini Memorial Park ini terdapat Children's Peace Monument dan juga Bell of Peace sebagai tanda memperingati mangsa-mangsa yang terkorban di kalangan kanak-kanak juga sebagai tanda keamanan seluruh dunia.

Children Peace Memorial
Ketenangan bandar ini langsung tidak mencerminkan bahawa bandar ini pada suatu ketika dahulu pernah mengalami kemusnahan yang sangat dahsyat. Kami singgah berehat-rehat di tepi sungai cuba menghayati sejarah selepas puas bergambar di kawasan sekitar. Saya teringat buku Debu Hiroshima karangan Othman Puteh yang menceritakan detik-detik seorang cikgu dari Malaysia yang berada di sana ketika Bom Atom dijatuhkan pada tanggal 6 Ogos, 1945. Membayangkannya sahaja membuatkan saya rasa kecut perut dengan keadaan pada ketika itu. Memang amat dahsyat!

Bell of Peace
Waktu yang sudah menginjak ke tengahari membuatkan perut berasa lapar lalu berbekalkan makanan yang kami bawa dari Osaka, kami menikmati hidangan tengahari kami pada hari tersebut. Bekalan nasi lemak, nasi beriani dan rendang tok agromas telahpun saya panaskan siap-siap dan memang seronok sekali berkelah di tepi sungai tersebut, hehe.

kami berkelah di salah sebuah bangku di tepi sungai ini

Ketika bersiar-siar di Memorial Park ini, kami ditegur sekumpulan anak orang Jepun yang mengikuti lawatan sekolah, pelbagai bahasa sapaan yang digunakan seperti "hello, hi, namaste" untuk menegur kami, memang agak lucu kerana dia tidak dapat meneka kami pelancong dari negara mana. Yang mengharukan kami adalah kesungguhannya untuk beramah mesra dengan pelancong dari luar negara.

Hiroshima Peace Memorial Museum
Selesai menjamu selera, kami ke Hiroshima Peace Memorial Museum dan menghabiskan kira-kira 2jam disini mempelajari tentang kemusnahan yang diakibatkan oleh bom atom ciptaan Amerika. Memang amat menyedihkan sekali apa yang dapat kami saksikan di sini, betapa ketamakan kuasa membuatkan manusia buta hati dan memusnahkan seluruh kehidupan manusia lainnya. 

Detik bom atom dijatuhkan di Hiroshima, Jepun
Rasa geram bercampur hiba tidak dapat saya zahirkan dengan kata-kata. Peperangan akan sentiasa membawa kepada kemusnahan, apatah lagi kemusnahan yang diakibatkan oleh bom atom, seluruh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa kerakusan manusia.

Kemusnahan bandar Hiroshima selepas bom atom dijatuhkan
Hari sudahpun beransur ke petang dan kami harus segera meninggalkan muzium dan menaiki sightseeing bus untuk ke stesen Hiroshima dan menaiki shinkansen untuk pulang ke Osaka. Bas sightseeing ini mengambil masa kira-kira 45 minit dari stesen pertama hingga ke stesen akhir. Jam 3.45pm, kami menaiki bas dan hanya turun di stesen Hiroshima dan segera menempah tiket shinkansen ke Osaka.

kedai souvenier di osaka
Kami sampai di hotel penginapan dan berehat sebentar sebelum menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar hotel menuju ke area Shinsaibashi, iaitu underground shopping complex terbesar di Jepun. Kami sekadar mencuci mata dan pulang semula ke hotel untuk berehat dan menyambung aktiviti keesokan harinya pula.

di kawasan shinsaibashi 
Hari Keempat

Selesai bersarapan dengan milo dan roti, kami bercadang untuk bersiar-siar di KYOTO pula hari ini. Cuaca agak sejuk dan hujan di Osaka, tetapi rupanya di Kyoto juga hujan turun tanpa henti, agak merencatkan perjalanan kami. Sampai di stesen keretapi Kyoto, kami terus mencari Information Centre dan bertanyakan bas untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Kyoto. 

bas bandar untuk ke Istana Nijo
Rupanya di Kyoto tidak mempunyai bas hop on hop off seperti di Hiroshima di mana kita boleh naik dan turun di tempat menarik sesuka hati kita. Jadi disebabkan kami telah menetapkan satu hari suntuk di Kyoto untuk hari ini jadi kami memutuskan untuk ke destinasi pertama kami hari ini iaitu di Istana Nijo.


kawasan berdekatan souvenier shop Nijo Castle di Kyoto
 Bas untuk ke Istana Nijo mengambil masa kira-kira 20 minit menunggu, dan 20 minit perjalanan untuk sampai depan Istana Nijo, istana yang diduduki oleh shogun yang pertama pada zaman Edo di Jepun. Tiket masuk ke istana Nijo adalah 600 yen seorang. 


di pintu masuk Nijo Castle
Di dalam istana, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar, dan dikehendaki menanggalkan kasut dan memakai selipar khas. Kami juga dikehendaki melalui laluan khas untuk pelancong yang telahpun ditetapkan, tidak boleh menyentuh apa-apa atau berjalan ke sana ke mari sesuka hati.

taman di Nijo Castle
Kemudian kami ke tempat menjual souvenier membeli kipas jepun dan beberapa magnetic fridge. Setelah hujan lebat berhenti, kami bersiar-siar di kawasan istana untuk melihat-lihat dan mengambil gambar. Memang indah sekali halaman istana ini, landskapnya ringkas dan mendamaikan.

antara pemandangan di sekitar Nijo Castle
Disebabkan hujan masih turun renyai-renyai dan agak merencatkan perjalanan kami, kami memutuskan untuk terus pulang ke Osaka. Menaiki bas di Kyoto ini juga agak meletihkan kerana kami terpaksa berhimpit-himpit dengan local, tidak seperti bandar pelancongan lain yang menyediakan bas khas untuk pelancong.

Kyoto Tower berhadapan stesen keretapi Kyoto
Kami pulang ke Osaka menaiki tren laju dan sampai di Osaka, menaiki pula Osaka Loop Line turun di Osaka-Jo iaitu kawasan Istana Osaka pula. Disebabkan bekalan makanan yang dibawa sejak pagi belum dimakan, kami singgah di sebuah taman berdekatan sungai di kawasan istana osaka dan menikmati bekalan makan tengahari kami bertemankan hujan yang sesekali renyai.

kami singgah makan bekal kami di tepi sungai ini, huhu
Selesai menikmati hidangan tengahari kami, kami berjalan ke arah Istana Osaka dan bergambar di kawasan Istana Osaka. 

Osaka Castle
Kami kemudiannya ke JR Train semula untuk ke area Nipponbashi dan berjalan ke arah Namba. Kami masuk ke kedai Bic Camera yang menjual pelbagai barangan elektronik dan sempat membeli jam dinding yang agak murah harganya berbanding di Malaysia.

trademark kota Osaka di kawasan shinsaibashi
Kami yang sudah kepenatan memutuskan untuk berjalan pulang ke arah hotel melalui area Namba dan Shinsaibashi dan pulang untuk berehat dan mandi. Makan malam kami pada malam ini adalah maggi in a cup, huhu.

di area Dotonbori
Hari Kelima

Pagi ini kami memutuskan untuk menghabiskan masa bersiar-siar di kawasan OSAKA. Tempat pertama yang kami singgahi ialah Universal Studio Japan sekadar untuk bergambar kenangan di sini. 

antara kedai di USJ
Kami memang tidak berhajat untuk menghabiskan masa yang lama disini kerana telahpun berkunjung ke Universal Studio di Singapore. Setelah puas bergambar di kawasan USJ ini, kami terus ke JR Lines semula untuk ke Bay Area.

Di pintu masuk Universal Studio Japan
Kami kemudiannya membeli Osaka Unlimited Pass 2000yen sehari di stesen subway kerana ingin memanfaatkan tiket seharian di Osaka. 

trademark USJ
Kami menaiki subway untuk terus ke Osako dan berjalan ke arah Tempozan Ferris Wheel yang rupanya ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf. Agak kecewa kerana tidak dapat menaiki ferris wheel ini.

Ferris Wheel yang ditutup untuk kerja naiktaraf
Disebelah Tempozan Ferris Wheel ini terletaknya Tempozan Marketplace, sebuah shopping complex yang menempatkan restoran dan kedai souvenier.


di kawasan pintu masuk tempozan marketplace
Di Tempozan Market ini kami mencari Restoran Halal Turkey Babul Hayat, puas mencari, rupanya restoran ini terletak di sebelah kiri dari arah pintu masuk utama dan terletak di level 3. Di Restoran ini tidak menyediakan menu ala carte, yang ada tengahari tersebut ialah buffet lunch yang dicaj 1380yen untuk seorang, yang kami kira-kira agak reasonable untuk hidangan yang disediakan. 

restoran halal babul hayat di tempozan marketplace
Agak lama kami melepak di restoran menikmati makanan turkey dan selepas selesai makan kami bersiar-siar di tempozan market dan terus ke Kaiyukan Aquarium yang terletak bersebelahan dengan Tempozan Market.

antara hidangan di babul hayat restaurant
Di Kaiyukan Aquarium, kami sekadar bergambar kerana tidak mahu menghabiskan masa disini. Kami kemudiannya ke arah subway semula dan singgah di sebuah kedai souvenier yang menjualnya dengan harga yang agak murah berbanding di kedai lain. 

Kaiyukan Aquarium
Tanpa membuang masa, kami memborong magnetic fridge dan keychain untuk diberikan kepada sanak saudara dan sahabat di Kuala Lumpur dan juga beberapa helai tshirt yang dikirim oleh anak saudara. Peniaga wanita tersebut siap memberikan free gift buat kami kerana memborong di kedainya, hehe

souvenier shop di kawasan tempozan
Kami seterusnya ke Umeda untuk menaiki Hep 5 Ferris Wheel yang harga tiketnya telahpun termasuk dalam kupon Osaka Unlimited Pass. Seronok juga menikmati pemandangan kota Osaka dari Ferris Wheel ini. 

Ferris wheel di hep-5 shopping complex
Terubat juga rasa hati dek kecewa tidak dapat menaiki ferris wheel di tempozan, dapat naik di hep-5 pun saya sudah seronok. Saya yang pertama kali menaiki Ferris Wheel agak teruja mengusik suami yang agak gayat bila berada di tempat tinggi, hehe.

pemandangan Osaka dari Hep-5 ferris wheel
Kemudian, kami mencari jalan ke arah Umeda Sky Building untuk ke Floating Garden. Agak sukar mencari arah untuk ke Umeda Sky Building, akhirnya kami masuk semula ke dalam Osaka Tren Station untuk ke Pusat Informasi bertanyakan arah. Memang benar, agak sukar untuk ke sana kerana kami terpaksa berjalan kaki dan melalui terowong bawah tanah untuk sampai di tempat tersebut.

yang bulat tengah2 tula floating garden
Tanpa membuang masa, kami terus menaiki lif untuk ke Floating Garden. Harga tiket masuk ke sini juga adalah percuma dengan Osaka Unlimited Pass, kalau tidak ada pass tersebut kami perlu membayar 700yen seorang untuk masuk ke sini. 

berjalan-jalan di floating garden
Floating Garden ini terletak kira-kira 173meter di atas bangunan Umeda ini dan kita boleh berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan bandar Osaka dari atas sana. Pada yang suka menikmati pemandangan matahari terbenam juga boleh menghabiskan masa disini.

pemandangan kota Osaka dari atas floating garden
Agak lama kami menghabiskan masa disini dan bergambar kenangan. Terdapat juga tempat untuk mengunci cinta bagi pasangan yang ingin mengunci cinta mereka. Di sini juga kami berjumpa dengan lelaki cina dari Malaysia yang membawa keluarganya bersiar-siar di Osaka sempena sambutan raya cina. 

Kau kunci cintaku dalam hatimu, huhu

Selesai di Umeda Sky Building, kami menaiki subway untuk ke area Namba. Kami singgah semula di Bic Camera untuk membeli jam dinding yang dikirim oleh kakak saya dan beberapa barangan lain.

di kawasan sungai dotonbori
Kami berjalan ke arah Dotobori River untuk menaiki River Cruise menggunakan kupon Osaka Unlimited Pass. Agak cantik pemandangan Osaka dari arah sungai kerana kotanya yang bercahaya pada waktu malam. 

Dotonbori Rivercruise
Kami memutuskan untuk makan malam di kawasan Kitahorie mencari restoran halal disekitarnya. Kami sampai di Restoran Hafez tapi tidak jadi untuk masuk ke dalam kerana melihatkan menunya yang menyajikan arak. 

pelbagai jenis minuman keras dalam menu di restoran hafez
Kami seterusnya ke restoran india yang terletak berhadapan restoran hafez, tapi kedua-duanya juga sama, mereka menyajikan arak. 

pemandangan dari rivercruise
Agak musykil untuk masuk ke restoran berkenaan, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel menghabiskan baki makanan kami seperti biskut dan maggi sahaja. Kebetulan, kami juga tidak berapa lapar kerana masih rasa agak kenyang dengan menu tengahari tadi.

Kami pulang ke hotel menaiki subway dan sampai di hotel kami memutuskan untuk check in penerbangan kami untuk esok dan singgah di kedai 7 eleven yang terletak berhadapan hotel untuk membeli coklat Jepun iaitu coklat Meiji dan Japanese Green Tea.

Matcha atau japanese green tea
Malam ini kami tidur agak lewat kerana terpaksa packing baju dan menyediakan kelengkapan untuk pulang ke Malaysia keesokan harinya. Esok pagi, kami harus bangun awal untuk bersiap-siap ke lapangan terbang.

Hari Keenam

Pagi ini kami bangun seawal jam 4 pagi untuk bersiap-siap, jam 6 pagi kami telahpun check out dan membeli tiket subway untuk ke tamatsukuri dan menaiki JR Lines untuk ke Kansai Airport. Di Tennoji, kami menaiki Haruka Express dan sampai di lapangan terbang Kansai jam 8pagi. Kami segera check in dan meninggalkan luggage kami dan menghabiskan masa berjalan-jalan di kedai duty free yang kami dapati harganya agak murah. Kami juga sempat singgah di kedai 100yen membeli kipas jepun dan chopstick buat buahtangan rakan-rakan di Malaysia. Kami juga singgah di kedai souvenier untuk membeli 5 biji mug kecil yang agak cantik sebagai tanda kenangan.

Selesai urusan imigresen, kami singgah pula di kedai duty free membeli jam tangan dan matcha yang dikirim oleh adik saya. Tidak lama menunggu di balai menunggu, kami didekati oleh seorang wanita Jepun untuk membuat survey tentang pelancongan di Osaka.

Flight kami jam 11 pagi berlepas dan kami selamat mendarat di KLIA jam 4.50petang.

Kami tinggalkan Osaka dengan harapan untuk datang lagi ke negara ini, pastinya destinasi yang menjadi pilihan ialah Tokyo, Nagoya, Hokkaido dan beberapa destinasi yang menarik di Jepun ini. Tidak saya sangka, saya jatuh hati dengan negara Jepun ini, bandarnya yang moden dan masih mengekalkan budaya ketimuran benar-benar memikat hati saya. 

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir amat menggemari sikap orang Jepun, dek kerana itulah juga terhasilnya budaya Pandang Ke Timur. Beberapa budaya orang jepun yang saya observe sepanjang berada di sana mengiyakan lagi apa yang saya baca mengenainya. 

segala keperluan yang lengkap disediakan oleh hotel di jepun
Antaranya yang dapat saya lihat ialah apabila mereka naik atau turun dari tren atau escalator mereka pasti akan beratur. Tidak ada tolak menolak yang berlaku. Selain itu, mereka rajin mengasingkan bahan-bahan buangan, even dalam hotel terdapat 2 tong sampah untuk kita asingkan sampah kita. Kalau mereka membuang botol minuman, mereka pasti akan mengosongkan cecair yang ada dalam botol tersebut terlebih dahulu.

Orang Jepun juga sangat polite, sentiasa senyum dan tunduk pada kita, dan sentiasa mengucapkan arigato pada kita. Dalam tren, penumpang juga dikehendaki silent handphone sebab dikhuatiri tempat kita duduk itu ada orang tua yang pakai jantung palsu atau alat yang boleh terganggu dengan line handphone kita.

peraturan dalam tren
Mereka juga sangat detail tentang sesuatu pekerjaan yang mereka buat. Sebagai contoh ada pisau yang saya letakkan di atas meja, bila balik ke bilik saya lihat pisau tersebut sudah berbalut dengan kertas tisu. Hari kedua suami menguji dengan mengotorkan cermin muka dengan kesan cap jari, petang selepas pulang ke bilik, cermin tersebut sudah dibersihkan.

saya jatuh cinta dengan negara Jepun, hehe
Perlahan-lahan saya bersetuju dengan Tun Mahathir yang amat menggemari negara ini kerana budayanya yang sungguh memikat hati. Kata suami saya, tidak sia-sia dia membawa saya berjalan di negara Jepun kerana ia telahpun mengubah persepsi negatif saya terhadap negara ini. Bandarnya yang moden tapi masih dapat mengekalkan budaya yang sungguh tinggi menggamit hati saya untuk kembali lagi ke negara ini satu hari nanti, insya Allah...

25 comments:

  1. wahh, beruntungnya dapat melawat ke negeri matahari jatuh ni..
    daripada gambar2 dan bacaan, macam menarik ajer tempat-tempatnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq, mmg seronok rupanya melawat negara jepun ni, cantik btul tempatnya, hajat di hati nak tgk tokyo plak nnti insya Allah.
      p/s: bukan negara matahari jatuh la, negara matahari terbit, haha

      Delete
    2. Maaf Tumpang Iklan Ye,

      Assalamualaikum,

      7 Days 5 Night Osaka & Tokyo 8 SEATS LEFT!!! ( 1 - 7 DECEMBER 2014 )


      Day 01 :Kuala Lumpur-Saigon-KIX (Kansai International Airport)
      Ready for your departure to Ho Chi Minh City Airport, Vietnam for connecting flight to KIX. ETA Ho Chi Minh at 2050. Then, ready for connecting flight to KIX ETD at 0010*

      Day 02: Arrive KIX - Osaka city tour
      Arrival KIX. (Estimate time arrive 0720) - meet & greet by local representative and transfer to Osaka city tour - Visit Osaka Castle Park (Admission fee included). Here, you can have photo session. Then proceed to Shinsaibashi shopping street & Dotonbori street. While the tour you will be brought for lunch and dinner. Overnight at Osaka New Hankyu or 3* similar class.

      Day 03: Osaka – Kyoto Tour – Toyohashi
      After breakfast at hotel, you will be pick up to visit Golden Pavilion (Kinkakuji Temple), Kiyomizu Temple and Heian Shrine. While the tour you will be brought for lunch. Overnight at Toyohashi and have a simple dinner in the hotel. ( Hotel Loisir Toyohashi or 3* similar class)

      Day 04: Toyohashi – Mt Fuji – Lake Kawaguchi
      After breakfast at hotel, you will be pick up and transfer to take bullet train from Toyohashi to Hamamatsu (short ride). Then you will be take up to 5th station of Mt. Fuji (subject to weather condition). You also will be brought to cruise on private boat cruise at Lake Ashi around 10 minutes and sightseeing at Owakudani Valley. Along the trip, you will be brought for lunch. Overnight at Kawaguchiko Hotel Koryu or 3* similar and have a dinner in the hotel.

      Day 05: Lake Kawaguchi – Tokyo City Tour
      After breakfast at hotel, you will be pick up and transfer for sightseeing at Asakusa Kannon Temple and drive pass thru Imperial Palace, National Diet Building, Ginza District, Shinjuku district and shopping at Nakamise shopping street. Along the trip you will be brought for lunch and dinner. Overnight at Shinagawa Prince Hotelor 3* similar class.

      Day 06: Tokyo Disneyland
      After breakfast at hotel, today you will be entertain at Tokyo Disneyland (1-Day “Passport” ticket included) .You will be served BBQ dinner and overnight at Narita Excel Tokyu or 3* similar.

      Day 07: Departure
      Ready for transfer to Narita Airport for departure flight. ETD at 0930.

      Includes :
      Return flight ( Vietnam Airlines )
      5 Nights accommodations @ 3 star hotel
      13X Meals including breakfast at hotel
      Transportation as per itinerary
      Entrance Fee as per itinerary
      Guide as per itinerary
      One full day Disneyland Ticket
      Bullet Train Ticket
      Travel Insurance
      Tipping

      Excludes :
      Personal expenses(extra luggage fee, room service, etc.)

      PRICE PER ADULT - RM 6399/Adult**
      PRICE PER CHILD WITH BED - RM 6399/Child**
      PRICE PER CHILD WITHOUT BED - RM 5199/Child** (2-10 Years)
      PRICE PER INFANT - RM 350/Infant** (<2 Years)

      **VERY IMPORTANT MUST READ : Prices & itinerary shown are subject to change due to unforeseen circumstances such as room and seat availability**

      Delete
    3. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      SUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL

      Delete
  2. Seronok membaca tulisan ini dan gambar yang menarik, ya, kita tak perlu meninggalkan budaya yang baik untuk maju...

    ReplyDelete
  3. melalui penceritaan rasa seronok pulak..nnti ade rezeki nk pg jepun...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah, ada rezeki nnti boleh jejakkan kaki ke sini plak, huhu

      Delete
  4. Best ekk Jepun.. negara moden tapi masih mengekalkan originality dan budaya sendiri,, tidak pupus ditelan arus kemodenan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.itulah uniknya jepun.😊

      Delete
  5. Assalam..nak tanya. Berapa yen ye naik train laju ke hiroshima? N bajet hotel berapa? Saya plan ke osaka next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hafizam, akak xpasti kalo akak dh terlewat reply komen ni.bajet hotel ada mcm2 harga di osaka.blh juga menginap di hostel kalo berminat. Harga tren shinkansen ke hiroshima boleh cek di laman web hyperdia. Tapi akak pnye harga tiket tren shinkansen ke hiroshima dh covered under jr pass yg sudah siap2 dibeli di malaysia. Lebih jimat camtu. Harap membantu. 😊

      Delete
  6. Japan mmg tempat yg menarik sy pernah sampai kat sana..osaka,tokyo,kyoto,nagoya,akita..
    ddk di japan sgt selamat sama mcm korea..japan best cuma makan n hotel tlalu mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tuan syed. Negara jepun mmg mempunyai keunikannya tersendiri. Kita berasa selamat bila berjalan2 disana. Saya setuju bahawa makanannya yg halal masih agak sukar diperolehi yg ada cuma kebab turki sahaja. Huhu

      Delete
  7. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    ReplyDelete
  8. salam.. seronok gak dapat sikit information dari blog ni.. Insyallah akan diguna pakai segala tips esp how to go to Masjid Kobe.. thanks again.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, youre most welcome. 😊

      Delete
  9. Terima kasih kerana sharing...JR pass tu brp harga sis?

    Jemput ke blog sy ye
    http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jr pass tu ada macam2 harga bergantung pd berapa hari kita nak dan kawasan mana yg kita nak cover. Di malaysia bleh beli dgn travel agent atau di pejabat jtb di bukit bintang. Utk refer harga dan kawasan boleh tgk di laman web jrpass.

      Delete
  10. Seronok nya.. Keep in mind n heart.. Nak pergi juga... Smile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah shila akak doakan shila dpt ke jepun satu hari nanti. 😊

      Delete
  11. nak tane kt osaka mane tempat yg jual chocolate meiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli coklat meiji tu di kedai serbaneka di sana je, boleh juga beli di supermarket. Try bandingkan harga kalo ada offer lg bgus ;-)

      Delete
  12. Salam dan terima kasih. Post ini banyak membantu semasa saya di Osaka. Saya kongsikan sedikit itinerary saya ketika bercuti di sana pada musim summer 2015

    http://www.jimatmelancong.com/2016/02/Percutian-di-Jepun-Melancong-Bandar-Osaka-Kobe-dan-Ikoma-Selama-6-Hari-5-Malam-dengan-Budget-RM1500.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...