Wednesday, April 16, 2014

Pengalaman bercuti ke Brunei Darussalam


Assalamualaikum sahabat dan pembaca semua, hari ni saya nak kongsikan serba sedikit pengalaman saya bercuti ke negara Brunei. Percutian yang tidak dirancang ini telah kami sempurnakan selepas pulang bercuti dari Osaka, Jepun selama 3 hari 2 malam dek kerana bajet berjalan-jalan yang masih berbaki, hehe.

Hari Pertama
Seawal jam 2.30 pagi kami telah bangun dan bersiap-siap. Sejam kemudian, kami terus bertolak ke LCCT dan parking di Zon A dan terus masuk ke boarding hall. Kami ingatkan LCCT senyap sunyi tetapi jam 4.30 pagi sudah seperti peak hours sahaja, penuh dengan umat manusia yang ingin travel. Selesai urusan luggage dan imigresen kami terus ke boarding hall untuk menanti masa pelepasan. Sempat juga membeli minuman panas dan sarapan ringan dengan bekalan roti gardenia yang saya bawa dari rumah. Jam 6.10 pagi kami sempat menunaikan solat subuh dan bergegas ke pintu berlepas yang hanya beberapa minit lagi akan ditutup kerana penerbangan kami adalah pada 6.45 pagi. Dalam flight, saya order combo B yang ada hidangan roti canai 2 keping dan kari ayam, dapat percuma kopi o. Saya tambah mineral water, kesemuanya berharga RM13.

Jam 9.05 pagi kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Selesai urusan imigresen dan luggage, kami keluar ke balai ketibaan, namun sedikit hampa kerana tiada wakil dari pihak hotel yang menunggu walaupun telah kami uruskan awal-awal untuk airport pickup. Kami bergegas ke kaunter teksi, namun yang ada hanya kaunter, orangnya tidak ada, teksi yang menunggu pula hanya ada 2 buah sahaja yang telahpun ada penumpangnya. Hampir setengah jam menunggu teksi sambil call hotel bertanyakan airport pickup, datanglah sebuah teksi yang dipandu seorang wanita. Lega sedikit rasa hati, kebetulan pemandu teksi ini pandai bersembang bertanyakan tujuan kami ke Brunei dan mengatakan tidak ada apa di Brunei melainkan masjidnya yang cantik! Kami sekadar senyum, sampai di hotel, tambang teksinya kami bayar bnd25.

Kami sampai di Hotel Radisson Brunei jam 10 pagi, saya sudah mula berkira-kira untuk 'menghambur' receptionist tersebut kerana servis menunggu di airport tidak ada. Namun saya sedikit lega apabila dia terus memberikan kunci bilik untuk kami segera check in, tidak perlulah kami menunggu hingga jam 3 petang untuk check in. Lega sedikit apabila dapat berehat kerana bangun awal sangat pagi tadi, huhu.

Jam 12 tengahari kami bersiap-siap untuk keluar menerokai bandar seri begawan. Destinasi pertama kami ialah Masjid Sultan Omar, yang merupakan masjid tertua di Brunei yang kubahnya bersalut dengan emas. Kami hanya berjalan kaki sahaja ke bandarnya yang terletak hanya kira-kira 5 minit sahaja dari hotel penginapan kami.

Masjid kubah emas atau Masjid Sultan Omar Saifudin
Kami melewati Menara Jam hadiah daripada kerajaan Malaysia yang terletak di simpang empat sebuah jalan. Kemudian ke jeti Kampung Ayer untuk meninjau-ninjau sebelum singgah di Kompleks Yayasan Sultanah Bolkiah, sebuah gedung membeli belah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Omar. Di sini, kami singgah makan di foodcourt, saya oder nasi goreng ayam bbq dan suami order nasi ayam goreng. Saya bernasib baik kerana hidangan saya agak sedap berbanding suami yang tidak dapat menghabiskan hidangannya. Mujur minuman ABC agak sedap, dapat juga menghilangkan rasa lapar.

Menara Jam yg terletak di simpang jalan
Selesai menjamu selera kami singgah di pasaraya yang terletak di tingkat bawah shopping complex tersebut. Tujuan saya adalah untuk melihat-lihat harga dan pilihan coklat yang dijual disini. Menurut beberapa laman web dan blog-blog yang saya baca, katanya harga coklat disini agak murah kerana tidak dikenakan cukai. Pada saya memang benar ada coklat yang harganya agak murah berbanding di pasaraya Malaysia seperti coklat berjenama Toblerone dan Merci. Tetapi jenama yang lainnya, harganya biasa sahaja, jauh lebih murah yang dijual di Langkawi!  Pilihan coklat juga tidak banyak. Selain dua jenama yang saya sebutkan tadi, jenama lain ialah Cadbury, Kit Kat, Alfredo, M&M, Bounty, Ritter Sport, Kinder Bueno dan kebanyakannya made in Malaysia! huhu. Kami kemudiannya masuk ke kedai souvenier untuk melihat-lihat dan mencari idea untuk dibeli nanti.

Bangunan berwarna coklat itulah yayasan shopping mall
Beberapa buah kedai menjual kain juga sempat kami singgah untuk membuat perbandingan harga selain survey jenis-jenis kain sutera yang ada. Seperti coklat, kain sutera disini juga tidak banyak pilihan corak dan warna. Dari segi harga, harga kain sutera memang amat murah berbanding di Malaysia. Kalau di Euro Moda, Gulatis harga bagi kain Pure Italian Silk boleh mencecah hingga Rm1,000 sepasang tetapi disini boleh didapati dengan harga 70-85% lebih murah. Bolehlah dibeli untuk dibuat kenangan, untuk memborong tidak pada saya kerana tidak banyak pilihan yang ada. Untuk jenis kain-kain lain harganya lebih kurang sahaja di Malaysia, malah pilihan kain di Malaysia jauh lebih banyak jenisnya.

Kami seterusnya ke Pasar Tamu Kianggeh yang terletak di tepi sungai tetapi mendapati tempat tersebut hanyalah sebuah pasar lama seperti pasar menjual ikan di tepi sungai, tidak ada sebarang bangunan seperti sebuah pasar, cuma gerai-gerai usang peniaga yang menjual barangan mereka. Melewati beberapa buah gerai, kami segera keluar dari pasar tersebut kerana tidak ada barangan yang ingin dibeli.

Nama kedai semuanya bertulisan jawi
Sepanjang bersiar-siar di Bandar Seri Begawan ini, satu keunikan yang dapat saya lihat ialah hampir kesemua kedai atau bangunan bertulis tulisan jawi, sama seperti di negeri Kelantan. Nama syarikat dan perkhidmatan juga agak unik kerana diterjemah ke bahasa melayu.

kedai farmasi yang namanya agak unik
Bandar ini kecil sahaja, kebanyakan bangunannya adalah bangunan lama tanpa sentuhan moden, sama seperti bandar Seremban di negeri Sembilan.

nama kedai ini juga agak kelakar bunyinya, hehe
Kami pulang ke hotel berjalan kaki untuk berehat dan sempat juga kami booking pengangkutan percuma yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke The Mall Shopping Centre yang terletak kira-kira 15 minit menaiki kereta. Jam 7 malam, kami dihantar oleh pemandu ke The Mall dan diberi masa 2 jam untuk berjalan-jalan sementara dia menunggu kami diluar.

restoran yang cukup segala mewahnya, hehe
Kami malam malam di foodcourt the Mall, sengaja kami pilih foodcourt kerana ingin merasa tempat makan di mana rakyat tempatan menjamu selera. Kami membuat pilihan yang tepat dengan memesan makanan arab iaitu mixed grill yang ada daging kambing, daging lembu dan ayam yang rasanya lebih kena dengan selera kami yang sukakan makanan berempah dan pedas. Sempat juga saya survey beberapa buah kedai kain lagi yang ada dalam shopping mall ini dan membeli beberapa jenis coklat di supermarket di level bawah.

Jam 9 malam, kami dibawa pulang ke hotel dan melalui sebuah lagi masjid yang cantik di Brunei iaitu Masjid Sultanah Bolkiah. Memang cantik sekali pemandangannya pada waktu malam. Sampai di hotel, kami rehat dan tidur untuk aktiviti keesokan harinya.

Hari Kedua

Kami bersarapan di hotel yang menghidangkan pilihan makanan yang agak sedap, terdiri daripada pilihan makanan Jepun, Mexican, French, Western dan Melayu. Selesai sarapan, kami bersiap-siap untuk ke Kampung Ayer. Sampai di jeti, kami duduk berehat sambil melihat-lihat pemandu bot dan akhirnya membuat keputusan untuk menaiki bot seorang lelaki bertopi putih yang umurnya sudah hampir separuh abad dan perwatakannya yang sederhana. Kami mendekatinya dan bertanyakan tambang, katanya bnd15 untuk kami berdua dalam sebuah bot untuk perjalanan mengelilingi Kampung Ayer selama 30 minit.

di Jeti Kampung Ayer
Sebaik melangkah ke dalam bot, dia menegur kami dan bertanyakan adakah kami dari semenanjung, rupanya pemandu bot ini merupakan rakyat brunei dan juga memiliki kad pengenalan Malaysia. Dia dilahirkan di Sarawak kerana ibu bapanya yang warganegara Brunei pernah bekerja di Kuching. Dia kemudiannya berkahwin dengan wanita Brunei dan menetap di Brunei.

antara rumah di kampung ayer yang masih diduduki
Sementara berkenal-kenalan, kami ditunjukkan tempat Istana Nurul Iman, yang hanya dibuka kepada umum 2 kali sahaja dalam setahun, waktu-waktu lain rakyat tidak dibenarkan masuk ke dalam Istana yang terbesar di dunia itu.

masjid di kg ayer
Sambil melewati rumah-rumah di Kampung Ayer, banyak yang kami sembangkan dengan pemandu bot, kebanyakan perbualan berkisar tentang perbandingan negara Malaysia dan Brunei. Kami sangkakan rakyat Brunei hidup mewah dan senang namun sangkaan kami ternyata meleset. Menurut lelaki ini, yang kaya dan hidup mewah di Brunei ini hanyalah sultan dan menteri-menterinya. Rakyat yang lain hidup susah. Memang benar rakyat Brunei ada dibantu tetapi hanyalah rakyat yang miskin dan sakit. 

rumah penduduk brunei di kg ayer
Berbanding di Malaysia, rakyat kita mampu membeli rumah berharga RM200k, tetapi di Brunei kebanyakan rumah mereka berharga bnd50k tetapi itupun tidak ramai yang mampu membelinya. Lelaki ini juga mengakui pencen yang diterimanya dari pihak kerajaan Brunei setiap bulan hanyalah bnd250, memang tidak cukup untuk menampung hidupnya. Disebabkan itulah menurutnya walau sudah di usia emas, di harus terus mencari rezeki dengan tidak mengharapkan anaknya yang juga sudah punya keluarga.

sekolah di kg ayer
Kami terpana seketika memikirkan "masalah rakyat". Kami sangkakan orang Brunei hidup mewah dan kaya raya kerana hasil minyaknya sangat banyak dan rakyatnya tidaklah ramai, sekitar lebih kurang setengah juta penduduk sahaja, tentu sahajalah rakyatnya hidup mewah dan kaya raya. Ternyata sangkaan kami selama ini meleset, ia hanyalah sebuah kenyataan 'hearsay', realitinya rakyat negara ini kebanyakannya hidup sederhana dan susah. Hanya sebahagian kecil sahaja yang hidup mewah, yang lainnya ibarat kais pagi makan pagi sahaja. Berulang kali pemandu bot ini mengatakan betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia kerana pemimpin kita sering membantu rakyatnya untuk keluar dari kemiskinan dan kesusahan. 

Kami tinggalkan pakcik itu dengan seribu bebanan dalam kepala, memikirkan tentang apa yang kami sangka berbanding dengan kenyataan yang sebenarnya. Terlalu banyak yang perlu kami 'digest' dari perbualan selama 30 minit dengan pemandu bot tersebut.

Kami kemudiannya singgah lagi di Yayasan Shopping Complex untuk membeli coklat buat sanak saudara, kemudian singgah pula di kedai souvenier membeli beberapa tanda kenangan di kedai depan waterfront kerana harganya lebih murah dan lebih banyak pilihan. Kami seterusnya singgah pula di kedai kain untuk membeli sepasang sutera Italy yang saya kira amat murah sekali harganya berbanding yang dijual di Gulatis, Euro Moda atau Jakel di Kuala Lumpur.

Restoran Mama Nasi Ayam Katok
Kami singgah makan tengahari di Restoran Mama Nasi Ayam Katok, yang terletak berdekatan dengan Pasar Tamu Kianggeh. Makanan ini agak popular di Brunei dan kami berhasrat mencuba hidangannya di sini. Hidangannya terdiri daripada nasi putih, ayam goreng dan sambal sahaja. Akhirnya saya dan suami hanya meratah ayam kerana hidangan tersebut agak kurang kena dengan selera kami. Apabila selesai makan dan membayarnya, kami terkejut kerana rupanya hidangan nasi tadi berharga bnd1 sahaja! Memang amat murah, patutlah dengan hidangan sebegitu simple, ramai yang datang singgah makan di kedai tersebut. 

Selesai makan tengahari, kami berjalan kaki pulang ke hotel untuk berehat dan solat. Sempat juga menonton sebuah DVD yang kami beli di sebuah kedai menjual cd dalam perjalanan ke Jeti Kg Ayer. Kami sangkakan DVD tersebut original, rupanya yang pirated punya. Sudahlah dijual terang-terangan di dalam kedai, patutlah harganya juga agak murah, bnd5 sahaja!

Selesai menonton, kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Sempat juga berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid untuk bergambar kenangan. Kami makan malam di sebuah Restoran Pakistan berdekatan Yayasan Shopping Mall tersebut sahaja dan berjalan-jalan di gerai jualan yang telah siap didirikan untuk tujuan pertunjukan Regatta keesokan harinya. Penat bersiar-siar kami pulang berehat-rehat di lobi hotel sebelum pulang ke bilik untuk berehat dan berkemas-kemas kerana esok merupakan hari terakhir kami di Brunei.

Hidangan di sini agak menyelerakan
Hari Ketiga


Regalia Museum di bandar seri begawan
Selesai bersarapan dengan menu yang lebih kurang sama dengan pagi sebelumnya, kami memulakan tour kami pagi ini untuk ke Regalia Museum atau Muzium Koleksi Diraja Brunei yang terletak berhadapan dengan hotel penginapan kami sahaja. Tiada sebarang bayaran masuk ke muzium ini tetapi pengunjung tidak dibenarkan membawa kamera, henfon ataupun beg ketika melihat2 koleksi diraja ini. Pengunjung juga dikehendaki menanggalkan kasut di luar muzium dan memakai kasut khas apabila berjalan-jalan di dalam muzium.

Kamera hanya dibenarkan untuk koleksi di lobi muzium sahaja
Terdapat banyak koleksi diraja yang disimpan disini termasuk pemberian dan hadiah dari pelbagai negara. Koleksi yang paling menarik minat kami sudah tentulah hadiah dari pemimpin negara Malaysia juga pemberian dari sultan dan raja-raja dari Malaysia kepada Sultan Brunei.

Koleksi semasa adat pertabalan sultan
Selesai melihat koleksi di raja, kami berjalan kaki ke Jetty Kampung Ayer melihat Regatta atau Perlumbaan Perahu atau Kapal Layar. Begitu ramai rakyat Brunei yang turun melihat pertandingan tersebut yang julung-julung kali diadakan. Agak bosan dan panas di bawah khemah penonton, kami masuk ke Galeri Kesenian melihat pameran koleksi manik dari Borneo dan koleksi dari negara yang dijemput khas iaitu China.

Regata Brunei 2014
Jam 12 tengahari kami pulang semula ke hotel untuk bersiap-siap untuk check out dan ke airport. Kami telahpun menempah teksi untuk membawa kami ke airport pada jam 2 petang. Selesai mandi dan solat, kami check out dan terus ke airport. Sempat juga pemandu teksi berbual dengan kami sepanjang perjalanan tersebut. 

Pameran manik borneo di Galeri seni
Katanya minggu hadapan dia akan ke Kuala Lumpur membawa keluarganya berjalan-jalan. Dia menceritakan yang dahulunya dia bekerja dengan pihak kerajaan sebagai pegawai forensik, setelah berkali-kali dijanjikan kenaikan pangkat oleh pihak atasan tetapi janji hanya tinggal janji, dia terus meminta pencen awal kerana kecewa dengan pihak atasan yang tidak menghargai kerjanya. Dia meninggalkan kerjayanya sebagai pegawai forensik dan beroleh pencen sebanyak bnd750 dan bekerja sendiri membawa teksi walaupun usianya baru menjangkau lewat 40-an. Ceritanya hampir bernada sama dengan pemandu bot Kampung Ayer yang kami temui, iaitu nada seorang yang KECEWA.

antara koleksi manik di galeri seni
Sekali lagi, kami renungi nasib rakyat Brunei dan rakyat Malaysia dan berasa bertuah dilahirkan di negara ini. Benar kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, biarlah elok di negara sendiri. Bermusafir di negara orang banyak mengajar kami erti syukur, syukur dengan kurniaan rezeki dan nikmat yang Allah berikan.

Tengahari tersebut, kami singgah makan di Royal Brunei Restaurant di airport sementara menunggu kaunter check in yang ditutup waktu lunch hour, sesuatu yang agak asing bagi saya di sebuah lapangan terbang antarabangsa. Selesai urusan luggage dan imigresen, kami menunggu ketibaan flight dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Brunei kami tinggalkan dengan 1001 cerita, suka dan duka yang akan tersemat dalam ingatan sampai bila-bila.

54 comments:

  1. hmm, rupanya tak banyak tempat menarik di brunei.. dan tak sangka, sangkaan kita selama ni bahwa rakyat brunei hidup mewah dan senang rupanya meleset.. bersyukur kita dilahirkan di negara bertuah, malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah tak byk sgt tempat menarik, org kata tak sampai sehari dah abis pusing satu Brunei, hehe. tapi takpela, pengalaman di tmpt org, bleh kenal negara dan orang2nya, realiti sebenarnya, huhu

      Delete
    2. Suasana dkt brunei hampir sama dgn sbh. Tp sbh lg daif. Sy tgl di sbh 5 tahun. Masuk kwsn pedalaman. Rmh diorg x de air eletrik. Pergi kebun jln kaki 2-3 jam. X sangka ada lg keadaan mcm ni.

      Delete
    3. Hello kita dkt semenanjung ni pun still ada yg hidup dgn daif ok. Dh nama pun pedalaman mestilah still x maju kan? Jgn lh bandingkn dgn bandar2 besar. Klau awk x percaya cuba awk pegi pedalaman pahang or Terrenganu or Kelantan or mana2 kawasan pedalaman. And still byk kawasan org asli kita yg maseh x de air & elektrik ok. Pokoknya dkt sini sy cuma nk ckp yg kalau dh nama tu pedalaman x kn lah awk expect sama maju mcm ibu kota KL kan. Who to blame for all of this? Tepuk dada tanya selera

      Delete
    4. Terima kasih di atas perkongsian. Itulah realitinya.

      Delete
    5. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      SUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL

      Delete
  2. negara tu pun kecil shj. begitupun, elok juga dilawati, boleh pastikan sendiri bahawa 'the grass is not always greener on the other side'...

    ReplyDelete
  3. Wahh...
    Sy sedang cari info.. sbb 11 may nanti nak ke Brunei. . Sini satu2 blog yg cerita kesusaha rakyat Brunei. . Fuhhhh....

    Salam perkenalan. .
    Http://kamisukacuti.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Banyak info yg kurang tepat.. pencen bnd 250 itu sebenarnya pencen yg diberi kpda setiap warga emas yg telah berusia 60 tahun keatas..

    Memang bukan semua org Brunei kaya raya dan hidup mewah tapi tidak lah sampai ketahap kais pagi makan pagi..

    Siapa kata penduduk Brunei tidak mampu membeli rumah dgn harga RM 200k harga 200k tu kalau di Brunei memang dah kira murah habis tu..kalau di tukar nilai dollar Brunei baru sekitar Bnd 80k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. true.. banyak info kurang tepat.... hehe... should study more tentang brunei darussalam... :)

      Delete
  5. Untuk makluman kebanyakan rumah2 yg terdapat di kg. Ayer itu sebenarnya penghuninya sudah byk berpindah ke darat...
    Kebanyakan penduduk yg mendiami rumah di kpg ayer ketika ini sebilangan besarnya adalah warga asing...dan terdapat juga rakyat Malaysia yg tinggal disana mencari nafkah dgn bot penambang...

    ReplyDelete
  6. Untuk mendapatkan gambaran tentang Brunei sebenarnya tidak cukup hanya dengan satu hari...jika mahu tahu macamana rumah orang Brunei..cuba lah ronda2 ke kawasan yg terdekat seperti Beribi, Gadong, Jerudong, Berakas, Medewa, Bunut, Sengkurong, Rimba dan byk lagi..nanti kita akan tahu betul kah kebanyakan orang Brunei hanya mampu/tidak mampu memiliki rumah yg berharga 50k...?


    ReplyDelete
  7. Kebanyakan orang Brunei hidup sederhana..tetapi kerajaan sangat2 mengambil berat akan kebajikan rakyat...pendidikan percuma termasuk ke luar negara, perubatan percuma termasuk rawatan diluar negara biasanya utk jantung/kanser(Singapura, Malaysia) setiap warga emas yg telah mencapai usia 60 tahun akan diberi pencen tua bnd 250 setiap bln..tambang percuma ke luar negara utk kakitangan kerajaan(termasuk suami/isteri/anak2) setiap 4 tahun..dan tambang percuma ke eropah, tambang haji, pinjaman perumahan/tanah tanpa kadar faedah,penuntut pengajian tinggi diberi elaun bulanan,penuntut diluar negara u.k dll diberi elaun £500 setiap bln..oku termasuk pesakit mental diberi elaun setiap bln dan byk lgi.. kalau difikir balik di Brunei ni wlupun rakyat tidak mewah dan kaya raya tiada yg hidup melarat..mungkin ada segelintir yg tidak tahu menghargai dan kurang bijak mengurus kewangan...kerajaan Brunei sudah buat yg terbaik...dan sangat2 bersyukur tinggal di Brunei :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous..mgkin anda adlh part org2 atasan yg jarang melihat kesusahan org2 di bwh..jika rakyat brunei sndiri mngatakan mereka tidak mampu mmbeli rumah, mksdnya masih bkn semua mampu..anda patut melihat dr sudut pndgn matadan hati bukan dr segi emosi...ini adlh pndgn peribadi melalui pelancong ini sendiri...terima dgn hati terbuka...dan kajisemula kenapa masih ada rakyat brunei yg xmampu membeli rumah...tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah pentingnya pemandu teksi sebagai front liner
      ...;)..
      .

      Delete
  9. Saya amat bersyukur di lahirkan sebagai warganegara Brunei Darussalam. Pengajian dibiayai serta mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Dan ada rumah dan keluarga sendiri seawal umur 23tahun. Semuanya alhamdulilah syukur. Rezki yang berkat itu adalah sedikitnya cukup dan banyaknya boleh di bahagi2kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bagi contact encik atau email. ada benda saya mahu Tanya :)

      Delete
  10. rakyat yang kecewa memang mcm tu...samalah di malaysia.padahal mcm2 kerajaan sediakan...biasiswa sambung belajar kepada yang cemerlang
    .atau potongan pinjaman, bantuan perumahan PPRT kepada yang miskin, dapat jugak bantuan kebajikan,oku pn dapat, perubatan percuma di hospital kerajaan, bantuan subsidi diesel,baja,baju sekolah, mcm2..! tapi tak bersyukur dan complain mcm2..saya tak nampak pun org malaysia ni susah kalau rajin dan ubah sikap..yg jadi sgt2 susah pertamanya sebab malas dan tak nak berubah..Allah dah janjikan rezeki maka kenalah berusaha. Orang thai pn bagitahu saya kat malaysia jual apa pun laku! mereka boleh buat harta..kenapa orang kita tak boleh? sekarang
    .alhamdulilah..saya dah nampak perubahan bangsa melayu kat bumi malaysia ni.Semua dh pandai berniaga dan kreatif..dah ada kemajuan.Sy pun teringin ke brunei...insyaAllah. Tak perlu bandingkan antara negara mcm tu..semua negara ada kelebihan dan keburukan..sebab itu Islam menyarankan kita merantau..supaya kita dpt tgk keesaan Allah dan bersyukur..kalau buat perbandingan kita hanya dapat buruk saja..tak ada yang baik..lagipun semua melayu..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

    ReplyDelete
  11. rBRUNEI SUSAH? Iyo terlampau prejudisnya kenyataan tu.. Aku rasa lg bagus pemerintahan sultan brunei berbanding kerajaan BN Malaysia..nk buat hudud pun dpt kecaman dr parti bersekutu. Dan harga brg semakin mahal. Brunei wpun x maju tp hrga brg murah. Sultan pun x benarkan bangunan tinggi dibuat melebihi menara masjid. Ha ni nk GST lak.. Brunei x de cukai..G

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt setuju.. Sy sendiri stay malaysia bayar tol,isi myk,makan malam dan pagi untuk sehari dah 2/3 dari income. Sehari mesti belanja Rm100-200 untuk keperluan asas je.belom nk bermewah lagi. Walaupun org malaysia nmpak macam org 'kaya' tapi mostly semua nya berhutang keliling pinggang.. Socialize antara masyarakat makin teruk,bukti byk kes penceraian, jenayah.. Even menteri sendiri pun mencuri duit negara. Sgt kecewa jd rakyat mlaysia skrg. Tersangat kecewa :(

      Delete
    2. Realiti nya.. Brunei tgh grow up dgn cara yang sihat.. Tak mcm kita kt malaysia ni. Wlaupun byk bangunan harga berbillion2 kt malaysia ni.semuanya dimonopoli golongan tertentu. Kajian yg menyeluruh oleh pihak ukm bangi, semua aset tanah rizab melayu dh lesap 80%.. Jadi takde apa pun yg nk dibangga jadi org malaysia.melainkan tol mahal,jalan sesak,dan hutang sana sini :)

      Delete
  12. As salam saudara dan saudari ..trima ksh pd owner blog in ats prkongsian info..brhajat utk brhijrah me Brunei pula..sy bru blik dri australia bln 4 lps..hrap sesiapa yg Ada pglman bkerja di Brunei dpt share info ye.. boleh whtsup or we chat sy +6010-5180858

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang ingin melancong brunei...boleh survey page ni...facebook: Jom Melancong Brunei

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info tuan..teringin sangat nak ke sana :)

      Delete
  14. Info kurang tepat. Rakyat Brunei lebih beruntung dari segala aspek berbanding rakyat malaysia. Kehidupan Brunei amatlah aman dan cukop segala2nya. Cuma negara Brunei kecil sedikit so tidak apa banyak aktiviti mampu di lakukan. Tidak ada yg kais makan pagi di sini, semuanya makmur dan sejahtera. Tahniah kepada pemerintah Brunei.

    ReplyDelete
  15. tq atas info.. saya pon berhajat utk kesana suatu hari nanti.. in syaa allah..

    ReplyDelete
  16. Rasa terkilan dan tidak percaya mendengar kenyataan bot penambang itu. Setahu saya kan upah penambang ini lumayan tau kerana persendirian.. kira lah sehari paling cikit dpt $100 kalau sebulan sudah $ 3000. Atu baru $100 kalau rajin boleh dpt $200+ sehari. sungguh tidak bersyukur dgn apa yg di terima.

    Mungkin disebabkan kewarganegaraan nya bukan orang brunei so Segala kemudahan seperti pendidikan free tidak di terima so anak nya terpksa bayar persekolahannya.Tapi kalau dia tukar kerakyatan brunei dpt saja bah.

    apa apa pun orang brunei tak lah kaya sangat, sederhana ja tak lah smpai kias pg mkn pg tu.. alhamdulilah yg fakir, miskin, org menanggung hutang menerima bantuan zakat setiap bulan tau, ada yg menerima bantuan rumah dan sebagainya.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa bot penambang tu, dia tu raakyat Malaysia berkawin dengan warga Brunei, baik juga kerajaan Brunei bagi pencin umur tua BND250.00 sebulan... Dia tak sedar dan bersyukur anak-anak nya dibagi pelajaran percuma, biaya perubatan percuma...... Jangan hanya dengar apa yang dikatakan dari bukan raakyat Brunei, apalagi bagi pakcik itu yang hanya berstatus PR (penduduk tetap) yang tidak bersyukur diatas kesenangan yang diperolehnya....

      Delete
  17. sis jalan - jalan tu kan naik apa ya utk hari ke 2 dan ketiga???

    ReplyDelete
  18. nak ke brunei mggu depan bwk family hehehe

    ReplyDelete
  19. bdrsarkan ayat owner blog ni. . . dia seorang yg cerewet dan mungkin org kaya... sy rasa brunei lagi best.kos sara hidup kat brunei smua krajaan tanggung, cth ,kos plajaran,rumah,perubatan etc.. kat malaysia jangan harap la dpt free mcm ni..

    ReplyDelete
  20. Sebagai seorang rakyat malaysia yg bekerja di brunei, mmg betul apa yg owner blogger katakan.. Mmg xde tpt menarik kat brunei smpaikan semua rakyatnya ke kk, miri, kl atau singapore utk shopping pf hujunt mggu atau cuti umum. Ada yg hidup sng, ramai jg yg hidup Sudah. Kete mlysia nak isi mnyak kena caj double tp kete brunei ke kk atau miri rate sama je. Byk lg bnda lain yg org luar xtau tp xyah ckp la. Indah kbr dri rupa hoho.. Tp mknan agak murah n sdp.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana nak dapat kerja di brunei? boleh share cara2?

      Delete
  21. Teringin ke Brunei utk merasai sendiri pengalaman di sana. Sy ada keluarga di Brunei dan mereka selalu ke kota kinabalu utk beli mknn dan shopping. Mereka kata di Brunei tak byk pilihan dan makanan tak sesedap di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan makanan tak sedap kat Brunei, tapi nak tukar selera bah tu.....

      Delete
    2. Bukan makanan tak sedap kat Brunei, tapi nak tukar selera bah tu.....

      Delete
  22. Br datang brunei atas urusan kja....saya dari malaysia.... ok la brunei walapun x byk bgunan mewah mcm di kl tp cara idupnya lbh tenang dan tidak bserabut. Cara amalan hidup dan ibadat sama dgn malaysia.kalau sy ke indonesia dl...ada ruang solat yg bkongsi lelaki dan perempuan pada waktu yg sama dan brsolat di sebelah kita. Org brunei sgt baik dan suka mbantu.rs selamat bjln seorg diri.org mudanya agak sopan dan tertib. Kdg2 syg di malysia...negara kian mbgn tp akhlak remaja n ank muda kian terhakis...jenayah mkn tggi kerana desakan idup n keperluan duit nk penuhi khendak.

    ReplyDelete
  23. Teringin hati nak cari calin isteri org Brunei :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ifwat...i ada...hehee;-)

      Delete
  24. Teringin hati nak cari calin isteri org Brunei :)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum, terima kasih atas info diatas,yg dpt dijadikan panduaan.Saya pertama kali ke Brunei atas urusan kerja pada May ini. Orang-orang Brunei jemput datang ye ke ICC Brunei sempena KLIHF (Kuala Lumpur International Hijab Fair ,pada 8-10 May 2015)

    ReplyDelete
  26. Saya tahu sesuatu yang baru mengenai rakyat Brunei di blog ni.Selama ni memang ingatkan rakyatnya hidup mewah.

    ReplyDelete
  27. Assalam .
    Siapa je yang tak suka makan luar ? Jom saya sharekan tempat makan yang menarik yang anda semua boleh cuba .Cuba jangan tak cuba ya hehe .Kalau ada tempat makan yang anda rasa menarik juga , jangan segan segan share ya :) Orang orang Pahang dialu alukan untuk share tempat makan yang menarik .Hehe 5 Tempat Makan Menarik yang Wajib Anda Pergi !!.

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum ..hmm brunei ni yg selalu sy dgr..cantik aman.saya pun ramai kawan di brunei ni.dan kami amt menjaga nilai persahabatan ini dgn baik.sebenarnya mana2 negara ada best dan x bestnya.sama je. tak usahla kita banding membanding.tu la sbb nya kita digalak meneroka bumi allah ini agr dpt melhat , merasai keperbezaan di tiap2 tempat ini. apapun kita tetap serumpun seugama dan menyembah yg satu. brunei memang aman dan dan kalau nak cari damai tu kat mana2 boleh malah drumah yg sempit dan susah tapi jika hati senang ..aman lah kita. insy saya juga amt teringin sekali kebrunei.bagaimana kalo kita nak sewa van atau kereta utk tour brunei ye. kira2 jd tour guidela. hubungi saya nanti

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum ..hmm brunei ni yg selalu sy dgr..cantik aman.saya pun ramai kawan di brunei ni.dan kami amt menjaga nilai persahabatan ini dgn baik.sebenarnya mana2 negara ada best dan x bestnya.sama je. tak usahla kita banding membanding.tu la sbb nya kita digalak meneroka bumi allah ini agr dpt melhat , merasai keperbezaan di tiap2 tempat ini. apapun kita tetap serumpun seugama dan menyembah yg satu. brunei memang aman dan dan kalau nak cari damai tu kat mana2 boleh malah drumah yg sempit dan susah tapi jika hati senang ..aman lah kita. insy saya juga amt teringin sekali kebrunei.bagaimana kalo kita nak sewa van atau kereta utk tour brunei ye. kira2 jd tour guidela. hubungi saya nanti

    ReplyDelete
  30. Tidak setuju dengan kenyataan yg mengatakan hanya sultan dan pembesar2nya yang mewah di negara Brunei Darussalam. Saya sebagai rakyat Brunei bersyukur dengan kerajaan yg menyediakan pendidikan, dan perubatan secara percuma. Walaupun tidak banyak tempat menarik di sini tapi kita rasa tenang tinggal di negara ini. Came across few europians yang migrate ke Brunei sebab mereka memilih utk hidup dalam ketenangan. Its not enough to only visit Bandar, banyak lagi tempat lain boleh kita lawat. Anyone who wants to visit Brunei, please email explorer.brunei@gmail.com for more info. Ngam kita cuti, kita boleh bawa round Brunei for free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Explorar brunei, awal bulan 5 2017 brunei cuti tak? Bila waktu brunei cuti yaa? Nak jalan2 brunei ni in shaAllah

      Delete
  31. Alhamdulillah bisa traveling ke negara2 tetangga, di indonesia yang tercinta ini sudah bisa makan saja sangat bersyukur banget, terima kasih

    ReplyDelete
  32. Bercuti dinegeri orang dengan masa yang terhad tak cukup lah nak buat kajian tentang Brunei, stay a bit longer ler, secara purata harga rumah di brunei ialah bermula BND200k and above termasuk harga tanah bagi rumah persendirian, seperti peerumahan yang dibena sendiri oleh kerajaan memang dah diberi subsidi oleh kerajaan brunei utk dibayar kembali secara ansuran sejumlah BND50k, BND60k and etc tertakluk klass2 rumah yg tersedia.

    Bagi pakcik bot tu pulak, dari fahaman saya, beliau menerima pancen tua (60 tahun) berjumlah BND$250.00 setiap bulan, dan bagi driver teksi tu, dari fahaman saya dia sendiri yang memilih utk "opportunity cost" meninggal kan kerja tetap kepada pemandu teksi, sekira nya dia pencen pada umur 55 tahun dah tentu dia akan menerima gajian pencen yang lebih tinggi (seharus nya dia tia akan mengharap dari janji2 kosong utk kenaikan pangkat tanpa berusaha lebih gigih dlm bidang kerja nya sendiri)

    Pada hemat saya, anda maseh kekurangan info utk menilai Brunei dari pelbagai segi kehidupan atau sara hidup. Pada masa akan dtg saya berharap anda menemukan individu yg boleh membantu utk memberi info yg lebih relevant & tepat sebelum anda boleh membuat sebarang conclusion tetang Negara Brunei Darussalam

    ReplyDelete

  33. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +60182913326
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete

  34. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +60182913326
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete

  35. Adakah anda memerlukan pinjaman kredit kewangan yang mendesak?
    * Pemindahan Sangat cepat dan serta-merta ke akaun bank anda
    * Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda mendapatkan wang
    akaun bank
    * Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
    * Bayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
    * Syarat-syarat pinjaman yang fleksibel dan bayaran bulanan
    *. Berapa lama masa yang diambil untuk membiayai? Selepas menghantar permohonan pinjaman
    Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang daripada 24 jam
    pembiayaan dalam 72-96 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
    dari awak.

    Hubungi syarikat ini sah dan berlesen, yang diberi kuasa
    untuk memberi bantuan kewangan kepada Everybody
    Maklumat dan permohonan pinjaman lebih bentuk

    email: cashfirmarena@gmail.com


    Selamat sejahtera
    Sir Joel Williams
    FIRM TUNAI PINJAMAN SYARIKAT
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Tel: +60182913326
    E-mel: cashfirmarena@gmail.com
    Webisite: cashfirmarena.wordpress.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...