Tuesday, December 24, 2013

Percutian ke Padang dan Bukit Tinggi

Assalamualaikum,

Lama menyepikan diri, hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya bercuti ke Padang dan Bukit Tinggi selama 4 hari 3 malam pada bulan September yang lalu. Kami memilih untuk ke sini agar dapat mengenali lebih dekat budaya dan adat minangkabau, yang mana adat dan budaya mereka lebih dekat dengan masyarakat melayu di Negeri Sembilan yang pernah mengamalkan adat pepatih. Semoga perkongsian ini ada manfaatnya, Insya Allah.



replika rumah minangkabau di Bukit Tinggi

Hari Pertama

Kami bertolak ke KL Sentral menaiki teksi yang telah kami tempah awal-awal lagi dan terus ke tingkat bawah KL Sentral menaiki bas ke LCCT. Sepanjang perjalanan saya dan suami hanya tersenyum mengenangkan kami yang pertama kali travel sebagai rakyat marhaen, maklum saja ini kali pertama saya dan suami menaiki penerbangan tambang murah Air Asia. Pastinya satu pengalaman yang berbeza yang tidak dapat kami lupakan.

Sampai di LCCT, kami bersarapan terlebih dahulu dengan nasi lemak dan bihun. Selesai sarapan barulah kami menghantar bagasi kami untuk urusan check in. Mujur juga saya telah print siap-siap boarding pass kami di rumah agar senang urusan kami di sini. Selesai menghantar luggage, kami lepak di Marrybrown sambil membaca suratkhabar dan menunggu masa untuk pelepasan.

Jam 1.25pm, pesawat Air Asia berlepas ke Padang dan sejam kemudian kami selamat mendarat di Bandar Udara Ranah Minangkabau. Selepas urusan imigresen dan mengambil semula luggage kami, kami keluar dari airport dan berjumpa wakil dari pihak Narasindo Tour yang menjemput kami yang bernama Adi.

Kami berkenal-kenalan dan segera Adi bawa kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Lamun Ombak. Dalam perjalananan, sempat Adi bercerita tentang asal usul minangkabau yang berasal daripada perkataan "menang kerbau" dimana masyarakatnya pernah memenangi pertandingan berlawan kerbau. Bumbung atau atap rumah minangkabau juga melambangkan tanduk kerbau, dimana kerbau amat sinonim dengan masyarakat minangkabau.

singgah lunch di sini
Kebetulan, kami yang memang sangat lapar ketika itu, dihidangkan dengan 22 jenis lauk pauk di restoran ini. Uniknya masakan padang ini, mana-mana lauk yang tidak diusik atau disentuh oleh kita, tidak akan dikira atau dicaj. Mereka hanya kira apa yang kita makan sahaja. Saya dan suami mengenepikan 14 jenis lauk yang tidak kami makan dan hanya makan 8 jenis lauk sahaja, itupun sudah cukup membuatkan kami kenyang sangat. hehe... Lauk pauknya "lamak bana", ajar Adi pada kami yang bermaksud masakannya sedap sangat. huhu

ada 22 lauk semuanya
Selepas lunch, kami singgah solat jamak qasar di surau yang disediakan oleh pihak restoran kerana bimbang akan sampai lewat ke Bukit Tinggi. Kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi yang mengambil masa kira-kira 2 jam kerana akan berada 2 malam di sini dan satu malam di Padang iaitu malam yang ketiga. Kami singgah di Air Terjun Batang Anai, melalui Padang Panjang.

air terjun batang anai
Kemudian kami singgah di Kedai Puteri Minang dan membeli sehelai blaus sulam dan singgah pula di Kedai Linduang Bulan membeli telekung 3 pasang yang dikirim oleh adik saya, telekung sulam goyang dan telekung travel. Menariknya, di kedai-kedai bordir ini kami mempunyai pilihan membeli menggunakan wang ringgit atau rupiah. Mana yang untung menggunakan ringgit Malaysia, kami membayar menggunakan matawang Malaysia, begitulah sebaliknya. Ini pastinya menguntungkan kedua-dua belah pihak.

kedai pertama kami singgah membeli belah
Sampai di Bukit Tinggi, kami check in Hotel Royal Denai View dan jam 7.30malam, Adi menjemput kami untuk makan malam di Rumah Makan Gon Raya. Baru sahaja kami ingin menjamah nasi, tiba-tiba blackout, gelap gelita restoran tersebut. Rupanya kami dimaklumkan, di Bukit Tinggi ini kejadian blackout sudah sering mereka lalui dek kerana arus eletrik yang tidak dapat menampung keperluan penduduk.

makan malam kami di sini
Selesai menjamu selera, kami terus ke Pusat Kebudayaan untuk melihat persembahan tradisional minang. Tiket masuk bagi seorang dewasa ialah sebanyak Rp50,000 yang harus dibayar sendiri oleh kami kerana tidak termasuk dalam pakej. Memang amat seronok melihat persembahan mereka, walaupun mengambil masa hampir 2 jam tetapi persembahan mereka amat menghiburkan.

persembahan kebudayaan minang di bukit tinggi
Saya dan suami pastinya paling menyukai tarian piring dan silatnya. Sempat juga membeli CD dan serunai yang dijual setiap satunya berharga Rp100,000 sebagai tanda kenang-kenangan. Paling tidak dapat dilupakan ialah suami yang dijemput untuk sama-sama menari. Memang sangat kelakar kerana itulah kali pertama saya melihatnya menari! hehehe

Malam itu kami pulang ke hotel dengan perasaan gembira dan terhibur. Tidak sabar pula menanti hari esok untuk menerokai bumi minang ini.

Hari Kedua

Selesai bersarapan di hotel dengan nasi goreng dan beberapa jenis kuih muih, Adi membawa kami berjalan-jalan di Danau Singkarak. Dalam perjalanan kami singgah di Kedai Annisa, tempat menjual sulaman berkualiti tinggi yang menurut Adi sering disinggahi oleh Siti Nurhaliza. Memang benar, harga barangan jualan di dalam butik ini memang harga untuk Siti Nurhaliza! hehehe.

Bordir Annisa, Bukit Tinggi
Kami meneruskan perjalanan dan Adi singgah di gerai menjual bika, sejenis bingka yang kalau di kelantan dipanggil kuih beko. Sedap dimakan panas-panas, setiap satu dijual Rp3,000 dan terdapat dua jenis iaitu yang diperbuat daripada gula merah dan gula putih.

Bika Talago
Perjalanan diteruskan lagi dan kami singgah pula di Kedai Oke, butik menjual barangan sulaman. Masuk ke kedai ini, kami terasa kemesraan mereka dan barangan yang dijual juga harganya sangat Ok, sesuai dengan nama kedainya. Disebabkan masih awal pagi, kami diberi harga "pecah telur" iaitu istilah peniaga pada pelanggan pertama. Sempat juga memborong telekung solat dan beberapa helai kain pasang sulaman untuk dibuat baju kurung.

kedai Oke, harganya juga ok!
Kemudian, kami singgah pula di Pusat Tenunan Pandai Sikek. Disini juga kami memborong telekung solat travel, kopiah, tudung bawal dan beberapa barangan lain untuk dibuat cenderahati. Selesai membeli belah, kami meneruskan perjalanan ke Danau Singkarak dan singgah pula di gerai menjual durian. Rasanya seperti tidak lengkap kalau berjalan di Indonesia tanpa mencuba durian disini, hehehe.

gerai durian yang kami singgahi
Perjalanan diteruskan lagi melalui bukit bukau yang penuh ditanam padi. Padi yang ditanam bertingkat-tingkat disini memang amat cantik sekali pemandangannya. Sampai di Danau Singkarak, kami mengambil gambar sambil menghirup kopi panas di tepi tasik ini. Memang amat mendamaikan sekali suasananya.

Danau Singkarak
Kami meneruskan perjalanan ke Pagar Ruyung untuk melihat Istana Pagar Ruyung. Memang besar sekali istananya yang telahpun dibina semula berikutan istana lama telah hangus terbakar dijilat api dek litar pintas. Istana baru telahpun siap dibina tapi kami tak berkesempatan naik ke atas kerana belum dirasmikan lagi. Kami sekadar bergambar kenangan sekitar perkarangan istana dan turun semula ke bawah bertemu Adi yang telahpun menunggu dalam toyota kijang.

Istana Besar Pagar Ruyung
Makan tengahari kami pada hari ini agak istimewa kata Adi. Kami akan singgah makan tengahari di restoran tengah sawah, pasti menarik sekali pengalamannya.

Restoran tengah sawah

Di restoran ini menu istimewanya adalah ikan talapia bakar. Kami order es jeruk dan es teller dan menikmati hidangan tengahari kami dengan enak sekali.

menu istimewanya ikan bakar

Selesai menjamu selera dan bergambar kenangan, kami singgah pula di Kinicko, tempat menjual kopi dan teh yang diperbuat daripada daun kopi.

Kiniku, kedai menjual kopi dan teh

Teh daun kopi dihidangkan secara percuma untuk para pelanggan mencubanya tapi apabila kami mencubanya masya Allah, memang tidak tertahan rasa kelatnya. hehe. Kami cuma membeli serbuk biji kopinya sahaja disini untuk dibawa pulang.

Teh yang diperbuat daripada daun pokok kopi dimasak dalam tempayan besar
Kami turun semula ke Bukit Tinggi dan singgah di Jam Gadang dan Pasar Atas. Dek kerana shopping telahpun kami buat di kedai-kedai yang telah kami singgahi, di Pasar Atas saya dan suami hanya membeli table runner dan tisu cover sahaja.

Jam Gadang atau menara jam besar, landmark bukit tinggi
Lagipun harga di Pasar Atas tidaklah semurah yang saya dapat di kedai-kedai yang telah kami singgahi. Kemudian kami turun ke pasar bawah mencari souvenier. Mujur juga bertemu satu buah gerai yang pekedainya pandai mengambil hati saya memborong di kedainya. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Saya dapat membeli beberapa helai tshirt dengan harga Rp20,000 sehelai, replika istana pagar ruyung juga dengan harga yang sama serta fridge magnetic dengan harga rp50,000 untuk 6 biji.

Pasar Atas, Bukit Tinggi
Kemudian kami pulang ke hotel untuk mandi, solat dan berehat. Selesai solat maghrib, Adi menjemput kami untuk makan malam di Rumah Makan Sederhana. Kami minta dengan Adi untuk menghabiskan malam kedua kami di Bukit Tinggi sekitar Jam Gadang untuk merasai suasana malam di sekitarnya sebelum bertolak ke Padang keesokan harinya. Sempat juga masuk ke Pusat Beli Belah Ramayana, melihat-lihat sekeliling dan singgah di Texas Chicken untuk menikmati aiskrim disini. Sejam kemudian, Adi datang menjemput kami untuk pulang ke hotel.

Hari Ketiga


Lubang Jepun, Bukit Tinggi


Selesai bersarapan dengan menu yang lebih kurang sama seperti semalam, kami check out dan singgah di Lubang Jepang.

Terowong Lubang Jepang
Kami tidak berkesempatan untuk masuk ke terowong berikutan saya yang agak penakut untuk masuk ke dalamnya dan hanya bersiar-siar sekitar kawasan tersebut sahaja dan bergambar disitu.

Ngarai Sianok atau Grand Canyon, Bukit Tinggi
Sempat juga saya membeli kain songket disitu yang dijual dengan harga yang amat murah iaitu Rp50,000. Tidak sampai hati saya untuk tawar menawar lagi, huhu.

Lukisan atau painting yang banyak dijual disini
Kami juga berkesempatan membeli painting yang saya minta tawar dengan harga amat murah, sampaikan lelaki yang menjualnya kepada kami tidak sanggup lagi angkat muka memandang saya berikutan hatinya yang sedih melepaskan lukisannya dengan harga tersebut. Walaupun pada mulanya saya berkeras tidak mahu membelinya kerana dia tidak mahu memberikan harga yang saya mahu, tetapi akhirnya dia mengalah walaupun dengan perasaan berat hati. Sampai hari ini pun, walau saya gembira memiliki lukisan tersebut tetapi saya masih lagi rasa bersalah padanya kerana menawarkan harga yang amat murah. Pasti, setiap kali menatap lukisan tersebut kami akan terkenangkannya yang nun jauh di Bukit Tinggi sana!

Di kedai souvenier di Lubang Jepang ini juga saya sempat membelikan 2 helai tshirt buat dua orang anak buah saya di Kuala Lumpur. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Danau Maninjau dan singgah di kedai membuat silver.

Kami singgah minum kopi di Landia Highlands sambil menikmati pemandangan ala-ala Cameron Highlands. Udaranya sejuk dan sungguh mendamaikan, bak kata suami alangkah seronok kalau dapat bermalam disini untuk satu malam, huhu.

perarakan khatam quran yang kami temui dalam perjalanan ke Padang

Perjalanan diteruskan lagi dan kami singgah di Kelok 37 untuk mengambil gambar Danau Maninjau. Pemandangan disini amat menakjubkan sekali! Lama saya dan suami duduk menikmati pemandangan ciptaan Yang Maha Esa tersebut.

Pemandangan Danau Maninjau dari Kelok 37
Rasa syukur dengan nikmat kerana dapat menikmati keindahan bumi Allah ini. Selesai bersantai menikmati pemandangan, kami singgah di gerai berdekatan untuk membeli apam yang diperbuat daripada labu dan singgah pula di Kedai Ibu Kanduang untuk makan cendol labu dan pengat labu.

Selesai di Danau Maninjau, kami meneruskan perjalanan turun ke bandar Padang. Sempat lagi kami singgah di Kedai Linduang Bulan dan Kedai Oke untuk menambah hasil beli belah kami sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Rumah Makan Pak Datuk
Kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk dan meneruskan perjalanan ke Padang. Jam 4 petang kami check in Hotel Sriwijaya di Padang dan berehat, mandi dan solat.

Selepas solat maghrib, Adi datang menjemput kami untuk makan malam. Makan malam kami agak kurang enak di Rumah Makan Mama Restu kerana dihidangkan secara buffet, makanannya juga sudah agak sejuk dan kurang menyelerakan lagi. Selesai makan malam, kami minta Adi turunkan kami di Pusat Membeli Belah, sempat juga kami mencari padlock. Sejam kemudian Adi datang membawa kami pulang ke hotel.

Hari Keempat

Sarapan pagi kami pada hari ini agak enak berbanding ketika di Bukit Tinggi kerana hidangannya banyak dan sedap. Pagi ini kami menghabiskan masa berehat dan packing beg sahaja sebelum kami check out jam 10 pagi. Selesai urusan daftar keluar, Adi sudah menunggu kami di lobi untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar bandar Padang.

Pantai Padang

Tidak banyak yang ada di bandar Padang. Kami sekadar melewati kawasan Chinatown, Pantai Padang, Masjid dan Jambatan Siti Nurbaya. Sempat juga bergambar sekitar jambatan yang keadaannya serupa sahaja seperti jambatan-jambatan lain.

Jambatan Siti Nurbaya

Bezanya jambatan ini mempunyai sejarah tersendiri kerana menurut lagenda, seorang gadis bernama Siti Nurbaya telah terjun disini kerana cintanya yang tidak kesampaian. Dia yang telah dipaksa berkahwin dengan bukan pilihan hatinya nekad terjun membunuh diri. Perkuburan Siti Nurbaya juga terletak tidak jauh dari jambatan ini.

Jam 12 tengahari Adi membawa kami makan tengahari di Rumah Makan Lamun Ombak, restoran yang sama kami singgahi apabila mula-mula sampai pada hari pertama yang lepas. Selesai menjamu selera, Adi terus menghantar kami ke airport. Hubby menghulurkan tips padanya, dan selepas bersalam-salaman kami terus masuk ke kaunter daftar masuk dan lepak di boarding hall.

Kami selamat pulang ke tanah air membawa kenangan indah dari Padang dan Bukit Tinggi. Pastinya setiap tempat di Indonesia mempunyai keunikan dan tarikannya yang tersendiri. Istimewanya percutian kali ini, kami banyak menikmati keindahan bumi Allah yang terbentang luas dan mensyukuri nikmat yang diberi oleh-Nya.

Keindahan dan kedamaian Bukit Tinggi menggamit hati kami untuk datang ke sini lagi satu hari nanti. Yang pastinya, percutian ke Indonesia belum berakhir di sini kerana insya Allah kami akan ke Surabaya dan Malang pula tahun hadapan. Semoga bertemu lagi.

57 comments:

  1. Very extensive information on the trip, interesting. Some Malaysians also have great great grandparents from this part of the world... keep on writing, very useful resource for holidaymakers. ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca and komen kt sini, hehe

      Delete
    2. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      SUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL

      Delete
  2. assalam.. seronoknya dapat berjalan di tempat org yer...
    nampak menarik tempat-tempatnya tu..
    insya-Allah ada rezeki, giliran kami sekeluarga pula akan tiba disana..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, insya Allah ada rezki pasti akan sampai ke sini, huhu

      Delete
  3. slm. blh bkongsi contact no pak adi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam encik, nanti encik bg email then saya emailkn no fon dia.

      Delete
  4. as salam
    saya juga berminat utk dptkan no pak adi. tolong emailkan ke zainuramaidin@yahoo.com.my.
    tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam nora, saya dh emailkn no fon pak adi ke email nora dh.

      Delete
  5. Saya pun baru je pegi padang last month..sama la pak supir kita,Adi tu..tapi sayang la tak masuk sampai ke bawah masa pegi Lubang Jepang tu,dok kat atas2 tu je..pastu restoran tengah sawah tu pun xpegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula, syg tak dpt masuk lubang jepang tu, tp nxt time kalo ke sana maybe nak kene beranikan diri masuk jgk kot,hehe. restoran tgh sawah tu yg seronoknya experience jela, makanannya sama mcm yg lain, masakan minang, huhu

      Delete
  6. Salam.boleh email kat saya no phone pak adi? ayla_syakira@yahoo.com.my

    Tq

    ReplyDelete
  7. boleh emelkan no tel pak adi? jelita.250878@gmail.com

    ReplyDelete
  8. boleh emelkan detail Pak Adi?

    shairul.anuar.kamsi@gmail.com

    ReplyDelete
  9. Assalam. Boleh beri saya no tel pak Adi?
    1. Puan pergi ikut pakej-hotel n mkn atau puan sewa kereta dgn pemandu sahaja?
    2. Bajet berapa seorng utk hotel, mkn n jln2 tak masuk shopping? Berminat nk pergi dgn kluarga...tq.
    Email sya n_aida72@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. salam...
    mohon emel details pak adi...plan utk ke sana nov ni..

    astana0601@yahoo.com

    terima kasih

    ReplyDelete
  11. As Salam
    Saya juga berminat utk dptkan no Pak Adi. Tolong emailkan ke izadnor@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Salam dear..nice details bout padang..could u emel me da no.supir adi?nahzila@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam. Boleh emailkan no telefon dan email pak adi ke ai7611@yahoo.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  14. Tak sabar pulak rasa nak pergi >< . Nak melawat tempat asal . Moyang dari Pagaruyong tu . Apapun thanks share story . Hihi

    ReplyDelete
  15. Boleh emailkan no telefon dan pak adi ke shuriyatim@tnb.com.my

    Terima kasih

    ReplyDelete
  16. lawatla entry saya aisyahpadang.blogspot.com...

    ReplyDelete
  17. jika nak supir,ni no supir saya,confirm takkan jemu melawat ranah minang..pak unchu aulia: +6285263050669 fb: pa' unchu Aulia..lawak habis dia

    ReplyDelete
  18. Salam... Boleh kongsi ngn sy contact pak Adi ke emel sy aimafiza84@yahoo.com. tq

    ReplyDelete
  19. saya pun nak contact no Pak Adi pls.
    emel hidayatul@agc.gov.my

    ReplyDelete
  20. salam....sy nk no pak adi...
    mohon emelkn pada sy...tq
    fara_aniera89@yahoo.com

    ReplyDelete
  21. sy pn nk contct pak adi...
    fara_aniera88@yahoo.com

    ReplyDelete
  22. salam....sy nk no pak adi... mohon emelkn pada sy...tq Amran Osman Email saya: albayan_54@hotmail.com. Saya akan ke Bky Tinggi pada akhir bulan Januari 2015 ini. Mohon kerjasama.

    ReplyDelete
  23. antujahat666@gmail.comJanuary 21, 2015 at 3:40 PM

    salam....boleh send no pak adi?

    antujahat666@gmail.com

    ReplyDelete
  24. boleh emailkan kpd sy no Pak Adi (wathirah90@gmail.com)
    thanks so much..

    ReplyDelete
  25. terima kasih atas perkongsian.. sefang mencari info sekarang ni. :)))

    ReplyDelete
  26. Salam,,
    boleh tolong emailkan no Pak Adi,.. fadzli.fira.11@gmail.com
    ,,terima kasih

    ReplyDelete
  27. Assalam.. Bole emelkan no pak Adie ke azizahtamsi gmail.com? Tq.

    ReplyDelete
  28. Interesting! Thanks for sharing. Bole bg saya no phone pak adi. sila1626@gmail.com . Tq

    ReplyDelete
  29. Boleh whatasspkn kepada saya no contact pak adi???
    017-5173398

    ReplyDelete
  30. salam...boleh emailkan saya no contact pak adi
    Email : mohdkhairi_ali@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. salam ... infonya sangat menarik dan bermanfaat bos.
    jadi pengen pergi jalan2 ni bos ke tempat wisata dipadang..

    ReplyDelete
  32. Assalamualikum..boleh emelkn contact pak adi. Ni emel sy finaexora@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  33. Assalam, boleh email no.tel Pak Adi ke hafeez_tqp@yahoo.com.my

    Terima Kasih atas bantuan :)

    ReplyDelete
  34. Assalam, boleh email no.tel Pak Adi ke hafeez_tqp@yahoo.com.my

    Terima Kasih atas bantuan :)

    ReplyDelete
  35. Assalam, boleh email no.tel Pak Adi ke hafeez_tqp@yahoo.com.my

    Terima Kasih atas bantuan :)

    ReplyDelete
  36. Salam bole email ke saya no phone pak adi iza.shaari@yahoo.com

    ReplyDelete
  37. Salam bole email kan saya no fon pak adi atau wassap ke no saya 0134363020

    ReplyDelete
  38. Salam, sekiranya saya tak punya masa untuk kesemua kedai kain sulam di sana, sebaliknya hanya dua sahaja, yang mana duakah yg paling berbaloi untuk dikunjungi?

    ReplyDelete
  39. Salam, sekiranya saya tak punya masa untuk kesemua kedai kain sulam di sana, sebaliknya hanya dua sahaja, yang mana duakah yg paling berbaloi untuk dikunjungi?

    ReplyDelete
  40. salam..

    Puan boleh tolong berikan saya nombor untuk hubungi Pak Adi? emel saya summerdicairo@gmail.com
    saya berhasrat bawak mak ayah ke sana..terima kasih atas tulisan Puan yang sangat menghiburkan dan bermanafaat. harap dapat maklumbalas Puan.
    terima kasih
    -kay

    ReplyDelete
  41. as salam..tuan..boleh email kan sy no contact supir adli.. farez_lampard87@yahoo.com.. thanks

    ReplyDelete
  42. Salam, boleh email saya no contact supir - Pak Adi?

    biliksebelah@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum puan, blh tlg emailkan no.fon pak adi di email saya siha14879@gmail.com...tq...insyaAllah kami plan nk ke Padang bulan dpn.

    ReplyDelete
  44. assalamualaikum..minta supir padang ada no. hp kalau ada, bagi saya..terima kasih..sila email ejan771@gmail.com

    ReplyDelete
  45. Salam..boleh emailkan sy contact number pak adi..tq
    amirah1688@yahoo.com

    ReplyDelete
  46. boleh dapat kan no telefon pak adi..email sy fifa_ixora@yahoo.com

    ReplyDelete
  47. Salam ... Bole tak saya dptkan nom pak adi tu.... wanhazlina@gmail.com...terima kasih

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Nimy. Pakcik ucapkan terimakasih diatas rencana lawatan Bt Tinggi/Padang yg amat menarik, Teringin pulak nak pegi disember 2016 ni, Boleh tolong kirimkan no contact Pak Supir Adi kpd ibrahimahmad43@gmail.com atau whatsapp 0195788918, Ribuan terima kasih. Selamat melancong bersama suami.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...