Friday, January 25, 2013

Tips Melancong dan Membeli belah di Bandung dan Jakarta

Salam sahabat semua, disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang telah saya senaraikan sepanjang kami bercuti di Jakarta dan Bandung pada November tahun lepas. Tips yang dikongsikan di sini ialah daripada pengalaman sendiri yang kami lalui. Ianya mungkin berlainan daripada pengalaman orang lain yang telah banyak kali atau sering ke sana. Apapun, di harap sedikit sebanyak dapat membantu buat yang pertama kali ke sana.

Tukar duit/Money Changer
1. Tukar duit di Malaysia lebih untung sebab duit kita nilainya tinggi. Tapi bawaklah duit Malaysia sikit sebab kalau ada extra shopping boleh tukar duit Malaysia di Pasar Baru yang ada tiga kaunter money changer.

Plug
2. Bawa Universal plug yang 2 pin bulat. Di Bandung menggunakan 2 pin bulat manakala di Jakarta pula menggunakan 2 jenis plug iaitu jenis 2 pin bulat seperti di Bandung dan satu lagi plug yang biasa seperti di Malaysia.


Di Tangkuban Perahu
3. Bagi yang mengikut pakej Travel Agent (TA), semasa melawat Tangkuban Perahu, sebaik sahaja turun dari kenderaan, akan ada ramai yang berkerumun sekeliling kita untuk menjual barangan mereka. Ramainya mereka itu, kadangkala membuatkan kita berasa sangat rimas dan tidak dapat menikmati keindahan tempat tersebut. Mereka akan bercerita tentang sejarah tempat tersebut sambil menjual barangan yang dibawa dengan harga yang tidak masuk akal. Sekiranya kita layan mereka berbual, mereka akan minta tips daripada kita. Tips paling mudah, jangan dilayan mereka itu, just ignore atau buat tak nampak je. Kalau nak bersedekah, sentiasa senyum je.hehe..

4. Sentiasa ingatkan diri sendiri supaya tak ditipu. Di mana pun kita berada, kita akan sentiasa dikelilingi oleh orang yang nak ambil kesempatan pada kita. Jadi jangan lost common sense kita sebab biasanya bila melancong, kita selalunya terlupa untuk berhati-hati.

Di Ciater Hotspring
5. Bagi yang ikut pakej TA, akan singgah di Ciater Hotspring. Di sini akan ada lelaki penjual aiskrim pakai baju kuning yang akan mengekori je kita sampai tempat rendam kaki. Aiskrim yang dijualnya sebagai contoh yang macam cornetto harganya setiap satu Rp20,000 atau RM7. Memang mahal gila berganda-ganda. Dan dia akan tawarkan bantuan untuk urut-urutkan kaki dan last sekali dia caj Rp70,000 seorang. Terpulang pada siapa yang nak khidmat urutan, bolehlah menggunakan khidmat mereka dan caj perkhidmatan tu anggap jela seperti bersedekah nak tolong mereka.

6. Di sini juga ada tempat menjual strawberi yang kita boleh petik sendiri. Kebunnya kecik sangat tapi harganya ok. Sekilo dijual Rp70,000 atau RM20 berbanding Cameron Highlands yang jual RM30 per kg.

Shopping di Pasar Baru, Bandung
7. Di Pasar Baru Bandung, tempatnya memang besar, luas, sesak dan ramai orang. Bawa beg dan handbag ke hadapan dan pastikan beg sentiasa tertutup/berzip. Selalu beringat pickpoket atau pencopet ada di mana-mana.

Tatacara ketika berbelanja di Pasar Baru Bandung
8. Pada yang ikut tour Jakarta-Bandung tu, kalau shopping, make sure beli semua barang-barang macam telekung, batik, kain pasang dan lain-lain di Bandung. Jangan simpan rupiah untuk shopping di Jakarta sebab harga barang kebanyakannya akan jadi berganda-ganda. Kalau nak simpan pun, just simpan untuk beli souvenier yang ada tulis Jakarta seperti tshirt, keychain, souvenier etc.

9. Bila shopping kain pasang, pastikan sebelum bayar, buka dan ukur sendiri berapa meter kain dan bidang 45 atau 60. Jangan percaya bulat-bulat apa yang pekedai cakap. Ukur sendiri bagi betul-betul puas hati sebab nanti dah sampai Malaysia dikhuatiri ukuran kain tak cukup atau tak seperti yang pekedai cakap.

10. Bila pergi shopping, bawa botol air sendiri sebab walaupun kat sana banyak orang jual tapi harga lebih mahal berganda.

11. Barang-barang di sana terutamanya baju, saiznya agak kecil. Bergantung jenis pakaian, kebanyakannya untuk yang pakai saiz M di Malaysia, kat sana kena beli yang saiz XL. So boleh bayangkan untuk yang saiz XL di Malaysia tu memang agak susah mencari pakaian yang sudah siap berjahit disini. Jubah pula, kalau untuk orang yang tinggi, memang akan jadi senteng atau singkat sebab jubahnya tak berapa labuh.

12. Kalau dah minat sesuatu barang dan harga pun ok, just beli je sebab takut tak sempat nak cari lagi berikutan masa yang terhad. Di Pasar Baru tu ada 9 level semua sekali, dan setiap level ada banyak sangat kedai. Jadi elok ikut apa yang saya letak di bawah ini, maknanya pergi ke tempat yang kita nak cari barang tu terus mengikut level berapa.

Ada pelbagai jenis kedai di Pasar Baru Bandung
13. Harga barang yang ditawarkan oleh peniaga jalanan biasanya 3x ganda dari harga sebenar. Kalau di kedai, harganya agak berpatutan, tapi masih perlu tawar menawar untuk mendapatkan harga terbaik. Tapi kalau sudah ditulis obral/offer/lelong, harganya sudah "fixed" dan tak boleh tawar menawar lagi. Untuk yang membeli dengan peniaga jalanan, cuba tawar untuk dapat harga lebih murah. Kalau mereka tidak setuju dengan harga yang diminta, pergi je dari situ. Kalau dia setuju, dia akan panggil balik walaupun dengan muka yang kelat.

Tipping/Sedekah
14. Sediakan duit kecil untuk tips sebab semua pertolongan di sana yang kita minta atau tak, memerlukan tips sebagai ganjaran. Sebagai contoh, semasa check in kami dah bagi tips angkat beg dan selepas itu kami request extra bed. Walaupun orang yang sama mengangkat beg dan menghantar extra tilam, dan tips telahpun diberi, namun selepas menghantar tilam dia masih menunggu untuk tips mengangkat tilam pula.

15. Kalau ingin bersedekah pada kanak-kanak yang banyak berkeliaran, menurut supir, wang Rp1,000 sudah mencukupi bergantung pada keikhlasan hati.

Kota Jakarta
16. Jakarta merupakan sebuah bandar yang sangat macet/jem. Jem nya pula kadang-kadang hampir tidak bergerak. Jadi tak banyak perkara atau aktiviti yang boleh dibuat dalam sehari. Ambil kira waktu untuk setiap perkara yang kita buat supaya tak terlewat.

17. Jangan expect semua orang Indonesia layan kita orang Malaysia dengan baik sebab masih ada sentimen yang tak suka kita terutamanya di Jakarta. So just ignore them yang tak suka kita tu, anggap sebagai pengalaman di tempat orang.

Airport Jakarta
18. Masa nak balik pastikan sampai awal di airport terutamanya yang pertama kali sampai Jakarta sebab airport dia ada banyak pintu masuk dan di setiap pintu tidak jelas ditulis untuk syarikat penerbangan yang mana.

19. Airport tax Jakarta dibayar semasa check in di kaunter check in sebanyak Rp150,000 seorang. Asingkan siap-siap airport tax semasa sampai di Jakarta dan simpan dalam envelope agar tak terguna masa shopping.

Ok, setakat tu dulu. Nanti kalau ada lagi tips yang saya ingat, saya akan kongsikan lagi disini. Selamat berjalan-jalan dan membeli belah di Jakarta dan Bandung!

22 comments:

  1. bagus jgk kongsi tips mcmni kat org yg mgkin tak tahu atau pertama kali ke sana.. terima kasih atas panduan yg sgt berguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, mudah2an dapat diambil manfaatnya bg yg mencari2 panduan dan tips bercuti di sana..hehe..

      Delete
    2. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
      SUPAYA LEBIH JELAS KLIK-> PESUGIHAN TOGEL TANPA TUMBAL

      Delete
  2. memang betul apa yang kamu tulis kat blog ni..kat sana memang kena hati-hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu kak ina, kene sntiasa beringat je utk berhati2..kdg bile dh terlalu berhati2 pn kita plak yg tak dapat nk enjoy percutian kita kn..huhu..

      Delete
  3. tak sampai lagi ke bandung..teruja tgk ..support saya blogger baru..follow me back
    http://nazsue1983.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nazeef nazeeem, insya Allah ada rezki bolehla jalan2 ke bandung..tq jd follower saya, nti saya follow balik..

      Delete
  4. tip tip yang sangat berguna..tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome. tq sudi baca dan komen. :-)

      Delete
  5. salam..akak boleh bg nama hotel yg akak mnginap tu tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hayati, akak menginap 2 malam di hotel cemerlang, bandung dan satu malam di hotel orchardz di jakarta. boleh baca cite akak di
      http://mybutterandcheese.blogspot.com/2012/12/pengalaman-melancong-ke-jakarta-dan.html
      ataupun baca review yang akak tulis pasal dua2 hotel tu kat tripadvisor.com. Harap membantu.. :-)

      Delete
  6. Jika ke bandung, jgn lupa singgah rumah mode utk shopping, dibuka sampai malam, dan hotel paling best di sana, hotel sukajadi, dekat dengan shopping mall paris van java, jalan kaki shj, malam2 boleh ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jim suhaimi kerana sudi singgah and komen kt sini..
      next time ke bandung bleh la kami request hotel sukajadi tu plak. huhu

      Delete
  7. Thanks for da tips.. sangat berguna :-)

    ReplyDelete
  8. Hi! Nsk tanye sikit bole? Hotels yg dekatrumah mode ade yg children friendly tak? Age anak 3 n6.. also dari rumah mode ke FOs di jln dago walking distance jauh tak? Also ke trans studio pun dekat tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, hmm saya tak pasti hotel apa yg dekat dgn rumah mode sbb masa kami ke bandung kami stay di hotel cemerlang. maybe u bleh tny dgn mana2 tour agent yg uruskan penginapan/tour di sana.

      Delete
  9. Salam. Maaf ya nak bertanya. Apa maksud akak, "Jangan simpan rupiah untuk shopping di Jakarta sebab harga barang kebanyakannya akan jadi berganda-ganda'?

    Adakah ini bermakna, kita perlu membeli dengan wang tunai Ringgit Malaysia ketika berbelanja?

    ReplyDelete
  10. Pre order bagelen @ brownies kartika sari atau brownies amanda fresh from Bandung
    Whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete
  11. Airport taxes tu kita byr time kita nk balik ke malaysia ke

    ReplyDelete
  12. Skrang, bawah perintah yang baru, satu kesalahan bagi uang pada peminta. Ada sindiket. Saya pernah lihat seorang ibu muda kendong anak dapat duit diberikan pada seorang lelaki yang menunggu di simpang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...