Friday, January 11, 2013

Masak-Masak : Baked Cheesecake

Salam semua, hari ni saya nak berkongsi satu resepi kek. Resepi ni saya dapat daripada Biduri di MYR. Sebenarnya, sudah beberapa kali saya buat kek ini tapi menggunakan teknik kukusan sahaja. Namun, sejak boleh buat projek baking sekarang ni, saya menggunakan resepi yang sama menggunakan teknik bakar. Hasilnya memang sangat sedap terutamanya bagi penggemar cheesecake. Ok, jom tengok bahan-bahannya;

baked cheesecake
Bahan-bahannya:
250g creamcheese
200ml plain yoghurt
90g gula
2 biji telur
2 sudu besar perahan air lemon
3 sudu besar tepung gandum

*Untuk base:
100g biskut marie
2 sudu besar marjerin
(biskut dikisar halus dan digaul bersama marjerin. Gunakan loyang bersaiz 18" yang telah disapu marjerin atau diletakkan kertas pembakar. Masukkan biskut yang telah digaul dengan marjerin tadi dan tekan-tekan ke dalam loyang untuk dijadikan base kek. Sejukkan sebentar dalam peti ais.)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven 170 darjah celcius menggunakan api bawah dan atas.
2. Campurkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sebati sehingga menjadi krim.
3. Keluarkan loyang yang sudah disiapkan base dari peti ais tadi dan tuang adunan kek ke dalam loyang.
4. Bakar kek selama 45-50 minit.
5. Setelah siap, keluarkan dari oven dan sejukkan.
6. Kemudian, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
7. Cheesecake enak dimakan ketika sejuk. Boleh dihidangkan mengikut kesukaan. 

Selamat mencuba!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...