Thursday, October 18, 2012

Masak-Masak : Siakap Kukus Halia

Salam semua, lama juga rasanya saya tak post resepi di blog ini. Jadi kali ini saya nak berkongsi satu resepi yang saya dapat dari sebuah restoran masakan thai. Saya nampak di dinding restoran tersebut ditampalnya resepi ini dan meminta izin pelayan di situ untuk menyalinnya. Lama dah resepi ini saya salin tapi belum berkesempatan mencubanya. Dek kerana dah lama tak masak siakap kukus, jadi minggu lepas saya mencuba resepi ini. Ternyata, resepi ini memang sebiji rasanya seperti di restoran tersebut. Memang sedap! Bagus jugalah, restoran tersebut tak kedekut ilmu berkongsi resepi dengan pelanggannya. Mudah-mudahan murah rezeki mereka. Buat penggemar ikan siakap kukus halia, bolehla mencubanya. Buat yang malas tu, tengok jela yer..hehehe...

Siakap kukus halia
Bahan-bahannya:
Ikan siakap saiz sederhana dibersihkan dan dikelar
2 inci halia (dihiris halus)
2 batang serai (dihiris/diketuk)
1 biji cili merah (dihiris)
10 biji cili api (dihiris)
sebiji buah tomato (dipotong)
sebiji bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 labu bawang putih jeruk (dipotong)
2 biji asam boi
1 sudu besar sos tiram
air perahan limau/lemon secukupnya
garam dan gula secukupnya 
air secukupnya
sedikit salad, daun sup, daun bawang dan lada sulah untuk hiasan

Cara-caranya:
1. Masukkan ikan siakap ke dalam kuali dan isikan air hingga tenggelam kepala dan ekor ikan.Tutup kuali dan kukus dengan api sederhana hingga ikan masak atau lebih kurang 5-10minit.
2.  Setelah ikan masak, keluarkan dan letak dalam pinggan hidangan.
3. Kemudian dengan menggunakan air kukusan ikan tadi, sediakan kuahnya. Masukkan halia, serai, bawang putih, bawang putih jeruk, cili merah dan cili api ke dalam kuali tadi. Renihkan.
4. Setelah naik bau, masukkan tomato, bawang besar, asam boi, sos tiram. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian, perahkan air asam limau/lemon. Sesuaikan rasa yang dikehendaki.
5. Setelah mendidih, tuangkan ke dalam bekas yang berisi ikan tadi dan hiaskan. Hidangkan semasa panas.

5 comments:

  1. hmm.. nampak menyelerakan n nampak senang, tp nk tanya, kukus atau rebus ikan tu? sebab ayat tu tuangkan air sehingga tenggelam kepala dan ekor, mcm rebus ajee.. tq.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu nmpk mcm rebus tp sebenarnya kukus pkai kuali.huhu.kalo nk pkai pengukus pn ok cumanya ikan tu memanjang takut tak muat plak pengukus tu.huhu.kaedah cmni sbnrnya lbih mudah dan cepat.huhu

      Delete
    2. ok, terima kasih, mgkinbila2boleh mencuba utk masak ikan siakap kukus halia ni, cara masakan dia ala2 stim pulak kan..

      Delete
  2. huhu, nanti cubalah k, pasti tak rugi sbb mmg sedap rasanya..huhu

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana kongsi resepi..nanti blehla dicuba masak siakap kukus pula..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...