Wednesday, September 12, 2012

Sembang Santai : Sahabat Karib


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup mahupun selepas aku mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku kerana aku merasa senang, semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka, jika aku dapat aku ingin setia padanya...(Imam Syafie)

Dalam kita menempuhi kehidupan pasti kita akan berjumpa dengan kawan, kenalan, teman dan juga sahabat. Sahabat karib adalah sahabat yang banyak membantu kita, mengharungi susah dan senang bersama-sama. Setiap orang pasti mempunyai sahabat karib tidak kiralah sahabat tersebut sahabat semasa zaman tadika, sekolah, kolej, universiti mahupun di alam pekerjaan.

Kata orang sahabat karib sangat sukar diperolehi. Dan sekiranya diperolehi sukar untuk dicari ganti. Maka beruntunglah sesiapa yang mempunyai sahabat karib mahupun yang menjadi sahabat karib tersebut. Kata orang juga, untuk memiliki sahabat karib, kita terlebih dahulu perlu mejadi karib kepada sahabat kita.

Sahabat yang baik ibarat satu jiwa yang mendiami dua jasad.  Memetik kata-kata Aristotle : " What is a friend? A single soul dwelling in two bodies"

Entry saya kali ini saya dedikasi kepada sahabat-sahabat yang telah banyak mewarnai hidup daripada zaman tadika, zaman sekolah hinggalah zaman yang kian menginjak dewasa. Menurut pesan ibu saya, hargailah kawan kita kerana merekalah yang banyak membantu kita menjalani suka duka kehidupan ini...

Terima kasih buat kalian yang pernah bersama-sama mewarnai kehidupan ini..Kudos to all of you!

6 comments:

  1. i read somewhere: friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings last forever, well, not quite forever as nothing physical lasts that long..but for a long time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the comment. agree sgt3..hehe..

      Delete
  2. a friend is one who strengthens with prayers,blesses you with love and encourages you with hope.

    ReplyDelete
  3. untunglaa kan punyai sahabat karib dunia dan akhirat, x smeua org bertuah memilikinya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula, mmg beruntung sape yg punya shbt sebegitu, mudah2an kita semua akan beroleh sahabat sebegitu juga dgn izin Allah...amin...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...