Monday, September 24, 2012

Pengalaman Island Hopping di Langkawi

Salam sahabat semua,
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman island hopping di Pulau Langkawi. Ini merupakan kali kedua saya dan suami ke Langkawi setelah kunjungan kami yang pertama adalah hampir 5 tahun lepas. Pengalaman ke Langkawi kali ini agak berbeza kerana perancangan dibuat oleh suami secara spontan dan kami ke sana pula menaiki keretapi KTM dari KL Sentral ke Arau Perlis.

Pengalaman yang cukup-cukup bermakna buat kami terutamanya saya yang pertama kali menaiki keretapi... Saya sangat-sangat teruja biarpun dalam perjalanan ke sana, kami tidak dapat tidur dek kerana suasana yang bising di kabin kelas ketiga. Ada antara penumpangnya berdengkur dengan sungguh kuat dan menganggu penumpang lain..  Bila diingat-ingat semula memang kelakar! Tapi, itulah yang dikatakan pengalaman...

Kami mengambil pakej Island Hopping di Terminal Feri Pekan Kuah, di tempat yang sama kami menempah kereta sewa. Harga bagi seorang dewasa adalah RM45. Aktiviti ini menyediakan 2 sesi iaitu sebelah pagi dan juga di sebelah petang. Peserta boleh memilih untuk menaiki bot di Terminal Feri Pekan Kuah ataupun di Pantai Cenang. Kami memilih untuk menyertai aktiviti ini di sebelah pagi bermula jam 9 hingga jam 1 petang.

Di Jeti, menunggu bot untuk aktiviti Island Hopping
Pakaian yang bersesuaian bagi aktiviti island hopping ini adalah pakaian untuk mandi laut iaitu seluar trek dan tshirt. Ada di antara peserta yang memakai pakaian untuk bersiar-siar kerana tidak tahu pakaian yang bersesuaian. Sudahnya, mereka hanya dapat memerhati sahaja peserta lain mandi manda di pantai dan juga di tasik.

Suka saya kongsikan beberapa tips bagi yang menyertai aktiviti ini untuk membawa bekalan air dan makanan secukupnya kerana aktiviti ini mengambil masa yang agak lama dan tidak ada orang yang berniaga makanan mahupun minuman di pulau-pulau yang dilawati. Bekalan makanan dan minuman ini perlu dibawa dalam beg galas kerana jika anda membawanya dalam beg plastik, maka bekalan anda akan menarik perhatian monyet-monyet yang berkeliaran di Pulau Dayang Bunting kelak.

Pulau Beras Basah; destinasi pertama Island Hopping
Jam 9 pagi, kami seramai 10 orang dibawa dalam sebuah bot ke destinasi pertama iaitu Pulau Beras Basah.

Pantai di Pulau Beras Basah yang sungguh cantik
Di sini peserta boleh mandi manda ataupun mencuba pelbagai aktiviti yang disediakan disini seperti parasailing, snorkelling atau banana boat.

Parasailing di Pulau Beras Basah
Di Pulau ini juga tidak ada kemudahan tandas jadi pengunjung terpaksalah plan 'pembuangan' sebaik-baiknya.

Tiada kemudahan tandas di Pulau Beras Basah
Setelah sejam kami disini, kami dibawa pula ke destinasi memberi makan burung helang atau "Eagle Feeding". Di sini, kami hanya duduk di dalam boat dan melihat helang yang berlegar-legar di angkasa mencari mangsa iaitu ikan-ikan di laut.

Helang yang berterbangan di angkasa
Menurut pemandu bot kami, dulu pelancong dibenarkan memberi makan burung helang tetapi dek kerana masalah pencemaran laut dan juga keselamatan, pelancong tidak lagi dibenarkan memberi makan burung-burung helang di sini.

Burung helang yang menyambar makanannya
Destinasi ketiga kami pula iaitu ke Pulau Dayang Bunting. Sebaik menghampiri pulau ini, jelas kelihatan pulau ini yang membentuk seolah-olah seorang perempuan mengandung yang sedang berbaring. Kami tiba di pulau ini dengan disambut oleh monyet-monyet liar yang berkeliaran mencari beg plastik yang dibawa pengunjung.

Monyet yang banyak berkeliaran di tasik ini
Ada antara ahli kumpulan kami yang membawa beg plastik berisi air mineral dirampas oleh monyet di sini. Mujurlah dia tidak diapa-apakan oleh monyet tersebut.

Sebelum mendaki ke Tasik Dayang Bunting
Tiba di pulau ini, kami perlu memanjat bukit tersebut untuk ke Tasik Dayang Bunting. Walaupun penat memanjat bukit tersebut, namun hasilnya sungguh berbaloi. Cantik sungguh pemandangan tasik tersebut dengan airnya yang berwarna hijau.

Pemandangan tasik dayang bunting yang sungguh mendamaikan
Disini, pelancong dibenarkan mandi manda di tasik ataupun menaiki bot solar yang boleh disewa dengan harga RM30 selama setengah jam atau paddle boat dengan harga RM20 juga selama setengah jam.

Bot solar dan bot paddle yang boleh disewa di sini
Disini juga tidak ada Life Guard jadi segala aktiviti di sini adalah atas tanggungjawab sendiri.

Peringatan untuk pengunjung
Menurut lagenda tasik dayang bunting, sesiapa yang berkehendakkan cahayamata perlu minum air di tasik ini dan berniat mudah-mudahan Allah mengurniakannya anak. Bagi yang hendak minum atau mengambil air di tasik ini, pengunjung dinasihatkan agar mengambilnya di tengah tasik kerana air di tepi tasik agak tercemar dengan aktiviti mandi manda.

Asal usul nama Tasik Dayang Bunting
Kami menghabiskan masa di tasik ini selama lebih kurang dua jam dan mendaki semula bukit untuk menaiki bot untuk pulang ke Terminal Jeti Pekan Kuah.

Pengunjung boleh mandi manda di tasik atau sekadar bermain air
Dalam perjalanan pulang, pemandu bot membawa kami melihat Gua Kelawar dan Pusat Ternakan Ikan dengan tambahan harga RM10 seorang. Aktiviti tambahan ini merupakan optional dan tidak terdapat dalam pakej Island Hopping.

Gua Kelawar
Di Gua Kelawar kami berkesempatan melihat kelawar yang bergantungan di dinding gua.

Pusat Ternakan Ikan
Manakala di Pusat Ternakan Ikan pula, kami berkesempatan memberi makan ikan-ikan yang diternak di dalam sangkar.

Ikan di sini memang garang!
Selesai aktiviti tersebut, kami dibawa pulang semula ke Terminal Feri dan perlu bersiap-siap untuk check out hotel dan menaiki Feri untuk ke Terminal Feri Kuala Perlis. Tiket keretapi KTM kami jam 7 petang, dan kali ini kami merasai pengalaman menaiki keretapi Kelas Pertama yang ada kabin dan ruang tidur. Walaupun harga tiket Kelas Pertama dan Kelas Ketiga adalah dua kali ganda, namun pengalaman menaikinya adalah yang paling menyeronokkan.

Pemandangan Langkawi dari hotel tempat kami menginap
Pengalaman island hopping di Langkawi ini membuatkan kami teruja untuk ke Langkawi semula. Dek kerana keterujaan tersebut maka kami telahpun membeli tiket keretapi KTM untuk hujung minggu ini dan kali ini kami akan menyertai aktiviti Snorkelling di Pulau Payar pula. Insya Allah, pulang dari Langkawi nanti akan saya kongsikan pula pengalaman snorkelling di sana....

17 comments:

  1. best2..pasni nak rasa jugak la pengalaman island hopping..dulu pernah plan tapi terpaksa cancel sebab kwn2 jd nak gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq zila coz sudi singgah dan komen kt sini..
      lambat skit balas komen sbb baru balik dp langkawi..hehe..
      mmg best island hopping kt langkawi, nnti zila plan la lg bila ke langkawi..mmg berbaloi2 join aktiviti cmni kt sana..huhu..

      Delete
  2. pn. nimy tak ambil ke air tasik dayang bunting untuk di minum..seronok nampaknya puan di sana..teringin jugak nak pergi..insyaallah suatu hari nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga ambil sebotol air tasik tu..huhu. memang seronok ke langkawi, byk sebenarnya aktiviti yang kita boleh join selain shopping dan shopping. hehe.. insya Allah, ada rezeki boleh pi ramai2, kita buat rombongan cik kiah ke sana..hehe..

      Delete
  3. beautiful...but there are many more islands in Langkawi to be visited.. Pulau Payar for instance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, langkawi kan memang ada 99 pulau dan pulau payar memang sangat cantik! huhu

      Delete
  4. seronoklaa, gua kelawar, pusat ternakan ikan dan tasik dayang bunting tu sya penah pergi msa ke langkawai dlm thn 2010 dulu.. lawatan tmpt kerja, itulah kli pertama ke langkawi dan mmg teringin sgt nk pergi lagi.. dengar kata naik tren lg murah dan menyeronokkan, teringin jugak nk ke sana dgn tren.. insya-Allah ada rezeki, bolehlah smpai lg ke sana.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah mmg menyeronokkan bila bercuti dan berehat2 di pulau langkawi. Island hopping ni salah satu aktiviti yg dimestikan apabila bkunjung ke Langkawi. Nnti bolehla kita plan bercuti beramai2 ke sana nti. Mesti meriah kan? Hehehe

      Delete
    2. boleh cuba pergi sana dengan train sebab start nov ni ktm buat promosi potongan 50% untuk tiket.. aku ingin pergi ke sana dengan train, mahu, mahu dan mahu, hahaha.. ;P

      Delete
    3. Diskaun yg ktmb bg tu utk komuter je ke atau semua tren?kalo semua tren interesting gak tu.leh plan cuti2 malaysia lg.huhuhu

      Delete
    4. tulaa yg tak tau sebab kata en suami, hanya komuter shj, tp xtaula kot sumer tren,sbb smlm x dgr betul2 sgt.. mgkin kene konfemkan dgn pihak ktm la kot, huhuhu

      Delete
    5. rasanya tren komuter je yg dapat 50% discount tu. tu pn ada syarat2 nye jugak.huhu

      Delete
  5. Kalau dah sampai langkawi tu singgah2 la ke rumah kami.tak jauh dari jeti kuala perlis (kuarters mada ayer hitam.) hehe *menyampuk pula* (ni burn!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tq puan burn sudi singgah sini. Dh tak jauh dari jeti kuala perlis ek? Insya Allah kalo ke utara lg nanti kami singgah ke rumah. kene buat rombongan la plak nnti.huhuhu.

      Delete
  6. Tu la pasal Langkawi ni memang best. Kalau sape2 plan nak pegi Island hopping boleh call saya no : 0194627272. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah langkawi mmg best! aik, smpat lg iklan ek..huhu..

      Delete
  7. Saya repost you punya article dlm website saya...menarik dan bagus untuk rujukan customer saya...tq

    kalau boleh share kan info saya untuk sapa2 nak cari penginapan di langkawi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...