Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Assalamualaikum sahabat semua,


Sempena hari jumaat penghulu hari yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..Selamat berpuasa, selamat beribadah dan semoga Ramadhan kali ini kita berpeluang merebutnya dengan mempertingkatkan amalan kita, insya Allah..

Saya nak kongsikan lagu di bawah ini yang saya jadikan ringtone handphone saya sempena Ramadhan kali ini.. :-) Mudah-mudahan kita berkesempatan beroleh Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun ini, amin...



Ramadhan Bulan Berkat- Hijjaz

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa


Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan

Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala

Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

6 comments:

  1. Marilah kita sama-sama amalkan apa yang didendangkan dalam nasyid syahdu ini... tq blogger for the timely posting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..semoga sama2 dapat mengamalkannya sempena bulan yang penuh barakah ini, insya Allah...

      Delete
  2. selamat berpuasa di bulan ramadhan dan semoga ramadhan kali ini kita berkesempatan untuk menunaikan amalan seperti yang dinyanyikan oleh kumpulan hijjaz tu..insya-Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa juga buat puan hanie sekeluarga. semoga kita sama2 berkesempatan merebut peluang beribadah di bulan yang penuh keberkatan ini, insya Allah...

      Delete
  3. salam ramadhan..

    moga amalan yang dilakukan dalam bulan ramadhan ini lebih berganda2 ganjaran pahalanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan juga buat puan me and my memoir..semoga sama2 dpat merebut pahala berganda di bulan yang mulia ini, amin...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...