Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Assalamualaikum sahabat semua,


Sempena hari jumaat penghulu hari yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini..Selamat berpuasa, selamat beribadah dan semoga Ramadhan kali ini kita berpeluang merebutnya dengan mempertingkatkan amalan kita, insya Allah..

Saya nak kongsikan lagu di bawah ini yang saya jadikan ringtone handphone saya sempena Ramadhan kali ini.. :-) Mudah-mudahan kita berkesempatan beroleh Lailatul Qadar pada Ramadhan tahun ini, amin...



Ramadhan Bulan Berkat- Hijjaz

Bulan Ramadhan bulan yg berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yg istimewa


Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan

Meriahkan Ramadhan dgn bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia...

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala

Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...