Friday, June 22, 2012

Review : Restoran Sakura Kristal, Taman Melawati KL

Salam sahabat semua, semoga kalian sihat dan ceria-ceria selalu. Kali ini saya nak review tentang sebuah restoran yang sudah banyak kali dikunjungi oleh saya dan suami. Kunjungan kami disini kadang-kadang ditemani oleh ahli keluarga yang datang bertandang dan kami berkesempatan membawa mereka makan malam disini..

Restoran Sakura Kristal, Taman Melawati
Restoran ini terletak di Taman Melawati dan amat mudah dilihat kerana terletak betul-betul di tepi MRR2 sebelah kiri menghala ke Ampang. Restoran ini juga mendapat sijil halal daripada JAKIM. Dekorasi dan susun atur restoran ini juga agak kemas dan cantik dilengkapi dengan tumbuhan hijau di sekeliling restoran.

Restoran Sakura Kristal
Setiap kali menjamu selera di sini, kami suka memilih western food sebagai sajian kami. Sebagai starter, saya dan suami gemar memilih Corn Tostadas selain Mushroom Soup dan Garlic Bread. Rasanya sungguh enak dan sedap. Maklum sajalah, bagi saya yang pertama kali mencuba masakan mexico seperti Tostadas ini agak teruja dengan kelainan rasanya.

Makanan Mexico, Corn Tostadas sebagai starter
Hidangan utama pula, suami gemar memilih Fish and Chips (RM13), Dory Fish with Vinegar Sauce (RM15) selain Lambs Tacos (RM16) manakala saya pula gemar bertukar-tukar selera kerana ingin mencuba pelbagai hidangan yang ditawarkan.

Lambs Tacos
Hidangan yang pernah saya cuba disini ialah Grilled Chicken Chop (RM16), Beef Steak (RM21), Lasagna (RM18), Mixed Grill (RM32), dan Chicken Panini Sandwich (RM17). Minuman pula, kami biasanya memesan Fruit Juice seperti Mango, Orange, Watermelon ataupun minuman panas seperti Americano Coffee dan Hot Milo.

Chicken Panini Sandwich
Selain masakan Barat, restoran ini juga menyediakan masakan asia dengan pelbagai pilihan. Hidangan yang pernah kami cuba pula ialah seperti Laksa Penang, Curry Mee, Penang Char Kuetiaw, Nasi Goreng Indonesia dan Vietnam Beef Soup.
Dory Fish with vinegar sauce 
Setakat ini kami amat berpuas hati dengan hidangan dan masakan disini yang pada kami menepati kehendak pelanggan yang selalu inginkan makanan yang sedap dengan servis yang bagus dan harga berpatutan.

Grilled Chicken Chop
Sebagai hidangan pencuci mulut pula, kami pernah mencuba Banana Split dan Brownies with Ice Cream. 

Desserts kami : Brownies with Ice cream
Bagi yang ingin mencuba pelbagai hidangan daripada masakan Barat, Mexican, Asian dan macam-macam lagi, anda bolehlah berkunjung disini. Pasti ianya tidak akan menghampakan anda. Selamat menjamu selera!

12 comments:

  1. yes..telah pernah ke sini, pelbagai hidangan - western, asian, dsb..open air, accessible..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan makan kat sini..huhuhu..

      Delete
  2. memang best makan sini..first time dtg msa bujang,second time dtg berdua, request nak makan kat sakura sbb teringin, msa tu tgh pregnant..huhu..terima kasih sebab belanja makan kat sini..tempat ni memang best,makanan pun sedap dan view jugak menarik.. :)

    ReplyDelete
  3. a'ah setuju tu. teringat plak ada org tu request nak makan "goat chop" kn..hehehe...

    ReplyDelete
  4. tengok gambar cam semuanya sedap...meleleh air liur..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah memang sedap2 pn makanan kt sini. insya Allah ada rezeki nanti bolehla kita makan di sini nti...huhu..

      Delete
  5. Wow excellent! The fish and chips is salty and they don't bothered to tell you it's going to be that way. When I ask to change the food they said "no we can't change the food for you" and left. Food was late, nasi goreng Indonesia I think, was salty also, another yee mee lost in space. Above all that, no apologies from them even after they gave us the bill. Even the bill is wrong. Well, that's my excellent experience dining at what ever it's called.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry to hear what you've gone through at that restaurant. Maybe it was your unlucky day. we frequently have our meal there but never encounter such experience...

      Delete
    2. Well, maybe your're right. People will have their bad days too.

      Delete
  6. Yep, got to try them out with friend last week as they are in Worthy Book

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...