Tuesday, June 12, 2012

Masak-Masak : Nasi Bukhara Ayam

Salam semua, sesekali menukar selera saya suka mencuba pelbagai jenis resepi. Nasib baiklah juga suami saya mudah mencuba resepi yang saya masak. Itu yang menambah lagi semangat saya. hehe.. Kali ini saya mencuba memasak nasi bukhara ayam menggunakan resepi yang saya ambil dari Puan Hanieliza.

Beras yang saya gunakan dalam gambar dibawah bukanlah beras basmathi tetapi beras Kalijira yang dihadiahkan oleh kawan suami yang baru pulang dari negaranya di Bangladesh. Menurut kawan suami, beras Kalijira ini merupakan beras yang paling mahal di dunia dan dianggap sebagai "Prince of Rice". Kalau tidak silap harganya lebih kurang RM25 untuk sekilo beras. Bau beras ini sangatlah harum dan wangi. Rasanya pun lebih sedap berbanding beras Basmathi.

Saya memasak nasi bukhara ayam ini berbeza sedikit berbanding tuan punya asal resepi kerana saya menggunakan pressure cooker supaya lebih cepat dan mudah. Bagi yang ingin mencuba, boleh juga memasak ayam terlebih dahulu di dalam kuali dan kemudian masukkan ke dalam rice cooker untuk dimasak bersama nasi. Mana-mana kaedah pun akan menghasilkan nasi bukhara yang sama. huhu...

Nasi Bukhara Ayam menggunakan Beras Kalijira
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam dipotong 8
4 cawan beras basmathi (dibasuh dan direndam 20 minit)
10 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
rempah tumis secukupnya (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
3 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
1 sudu besar sos tomato (dibancuh)
1/2 cawan susu cair/ plain yogurt (dibancuh)
2 biji buah tomato (dipotong)
1 liter air
1 pokok daun ketumbar (dipotong pendek)
4 sudu besar minyak sapi
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya;
1. Panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah tumis hingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
3. Setelah naik bau, masukkan pula rempah yang telah dibancuh dan kacau rata hingga wangi dan garing.
4. Masukkan pula air, garam dan gula. Biarkan mendidih.
5. Setelah mendidih, masukkan ayam dan buah tomato. Kacau rata.
6. Masukkan kesemua bahan ke dalam pressure cooker dan masak selama 20 minit.
7. Selepas 20 minit, tutup api dan biarkan selama 20 minit lagi sehingga ayam masak empuk.
8. Selepas ayam empuk, buka pressure cooker dan keluarkan ayam tadi.
9. Tuang kuah selebihnya ke dalam rice cooker dan masukkan beras. Masukkan daun ketumbar dan kacau sebati. Tambah air secukupnya kalau perlu dan masak nasi seperti biasa.
10.  Bila nasi sudah masak, gemburkan nasi menggunakan kayu chopstick supaya nasi tidak patah. Hidangkan nasi bersama ayam, gulai dalca dan acar timun.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. erm..memang sedap dan lazat..dan beras kulijara tu mmg lazat..berbanding beras basmathi..tp harganya tu memang mahal..nmpknya kami yg pernah merasa beras tu, sama ajela dengan raja2 di India yee..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..yela, bile beras pn nama prince of rice, rasa macam raja-raja plak ek bila menyantap nasinya tu..huhu..lagipun beras tu mmg takde jual di malaysia setakat ini..so dapat merasa sepinggan sorg pn jadila kn..huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...