Tuesday, June 5, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan di Kota Bharu

Assalamualaikum sahabat semua, bercerita tentang jalan-jalan cari makan ini, saya nak kongsi pengalaman cari makan di Kota Bharu yang menurut kata orang seperti syurga makanan. Pada mulanya, bagi saya dan suami agak sukar mencari makan di bandaraya Islam ini kerana balik-balik kami akan ke tempat makan yang sama sahaja iaitu di kedai makan berdekatan Pasar Siti Khadijah.

Namun kunjungan kami dua bulan lepas ke bandaraya ini mengubah selera dan jejak langkah kami hingga kami sanggup memandu jauh dari Kuala Lumpur semata-mata ingin ke Kota Bharu lagi..hehehe..Senarai tempat makan yang saya kongsikan di sini adalah hasil cubaan kami sendiri dan juga rekomendasi daripada staf hotel tempat kami menginap...

1. Restoran Yati Ayam Percik
Restoran Yati Ayam Percik
Restoran ini menyediakan nasi kerabu dan nasi putih dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti ayam goreng kampung, gulai daging kawah, solok lada dan macam-macam lagi. Hidangan istimewa di kedai ini pastinya ayam perciknya yang lembut dan sedap.
Hidangan makan malam kami
Pengunjung boleh memilih kuah ayam percik putih ataupun merah. Di sini juga banyak terdapat kuih-kuih tradisional negeri Kelantan bagi yang ingin mencubanya. Harganya juga berpatutan.
Pelbagai kuih muih terdapat di sini
Kami juga berkesempatan mengunjungi cawangan restoran ini di Bangi tetapi ayam percik di Bangi kami rasakan tidak sesedap di Kota Bharu. Pastinya di tempat asal lebih menyelerakan! huhuhu...

2. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Melihatkan nama restoran ini pasti tertanya-tanya apakah nasi ulam tersebut. Sebenarnya nasi ulam itu adalah nasi putih yang dimakan bersama pelbagai jenis ulam-ulaman. Ianya terletak di Kg Budaya, berdekatan dengan Istana Batu dan Masjid Sultan Muhammad.
Pelbagai ulaman terdapat disini
Restoran ini hanya menyediakan makan tengahari dan disediakan secara buffet ala-ala dewan kenduri kawin. huhu.. Pengunjung hanya perlu mengambil seberapa banyak hidangan yang diinginkan dan hidangan buah tembikai diberikan secara percuma.
Tempat makan di restoran ini
Pengunjung juga dinasihatkan datang awal berikutan ramai yang datang menjamu selera disini. Ketika kunjungan kami juga, kami diberikan surat khabar sinar harian secara percuma!
Hidangan tengahari kami
Kami berpuas hati menjamu selera disini kerana selain masakannya yang sedap, harganya amatlah murah.. huhuhu...

3. Food Village
Pintu gerbang Food Village
Restoran ini pula terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang. Ia menyediakan makanan laut secara steamboat.
Buffet 
Pengunjung boleh memilih segala makanan yang dihidangkan secara buffet dengan harga rm19.90 seorang bagi dewasa. Kami berkunjung ke sini pada malam terakhir kami di Kota Bharu.
Steamboat kami
4. Restoran KST Nasi Ulam Ikan Bakar
Nasi Ulam di Negeri Kelantan ini sudah menjadi satu trademark. Restoran ini terletak di Wakaf Che Yeh. Kalau memandu daripada Kota Bharu menuju Kuala Krai, restoran ini terletak di sebelah kiri jalan, iaitu betul-betul di tepi signboard yang tertulis 'Wakaf Che Yeh'. Setakat ini sudah dua kali kami berkunjung ke restoran ini kerana ingin menikmati ikan bakarnya yang sungguh sedap hingga menjilat lengan! hehehe... Pengunjung juga boleh memilih ulam-ulaman yang pelbagai jenis disini dan bagi yang inginkan masakan panas, ianya juga disediakan di restoran ini.

5. Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah
Pasar ini adalah destinasi wajib kami setiap kali berkunjung ke Kota Bharu kerana kami sangat gemarkan kuih muih yang pelbagai jenis yang dijual disini. Nama kuih muihnya juga agak pelik seperti Puteri Mandi, Cekmek Molek, Tahi Itik, Jala Emas, Sekaya, Nekbat dan macam-macam lagi.
Antara jenis kuih yang kami cuba
Saya cadangkan pada sesiapa yang ingin merasai suasana negeri kelate ini, cubalah segala jenis kuih muih yang ada. Pasti ada satu yang kena dengan selera anda! huhu...

6. Goreng-goreng di Pantai Cahaya Bulan
Saya tidak tahu apa yang orang gelarkan segala jenis makanan laut yang digoreng dan dicicah dengan sos tersebut namun saya dan keluarga memanggilnya dengan nama 'goreng-goreng'. Terdapat pelbagai jenis makanan laut seperti ikan kembung, ketam, udang, sotong dan bebola ikan yang digoreng celup tepung. Makanan ini pasti menjadi hidangan wajib setiap kali pulang ke kampung abah di negeri Kelantan.
Inilah yang kami panggil 'goreng-goreng'
Kami sekeluarga lebih gemar menikmati goreng-goreng ini di Pantai Irama sambil menikmati bayu laut yang mendamaikan dan juga sambil menghirup ABC ataupun cendol disini. Sudah pasti ianya menggamit nostalgia zaman kami kecil-kecil dahulu disini..
Goreng-goreng yang siap dihidang
Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang bagus dan sedap di Kota Bharu tetapi kami masih belum berkesempatan untuk mencubanya. Bandaraya ini bukan sahaja terkenal sebagai syurga makanan tetapi juga membeli belah. Sambil membeli belah, pasti tidak melepaskan peluang menjamu selera di sini.

Terdapat juga beberapa lagi tempat makan yang kami suka seperti makan Satar di Pantai Bisikan Bayu dan Akok Panas di Tumpat iaitu jalan menghala ke Pengkalan Kubur. Pendek kata apabila di bandaraya ini, perut sentiasa kenyang kerana rugi sekiranya melepaskan peluang mencuba pelbagai jenis makanan disini. huhuhu..Bagi kami, bandaraya Kota Bharu sudah menjadi satu destinasi percutian yang tidak akan jemu untuk kami kunjungi berkali-kali di masa akan datang...

9 comments:

  1. tak manis manis belaka ke makanan kat sana? dengar cerita orang pantai Timur, khususnya oghe kelate, suke letak gula banyak-banyak dalam makanan demo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua makanan kat sana manis-manis. Rasanya org sana pun dh faham kalau untuk org luar kelate mesti kene kurangkan gula terutamanya dalam minuman yang dipesan. hehe..

      Delete
  2. nice n3..rasanya nak cepat2 je balik kelate...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tula. tak lama dh kn. lg 2 bulan je lebih kurang...huhu..

      Delete
  3. bestnyer la tgk tempat makan-makan kat situ..erm..lama dah balik kampung nenek dan atuk kat sana..tahun ni raya,insya-Allah disana..huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu insya Allah tahun ni bolehla balik beraya di kelate..boleh shopping2 , jalan2 dan makan2..huhu..

      Delete
  4. Best sungguh makanan di kelantan bila baca artikel ini. Orang kata kelate ni sebagai 'Food Paradise'.. di sekitar KB memang byk sgt tempat makan yg sedap2.. no 1 memang nasi ulam kraftangan.. Jemput ke blog Cuti Kelantan. Ada pelbagai lagi panduan dan tempat2 menarik serta tempat makan yg tersohor. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas komen anda. saya dah ke blog tsbut, mmg byk lg rupanya restoran di kelate yang blum kami cuba. hehe.. insya Allah, kalo ke kota bharu lagi, kami akan jejaki pula restoran-restoran tersebut. huhu...

      Delete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...