Thursday, May 10, 2012

Sembang Santai : Pantang Larang Keturunan



Salam semua, agak-agaknya kan, pernah atau tidak ibu dan ayah mahupun datuk dan nenek menyebut apa-apa tentang  pantang yang tidak boleh dilanggar? Saya ingat lagi di awal tahun perkahwinan, suami pernah menyebut bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan tapah. Mendengarkan perkara itu, saya hanya tertawa kerana saya rasa sungguh mengarut betul pantang larang ini semua. Masih wujud lagi kah pantang larang di zaman yang serba moden ini? Saya ingatkan pantang larang ini cuma wujud disebabkan zaman dulu-dulu datuk dan nenek kita belajar daripada pengalaman dan pemerhatian. Kalau dirasakan perkara tu tidak sesuai dilakukan maka dilarang anak cucu mereka daripada melakukannya. Maka daripada situlah wujudnya pantang larang tersebut.

Tapi itukan zaman dahulu yang pada ketika itu ilmu yang ada hanyalah terbatas kepada pengalaman dan pemerhatian sahaja. Zaman ini yang sudah canggih dengan pelbagai teknologi yang serba moden, masih wujudkah atau masih relevankah pantang larang ini? Bagi keluarga yang memang mempunyai pantang larang ini, adakah yang berani melanggarnya atau masih terus mengikutinya dengan alasan sudah menjadi pantang larang keturunan?

Dek kerana selalu sangat saya mengusik suami kerana pantang larang keturunannya, maka hendak dijadikan cerita rupanya keluarga saya juga mempunyai pantang larang. Semasa kami pulang ke kampung awal tahun lepas, sempatlah saya bercerita dengan ibu saya tentang pantang larang keturunan ini. Rupa-rupanya menurut ibu saya, nenek memang ada melarang keturunan kami daripada menjamah ikan kekacang.

Ikan kekacang yang ditemui di Tioman

Ikan kekacang? Seumur hidup saya, belum pernah saya dengar nama ikan tersebut. Bagaimana dengan rupanya? Sedap ke rasa ikannya? Kalau sebelum ini saya selalu juga mengusik suami tentang pantang larang keturunannya, maka kali ini giliran suami pula mengusik saya! Rupa-rupanya keturunan kami pun ada pantang larang yang tak boleh makan ikan kekacang.

Kebetulan, ketika bercuti dengan keluarga di tioman bulan mei yang lepas kami berkesempatan melihat sendiri ikan kekacang yang dipancing oleh seorang lelaki di jeti Kg Salang. Ikan kekacang merupakan ikan dari spesis ikan barracuda. Berikut kisah mengenai Ikan kekacang ini yang saya petik dari kebunketereh.com

MisteriPengembaraan 3 Putera Raja
Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya 
(VLG) hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, untung sabut timbul dan jika untung batu tenggelam”. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang’ yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.


Menurut kata orang-orang tua, mereka selalu berpesan kepada anak cucu mereka secara turun temurun supaya jangan sesekali memakan ikan kekacang ini sama ada sengaja ataupun tidak sengaja. Ini dibimbangi takut melanggar sumpahan atau janji yang telah dibuat oleh Putera Tengah iaitu Datuk kepada Long Ghaffar. Menurut mereka lagi, jika termakan ikan ini, mereka akan ditimpa MUSIBAH berbentuk PENYAKIT kulit seperti gatal dan sebagainya. 


Saya sebenarnya kurang pasti dengan kesahihan cerita tentang pantang larang ini tetapi sebagai hamba Allah, perjanjian sesama makhluk itu seharusnya dipegang sampai bila-bila. Penyakit mahupun musibah hanyalah dengan kuasa Allah semata-mata dan tiada kaitan dengan keajaiban atau kekuasaan mahkluk Allah atas muka bumi ini..


Pendapat saya, selagi boleh mengelak memakan ikan kekacang ini, akan saya elakkan. Lagipun, banyak lagi jenis ikan lain yang boleh dimakan bukan terhad kepada ikan ini sahaja. Percaya atau tidak tentang pantang larang ini, semuanya harus berbalik kepada Allah Yang Maha Berkuasa atas setiap segala sesuatu. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita renungi dan ambil iktibar daripadanya..

11 comments:

  1. mmg mama pernah cakap keturunan kita takleh makan ikan kekacang dgn rebung buluh kuning...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rebung buluh kuning pun tak boleh makan? apa pulak asal usul pantang tu ek? huhu.. maknanya bkn ikan kekacang jela kn..nasib baiklah tak suka makan rebung! hehe..

      Delete
  2. sekarang ni orang muda-muda lagi dah banyak pantang..pantang buatan sendiri: pantang gula, pantang garam, pantang durian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..yela, pantang org sekarang lagi dahsyat..pantang zaman moden la katakan..hehe..

      Delete
  3. pantang keturunan ni dulu x pernah tau pn,tp sebab sya ni banyak mende x makan bukan alasan pantang,so byk makanan yg skip..he3..kmdn, 3-4 thn lepas,barulah mama ada bgtau psal pantang rebung dan ikan kekacang ni..bila dah kahwin, rupanya keluarga suami pon ada pantang keturunan jgk..keluarga beliau x boleh makan pisang udang (yg warna merah gitu rsanya,betullah tu kot nama pisangnya,he3..) dan ada beberapa lgla makanan yg sya x igt pulak senarai nama makanan pantangnya tu..itupun, ibu mertua yg bgtau..hu3..apa kesannya klu dimakan x pulak sya tau..wallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..pisang udang la plak ek? apa plak asal usul pantang larang ni kn? kena buat senarai jugak tu kalo pantangnya lebih dp satu jenis makanan..huhu..

      Delete
  4. Saya tidak dibenarkan makan rebung dan ikan kekacang, malah lalu berdekatan dgn pohon buluh juga dilarang takut2 tersentuh buluh betung. Saya pernah ingkar arahan dgn mencuba gulai rebung, saya kemudian dijangkiti penyakit kulit yg teruk, puas berubat doktor moden, kesudahan dgn pawang siam yg mengatakan penyakit kulit itu dinamakan kedal, penyakit utk keturynan raja2. Saya serik dan hormati segala nasihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tau kat mane berubat pawang Siam tu.. sbb kami adik beradik pon ade penyakit kulit yg doc pon xdpt nk ubat.. huhu. Boleh whatsapp sy +60109174782

      Delete
  5. Saya pun sama...

    whatsapp 0198356997

    ReplyDelete
  6. keturunan kami ada 5 pantang...nak buat mcmana...nasib badan...bukan saja mintak2, memang dilarang keras dan ada yg dah termakan, mmg dah ada akibatnya..jadi jaga aje lah pantang2 tu..

    ReplyDelete
  7. Ambo tak tau lah kejadian yang menimpa ambo ni kebetulan atau disebabkan langgar pantang. keluarga sebelah mak ambo pun ada pantang memakan ikan kekacang ni tapi tidak pula melarang memakan rebung. Pada masa umur ambo empat tahun nenek sebelah ayah membeli ikan kekacang dan memasaknya. Ambo dan abang memakannya. selang beberapa minggu ambo diserang penyakit kulit pada seluruh badan kecuali tapak kaki dan tapak tangan. kulit bersisik macam ikan, bergerak sikit berdarah. Penyakit ini hilang sepenuhnya semasa ambo berumur enam tahun setelah berubat dengan macam-macam bomoh dan hospital..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...