Friday, May 25, 2012

Kisah Mengenai Nazar dan Anjing Hitam


Salam semua, untuk tazkirah hari ni saya nak kongsi satu kisah yang saya ambil daripada Majalah Anis bulan Ogos 2002 yang saya salin semula untuk sama-sama kita baca dan ambil pengajaran daripada kisah ini..

Terdapat sepasang suami isteri yang begitu teringin untuk mendapatkan seorang anak. Bertahun-tahun dinanti dan pelbagai usaha dilakukan namun hasrat mereka masih gagal. Sehinggalah pada suatu hari, si isteri bernazar "Jika aku mengandung, aku akan minum air kencing anjing hitam". Tanpa diduga, permintaannya itu dimakbulkan oleh Allah SWT dan si isteri mengandung. Pasangan ini menjadi terlalu gembira dan bersyukur kepada Allah.

Mengingatkan kembali nazar itu, isteri tersebut menceritakan kepada suaminya. Demi terlalu sayangkan isteri dan anak yang dikandung, suami pun pergilah mencari anjing yang dihajati. Sesuatu yang bukan mudah untuk diperolehi, berhempas pulaslah si suami mencari dari kampung ke kampung, bertanya dari seorang ke seorang yang ditemui. Ada yang mentertawakannya dan tidak kurang juga yang mengejeknya sebagai orang gila.

Lelaki itu tidak mempedulikan kata-kata orang. Akhirnya bertemulah dia dengan seekor anjing hitam yang sedang membuang air kecil. Segera ditadahnya air kencing anjing hitam tersebut dan dibawanya pulang dengan hati yang gembira. Apabila tiba di rumah, timbul pula masalah lain. Melihat kepada rupa dan bau yang menjijikkan, isterinya tidak sanggup menelannya biarpun berkali-kali dicuba. Mereka buntu memikirkan apa yang harus dilakukan mereka sedangkan mereka telahpun bernazar. Mereka berasa risau yang amat sangat.

Akhirnya, mereka pergi bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan hal yang sebenar. Rasulullah SAW dengan tenang memberitahu bahawa di hujung kampung ada sebuah rumah yang ahli keluarganya tidak menunaikan solat. Sabda baginda SAW " Apabila hujan turun di atas bumbung rumah tersebut, kamu tadahlah airnya dan minum. Air hujan itu samalah seperti air kencing anjing hitam itu".


Kisah ini menunjukkan kepada kita betapa perlunya kita menunaikan solat dan menghidupkan amalan solat dalam rumah kita tempat dimana kita tinggal dan diami. Pentingnya solat bukan sahaja sebagai tiang agama malah malaikat juga tidak akan datang ke rumah yang ahlinya tidak bersolat. Maka mudah-mudahan dapat sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar daripadanya..insya Allah...

5 comments:

  1. kisah yang menarik dan sangat baik untuk dijadikan iktibar.. rupanya Allah SWT sangat memandang hina kepada hamba-Nya yang tidak solat sehinggakan menyamakan air hujan yang jatuh keatas bumbung rumahnya dengan air kencing anjing hitam..masya-Allah, harap-harap kisah ini dapat memberikan kesedaran kepada sesama kita untuk bermuhasabah diri..insya-Allah..

    ReplyDelete
  2. itula..saya yang membacanya pertama kali pun berasa insaf dengan cerita tsbt. mudah-mudahan dapat kita sama2 bermuhasabah diri dan memelihara keluarga kita dari kemurkaan-Nya...amin...

    ReplyDelete
  3. mohon share kisah ini..

    ReplyDelete
  4. salam. nak tanya, kisah ni terjadi pada zaman nabi muhammad saw atau nabi musa a.s? saya ada terbaca ianya berlaku pada zaman nabi musa a.s..

    ReplyDelete
  5. cerita ini sama seperti apa yang diceritakan oleh nenek saya ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...