Tuesday, May 1, 2012

Kisah Imam Ghazali Dengan Perompak Dan Seekor Lalat


Salam sahabat semua, kali ni saya nak kongsikan sebuah kisah yang saya dapat daripada artikel zaman saya belajar dulu. Masa kemas buku-buku dan fail-fail lama tempoh hari, saya terjumpa artikel tersebut dan menaipnya semula disini untuk dikongsi bersama. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita ambil manfaat daripadanya..

Sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampungnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Imam Ghazali. Mereka merampas harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah catatan ilmu yang dipelajari oleh beliau dari gurunya di Jarjan iaitu Imam Abu Nashir Al-Ismaili.

Imam Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dan menghargainya. Mendengar permintaan Imam Ghazali, ketua perompak itu bertanya secara menyindir "Untuk apa catatan ini wahai anak muda? Bukankah engkau telah menghafal dan memahami seluruh isi kandungannya?"

Namun begitu, ketua perompak akhirnya memulangkan kembali catatan tersebut kepada Imam Ghazali. Selepas peristiwa itu, Imam Ghazali menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mencatat. Beliau benar-benar terkesan dengan sindiran ketua perompak itu.

Benarlah kata hukama " Jangan engkau melihat kepada sesiapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikata".

Setelah Imam Ghazali wafat, Mufti Damsyik ketika itu telah bermimpi bertemu dengan Imam Ghazali di suatu tempat yang indah. Apabila Mufti tersebut bertanya kepadanya bagaimanakah beliau boleh berada di tempat yang sebegitu indah, Imam Ghazali menjawab " Ini adalah rahmat dan kasih sayang Tuhanku. Pernah ada suatu ketika sewaktu aku sedang mengarang kitab Ihya' Ulumuddin di atas loteng Masjid Umawi, seekor lalat hinggap di atas bekas dakwatku untuk menghilang dahaganya. Aku membiarkan ia minum dakwat tersebut hinggalah ia selesai dan puas. Setelah lalat itu terbang dari bekas dakwat tersebut, barulah aku menyambung semula kerja-kerja penulisanku yang terhenti sebentar.

Kisah ini memberi gambaran betapa Imam Ghazali benar-benar menulis berdasarkan rasa hati. Beliau hayati benar-benar kesepaduan ilmu dan amal yang dikehendaki oleh Islam. Walaupun dari sudut fiqh, tidak menjadi kesalahan jika beliau menghalau lalat tersebut dari bekas dakwatnya itu, namun beliau tidak berbuat begitu.

Ilmu tentang akhlak yang terdapat dalam tasawuf telah sebati dengan dirinya. Dalam keadaan asyik, hatinya mudah tersentuh melihat seekor lalat yang seolah-olah menagih simpati untuk berhenti menghilangkan dahaga. Begitu halus perasaan beliau hatta terhadap seekor lalat yang kecil.

Imam Ghazali pernah bermuzakarah (berbincang) dengan orang-orang yang terdiri dari pelbagai pemikiran dan aliran fahaman. Baginya muzakarah diniatkan untuk mencari kebenaran bukan mencari kemenangan. Justeru itu, beliau tetap senang hati jika kebenaran itu datang dari orang lain.

Pernah suatu ketika, selepas keluar dari majlis muzakarah, Imam Ghazali memuji orang yang bermuzakarah dengannya di hadapan orang lain sambil berkata "Hebat akalnya!" Sedangkan orang yang dipujinya itu keluar dari majlis itu dengan bangga sambil memperkecilkan ilmu Imam Ghazali.

Pesan Imam Ghazali, jangan sampai kita jemu melakukan sesuatu kebaikan oleh sebab kekerapan melakukannya sebagaimana kita jemu dengan makanan yang selalu kita makan. Amalan, walau sebesar habuk sekalipun tetap dinilai di sisi Allah. Dan Allah sahaja yang tahu kecil atau besar nilai sesuatu amalan yang kita buat dan amalan manakah yang menyebabkan Dia menurunkan rahmat-Nya kepada kita...

7 comments:

  1. bagus artikel ni dikongsi bersama..moga kita bersama2 beroleh manfaat dr perkongsian ini..
    melalui pemahaman saya, apa yang boleh disimpulkan disini ialah, walaupun kita punya ilmu, janganlah kita meninggi diri, dan jika kita kurang ilmu, jangan malu atau segan untuk belajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah setuju tu..dlm menuntut ilmu ni kite kene sntiasa merendah diri even sebagai pengajar apatah lagi pelajar sbb kadang tu ilmu datang daripada orang yang kita tak expect boleh mengajar kita sesuatu..huhu..

      Delete
  2. knowledge (ilm'), the nature is such that you may lose it if you keep it to yourselves, but you have it forever if you share it with others.. kata omputih, dan tak luak pun bila dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..ilmu yang dikongsi tu akan datang semula pada kita kalau kita kongsi, tapi kalau kita simpan sendiri ditakdirkan kita terlupa, dah takde sape nak ingatkan kita kan..huhu..macam ada kata-kata tu ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah..

      Delete
  3. betul tu, lagi satu, pernah dengar, kalau ilmu tu adalah ilmu yang baik utk amalan org lain, bila org tu amalkan, pahala yang datang untuk kita takkan putus2 sampai ke liang lahad pon..sbg contoh mengajar org membaca al-qur'an..insya-Allah..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. silakan share, jgn lupe bg kredit ke blog ni yer..hehe..
      btw, saya bukan tuan, tp puan.. :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...