Friday, April 20, 2012

Sembang Santai : Hero


Salam sahabat semua, hari ni saya nak kongsi sebuah lagu kegemaran saya sejak berzaman iaitu lagu Hero nyanyian Mariah Carey..huhu..Saya suka mendengar lagu ni bila terasa semangat perjuangan dalam diri yang ada kian menurun, sedih, lemah dan luntur. Lirik dan lagunya bila dihayati akan memberi semangat untuk kita mengharungi hidup kerana kitalah hero tersebut...

There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you

Wednesday, April 4, 2012

Nostalgia : Kakak Angkat dan Adik Angkat


Salam sahabat semua,

Agak-agaknya ada lagi tak istilah kakak angkat, adik angkat, dan abang angkat zaman sekarang ni? Rasa-rasa saya zaman sekarang ni yang tinggal hanyalah ibu angkat, bapa angkat serta anak angkat.

Saya agak kurang pasti kenapa istilah ini popular betul zaman sekolah dulu. Biasanya adik junior yang kiut miut atau cun melecun pasti menjadi rebutan untuk "diangkatkan". Berebut-rebutlah kakak-kakak senior ini "mengangkat" adik-adik ini dan siap declare satu sekolah bahawa adik junior tersebut merupakan adik angkatnya dan tiada siapa yang boleh mengganggunya! Pastinya adik junior tersebut sangat seronok seolah-olah mendapat perlindungan daripada seniornya pula kan...

Lucu rasanya bila terkenangkan zaman sekolah dulu. Seingat saya, istilah "berangkat" ini semakin kurang mahupun pupus bila sudah memasuki alam universiti. Mungkin kerana perbezaan zaman sekolah dan zaman kolej/universiti juga faktor peralihan umur dan juga kematangan. Zaman sekarang ni saya tak pasti masih adakah yang "berangkat-angkat" dengan senior mahupun junior.

Saya masih ingat lagi zaman sekolah dulu ada seorang adik dorm yang duduk di sebelah katil saya. Dia anak tunggal dalam keluarga dan tidak pernah merasakan kasih sayang adik beradik apatah lagi seorang kakak. Satu hari, dia menangis kerana terlepas makan malam di dewan makan dek kerana terlewat bangun tidur petang. Kebetulan menu makan malam pada hari tersebut merupakan lauk kegemarannya iaitu ayam masak merah. Puas saya memujuknya kerana risaukan dia yang terlalu sedih sampaikan dia rasa terharu dengan keprihatinan tersebut dan ingin menganggap saya sebagai kakak kandungnya ataupun kakak angkatnya. Saya hanya tertawa dan mengatakan padanya saya taknak jadi kakak angkat tapi nak jadi kakak tak larat nak angkat. Melihatkan dia ketawa dan tidak bersedih lagi, lega rasa hati saya...

Saya pasti pengalaman kawan-kawan tentang adik angkat dan kakak angkat ini, masing-masing pasti ada cerita tersendiri zaman sekolah dulu. Sudilah kiranya dapat kalian kongsikan di ruangan komen di bawah... :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...