Saturday, March 31, 2012

Review : Restoran Prince of Persia, Wangsa Maju

Restoran Prince of Persia
Salam semua, cuti krismas tahun lepas kami berkesempatan mencuba hidangan makanan arab dan iran di sebuah restoran yang baru dibuka di Wangsa Link, Wangsa Maju. Disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan, maka entry ni baru dapat disiapkan untuk saya kongsikan disini. Restoran ini diberi nama Prince of Persia yang terletak bersebelahan dengan Restoran Cheng Ho milik rocker terkenal Amy Search . Disebabkan saya dan suami bukan peminat masakan cina, maka kami belum berkesempatan ke Restoran Cheng Ho. Kebetulan, ketika mengunjungi Restoran ini kami ditemani oleh tiga orang tetamu kami iaitu kak ngah, abang ngah dan baby zulaikha.

Tabuleh
Dekorasi restoran ini agak kemas dan cantik dan terdapat sebuah pentas hiburan bagi band atau penyanyi yang akan menghiburkan pengunjung bermula jam 8.30 malam. Sebagai hidangan pembuka selera, kami memilih Tabuleh dan Hummus.
Hummus
Manakala sebagai hidangan utama pula Lamb Koobideh Kebab, Barberry Rice with Chicken, Bakhtiari Kebabs dan Lamb Shank with Dill Rice.

Barberry Rice with Chicken
Dan minuman pula kami memilih Iranian Tea. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan hidangan yang disediakan.

Kobideh Kebab
Secara keseluruhan, rasa makanannya biasa-biasa sahaja mungkin juga kerana hidangan makanan iran sememangnya kurang "spice" berbanding makanan lebanon mahupun arab. Rasa lauknya pada saya agak hambar dan biasa-biasa sahaja. Tetapi pujian harus diberikan pada saiz hidangan dan persembahan. Memang menarik! Teh iran pula pada saya kurang sedap berbanding arabic tea ataupun mint tea. Walaupun dengan saiz hidangannya yang mengenyangkan dan menarik tetapi kepuasan menikmati makanan dengan rasa spice yang banyak tidak kami perolehi dengan hidangan tersebut di restoran ini.

Bakhtiari Kebabs
Setelah selesai menikmati hidangan makanan di sini, kami memutuskan akan kembali ke restoran ini untuk mencuba hidangan-hidangan lain yang mungkin juga rasanya lebih sedap berbanding hidangan yang telah kami pilih tersebut. Bagi yang menggemari kelainan rasa masakan timur tengah, bolehlah berkunjung ke sini dan selamat menjamu selera!

8 comments:

  1. Good posting, informative.
    Restoran ini ada juga pertunjukkan 'budaya' bermula 8.30 pm. Bagaimana pun belum sempat nak tengok lagi. Mungkin lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..
      a'ah belum berkesempatan juga nk tgk persembahan budaya dorg. mesti interesting kn? hehehe...

      Delete
  2. salam..best ke makan masakan iran..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, pada saya masakan iran agak kurang menepati selera.. tapi kalo puan hendak mencubanya, bolehla lain kali kite berkunjung ke sini!;-)

      Delete
  3. best jgk masakannya, tp tak boleh tanding dengan tarbush yang penuh dengan rasa spice, malah tehnya pon terasa pudina berbanding di prince of persia ni kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah tarbush mmg lebih sedap sbb tarbush tu masakan lebanon..prince of persia ni iran, tu yg kurang skit kot..huhu..

      Delete
  4. Utk makluman..restoran tersebut telah pn dtamatkan operasinya...kerja2 pengosongan kedai akan djlnkan pd masa trdekat...kesian...kawasan wangsa walk ni ada 3 restoran arab..tp kesemuanya dh tutup...kurang mndpt sambutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq anonymous ttg update terbaru mengenai restoran ini..baru je plan nk ke restoran ini semula sbb nk tgk culture show nye..huhu..takpela, mungkin takde rezki..mungkin juga kawasan yg kurang strategik atau sebab2 lain yg tidak diketahui...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...