Friday, January 13, 2012

Review : Medan Muara Ikan Bakar Tg Harapan, Klang

Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan, Klang

Salam semua, baru-baru ini saya dan suami berkesempatan mengunjungi tempat makan seafood di Klang. Tempat ini telah kami kunjungi beberapa kali dan menjadi destinasi pilihan kami setiap kali ingin menikmati makanan laut dalam suasana santai dan mendamaikan bertemankan bayu selat melaka. Untuk ke tempat ini agak mudah. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan lebuhraya NKVE menuju ke Klang dan teruskan perjalanan anda menuju Pelabuhan Utara atau North Port. Kemudian, anda akan dapat lihat papan tanda ke Tanjung Harapan dan seterusnya ke Medan Muara Ikan Bakar ini.

Di Malaysia, selain Umbai di Melaka dan Tanjung Lumpur di Pahang, Tanjung Harapan di Klang ini juga menyajikan makanan laut yang sedap dengan harga yang berpatutan. Di sini, pengunjung berpeluang memilih sendiri pelbagai jenis ikan, ketam, sotong, udang mahupun kerang untuk dimasak menurut citarasa masing-masing.

Ketam masak bercili
Setiap kali berkunjung ke sini, hidangan wajib yang kami akan pesan ialah ketam masak bercili, sotong goreng tepung, ikan siakap stim atau ikan bakar dan kerang rebus. Kami jarang memilih udang kerana lebih menggemari udang goreng butter yang tidak ditawarkan cara masakannya di sini.

Sotong goreng tepung
Restoran ini dibuka bermula jam 5.30 petang sehingga lewat malam dan pengunjung kebiasaannya mula bertambah ramai selepas waktu maghrib. Pada ketika itu, tempat duduk jugak agak terhad dan pesanan pun agak lewat tiba dek kerana bilangan pelayan yang tidak menang tangan melayani pengunjung. Sedikit tips dari kami, sekiranya anda ingin mengunjungi restoran ini dan menikmati makanan laut di sini dalam suasana yang damai dan romantis, waktu yang paling sesuai ialah pada jam 6 petang. Selain boleh memilih meja yang anda sukai dan bilangan pengunjung yang belum ramai, anda juga berpeluang menikmati hidangan makan malam dalam suasana romantis ketika matahari sedang terbenam ditemani deruan ombak yang memukul pantai. Sungguh indah bukan? hehe..inilah pengalaman paling indah kami setiap kali menikmati makanan laut di sini...


Waktu operasi restoran ini

6 comments:

  1. slurrppp....sedapnya makan seafood...

    ReplyDelete
  2. erm,lama x makan kat sini..bilalaa boleh datang lagi ni..huhu..

    ReplyDelete
  3. hehemmmm..bila nak belanja makan kat sini ...ahahahaha da lama tak pegi kat klang ni

    ReplyDelete
  4. puan lianalovekhairi : a'ah sedap kan seafood..hehe..

    puan hanie ; yela, lama tak makan kt sini ramai2..nnti bolehla kite plan p lagi mkn seafood kt sini ramai2 kn.huhu..

    puan me and my memoir : hehehe..belanja? no problem je. last pegi pun masa insyirah kecik lagi kan.huhu...

    ReplyDelete
  5. hehehe..la ni insyirah da besar da..da ade adik da pun ..hahaha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...