Thursday, January 5, 2012

Nostalgia : Pilihan Bersama


Salam sahabat semua...Agak-agaknya, ada tak diantara korang yang tak minat muzik? Rasanya, semua orang sukakan muzik tak kiralah apa jenis genre sekalipun. Zaman belajar dulu terutamanya zaman sekolah hampir tiap-tiap malam saya akan melayan lagu-lagu di radio. Zaman tu channel yang popular pun THR dan Radio Muzik yang mungkin tarafnya sama dengan channel Sinar.fm ataupun Hot.fm zaman sekarang ni.

Biasanya saya, kawan baik saya Ina dan kakngah akan berjaga malam dengan alasan kononnya untuk study tapi sebenarnya yang lebihnya bukan study sangat tapi hendak layan lagu-lagu di radio! Hehehe..Kami juga pada kebiasaannya akan bergilir-gilir; malam ni tidur di rumah kami manakala malam esok pula tidur di rumah Ina.

Saya masih ingat lagi hampir setiap malam kami akan pasang radio dan dengar Pilihan Bersama sampai pukul 12.00 malam. Masa tu deejay kegemaran ialah Muhammad Hj Hanafi. Lepas tu baru kami akan tukar ke channel lain pula iaitu stesen THR sebab nak dengar celoteh Isma Halil Hamzah.



Disebabkan selalu sangat dengar Pilihan Bersama, satu hari tu kitorang decide hendak buat permintaan lagu. Yela, asyik dengar permintaan lagu orang lain je kan..huhu..Jadi, kami pun hantar poskad dan hiaskan poskad tu cantik-cantik. Penerbit rancangan pula hanya akan siarkan lagu permintaan kita berdasarkan poskad yang terpilih. Disebabkan kami ni die hard fan (kunun) Ziana Zain, kami pun pilih dua buah lagu permintaan iaitu lagu Syurga Di Hati Kita dengan lagu daripada kumpulan Exists bertajuk Tersiksa Lagi Batinku. Hahaha..sendu betul lagu-lagu pilihan zaman tu! Maklum ler jiwangsss karattzzz...



Tunggu punya tunggu kami dah hampir putus asa yang poskad kami tidak terpilih dan pilihan lagu kami tidak akan disiarkan. Hampir setiap hari kami akan membelek suratkhabar di bahagian Hiburan dengan harapan lagu pilihan kami akan tersiar. Tup-tup satu hari tu masa belek-belek nak tengok pilihan siapa yang tertunai malam tu, adalah nama kami terpampang di suratkhabar tu sekali dengan lagu pilihan kami. Yahooooo seronok kemain masa tu. Malam tu selesai makan malam, kami bertiga siap menghadap radio dek kerana tak sabar-sabar hendak dengar pilihan lagu kami diputarkan di radio Muzik..

Fuhh kuat betul penangan radio zaman itu. Berbeza dengan sekarang, lagu-lagu sangat mudah didapati dengan adanya MP3 yang boleh dimuat turun atau dimainkan di laman sesawang. Zaman remaja kami dulu yang ada hanyalah kaset yang agak mahal harganya apatah lagi CD lagu yang berganda-ganda harganya. Kami hanya mengharapkan radio sahaja yang memutarkan lagu pilihan kami. Semuanya hampir berbelas tahun berlalu dan kini hanya tinggal sebagai nostalgia dan memori indah yang akan dikenang sampai bila-bila...

4 comments:

  1. kita sbnrnya x sempat dgr pon pilihan bersama tu sebabmalam tu malam raya haji..esok tu baru perasan kat surat khabar rupa-rupanya pilihan kita tersiar..huhuhu...mmg kenanganlaa..memori yang tak dapat dilupakan..skrg ni mana mungkin kita ulang saat2 tu sebab masing2 dh punyer keluarga sendiri.. :)

    ReplyDelete
  2. huhu yela lupa lak kite xsmpt dgr pn sbb esok tu raya haji.mklum ler dh lama pn kenangan tu.mmg betul2 satu nostalgia kn.huhu

    ReplyDelete
  3. huhu yela lupa lak kite xsmpt dgr pn sbb esok tu raya haji.mklum ler dh lama pn kenangan tu.mmg betul2 satu nostalgia kn.huhu

    ReplyDelete
  4. yerlaa..memang nostalgia..dh berbelas tahun berlalu..huhuhu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...