Friday, June 10, 2011

Tazkirah : Amalan Sepanjang Bulan Rejab

Assalamualaikum wrt. wbt.
Diam tak diam bulan Rejab dah masuk hampir seminggu dah. Bulan yang ketujuh dalam kalendar Islam ini datang sebelum bulan Syaaban dan Ramadhan. Ia juga dikenali sebagai bulan Allah. Terdapat beberapa amalan yang digalakkan diamalkan sepanjang bulan rejab. Amalan-amalan dibawah aku petik daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan Ustaz Ismail Kamus. Mudah-mudahan kita berkesempatan melakukan amalan-amalan tersebut untuk menyiapkan diri kita menghadapi Ramadhan yang akan datang...Insya Allah...

1. Puasa 1 hari - mendapat keredhaan yang besar daripada Allah.

2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan daripada Allah.

3. Puasa 3 hari - diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajjal.

4. Puasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka.

5. Puasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.

6. Puasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya.

7. Puasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.

8. Tambahan puasa - menambahkan pahalanya.

9. Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.

10. Membaca al- Quran.

11. Memperbanyakkan doa, istighfar dan lain2.

12. 27 Rejab Peristiwa Israk Mikraj - digalakkan membaca atau mendengar kisah2 berkaitan peristiwa ini dan
mengerjakan solat sunat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...