Thursday, June 16, 2011

Masak- Masak : Laksa Kelantan

Laksa Kelantan resepi mama...nyam3
Bahan-bahannya (4 orang) ;
10 ekor ikan sardin/selayang/kembung
5 ulas bawang merah
10 biji lada hitam
1 inci halia
santan pekat secukupnya
sedikit air
garam secukupnya
3-4 keping asam keping
1 bungkus laksa beras 
sedikit belacan (jika suka)
Ulam ; daun kesum, daun selom, tauge, timun, bunga kantan dihiris halus
Sambal cili : 20 tangkai lada kering dicelur dan dikisar kering, letakkan sedikit garam

Cara-caranya: 

1. Ikan direbus dengan sedikit air, garam dan asam keping. Kemudian ikan dibuang tulangnya dan dikisar. 
2. Kisar bawang merah dan halia bersama lada hitam.
3. Campurkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk.
4. Masukkan santan, air, garam dan asam keping ke dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana hingga mendidih.
5. Kacau kuah dan pastikan ia tidak berketul. Setelah naik bau, tutup api.

Cara menghidang:

1. Ambil sedikit laksa yang telah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah laksa secukupnya.
3. Taburkan ulam-ulaman yang telah siap dihiris halus.
4. Letakkan sedikit sambal cili (jika suka pedas) dan sedikit belacan (jika suka)
5. Siap untuk dihidangkan!

Selamat menjamu selera!
Tips!
*pastikan kuah cukup pekat kerana kuah yang cair agak mencacatkan rasanya..
*pastikan juga laksa yang digunakan ialah laksa beras yang lembut kerana laksa yang liat juga mencacatkan rasanya...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...