Tuesday, May 24, 2011

Medan-Berastagi-Parapat-Danau Toba

Assalamualaikum...
Horas! Menjuah-juah
Kali ini baru sempat nak update korang dengan cerita terbaru dari Medan. Untuk korang yang rajin membaca blog aku terutama sekali yang menunggu-nunggu update terkini daripada aku, nah aku bagi ni ha panjang berjela-jela..huhuhu..

Day 1 : KHAMIS, 28/4/2011
8.50 pagi: berlepas menaiki flight MAS dari klia dan tiba di Medan dan urusan imigresen untuk cop passport. Kemudian kami disambut oleh Mr Arfan yang sudah pun menunggu di belakang kaunter imigresen dengan flyer yang tertulis nama kami. Selepas mengambil luggage, kami dibawa berjumpa supir (pemandu pelancong) yang sudah menunggu dalam toyota kijang/innova.

Kijang yang menjadi kenderaan kami selama 4 hari di sana
Selepas memberi salam supir memperkenalkan dirinya sebagai Uchok sambil briefing kami tentang tour kami untuk 4 hari 3 malam tu. Kami mulakan perjalanan kami ke destinasi pertama iaitu Kedai Batik dan sempat lah beli kain pelikat Mangga dan beberapa helai kain batik.

Kemudian kami terus ke Istana Maimun melihat-lihat tempat bersejarah keturunan Raja Melayu Deli. Entrance fee untuk 2 orang rp10k. Kami kemudiannya dibawa melihat-lihat sekitar Istana tersebut oleh Tengku Mahadi, salah seorang pewaris Kesultanan Melayu Deli. 

Istana Maimun peninggalan kesultanan Melayu Deli

Habis di Istana Maimun kami singgah pula di Kedai Telekung sempatlah beli beberapa pasang telekung solat sulam cotton. Selesai shopping Uchok bawa kami ke Masjid Raya, masjid yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Deli.
Masjid Raya Medan
11.30 pagi : Kami lunch di restoran ACC Masakan Minang. Ada 10 jenis lauk yang dihidangkan dan semua lauk tu kitorang cuba dan memang sedap. 

Ni la tempat kitorang lunch di Medan
Selesai menjamu selera, kami terus bertolak ke Berastagi yang mengambil masa 2 jam melalui jalan yang  berliku-liku dan melalui kawasan air panas. Uchok berhenti kat gerai kat tepi jalan sebab kitorang cakap nak try makan durian Medan so dapatlah makan durian 3 biji. 

Kat sinilah tempat kami singgah makan durian
Kemudian, kami meneruskan lagi perjalanan dan tiba di Brastagi dan singgah Pasar Buah sempatlah beli buah salak madu. Memang manis dan sedap buah salak di sini. Kat sini pada sesiapa yang berminat bolehlah merasai pengalaman naik kuda dalam suasana yang sejuk dan nyaman ala-ala Cameron Highlands. 

Di Pasar Buah Berastagi

Kemudian kami check in di Hotel Sinabung, Berastagi (4 bintang). Letih betul rasanya. Barulah sempat nak rest kejap sementara menunggu waktu dinner. Waktu dinner di restoran Hotel, kami dihidangkan dengan masakan minang jugak tapi oklah sebab sedap juga walaupun tak dapat habiskan lauk yang banyak tersebut dek kekenyangan penangan durian petang tu. huhuhu...Lepas dinner kami balik semula ke bilik dan berehat/tidur dengan nyenyaknya dengan cuaca yang sejuk tu..

Hidangan Makan Malam kami di Hotel Sinabung Berastagi

DAY 2 : JUMAAT 29/4/11

Pemandangan kawasan Hotel Sinabung, Berastagi
7.00 pagi : Kami bersarapan di hotel yang dihidangkan secara buffet yang banyak pilihan. Lepas check out kami meneruskan perjalanan ke Parapat yang mengambil masa 4 jam. Perjalanan kami melalui pemandangan gunung berapi Sinabung dan Gunung Sibayak yang menurut Uchok baru 3 bulan lepas meletus. Kami melewati perkampungan orang batak karo yang berkebun sayur sambil mendengar cerita Uchok tentang orang batak karo. 

Kubur Orang Batak Karo yang boleh dilihat sepanjang jalan
Menurut Uchok, Batak Karo ni orangnya pendendam dan memang susah nak maafkan orang. Mereka suka tikam belakang walaupun kat depan kita nampak baik. Batak Karo juga membuat perkuburan nenek moyang mereka bersebelahan dengan rumah atau dalam kawasan kebun mereka dengan kepercayaan bahawa kebun mereka akan tumbuh subur dan banyak hasilnya. Orang kristian dan muslim ialah 50:50. Batak pula terbahagi pada 5 antaranya batak karo, mandailing, simalungun dan toba.

Air Terjun Sipiso-Piso

Pemandangan Danau Toba dari puncak gunung
Kami singgah di kawasan air terjun Sipiso-Piso sambil menikmati pemandangn Lake Toba dari puncak gunung. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Simarjarunjung melewati pula perkampungan Batak Simalungun yang berkebun menanam kopi, jagung dan cili. Org Batak Simalungun kebanyakannya beragama kristian.

Di Bukit Simarjarunjung


Teh halia (bandrek) yang rasanya pedas-pedas kelat

Kami sampai di Bukit Simarjarunjung dan minum teh halia (bandrek), kopi manis dan pisang goreng yang kesemuanya berjumlah rp26k. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Parapat, melewati bukit bukau, pemandangan Pulau Bonggol Unta, Restoran Ikan Emas dan Kem Tentera sambil mendengar cerita dongeng dari Uchok tentang asal-usul Danau Toba, Pulau Samosir dan Ikan Emas yang sebenarnya berasal dari seorang puteri raja.

Restoran Ikan Emas yang saiznya punyelah besar

Hidangan lunch kami di Restoran Istana Minang, Parapat

Kami tiba di Parapat dan singgah lunch di Restoran Istana Minang, Parapat. Kami dihidangkan dengan 12 jenis lauk, ada lauk ikan emas yang sememangnya banyak diternak di kawasan Danau Toba tetapi perusahaannya kebanyakannya telah dimiliki oleh orang Swiss. 

Feri yang kami naiki untuk ke Pulau Samosir
Selesai lunch kami menaiki feri ke Pulau Samosir yang terletak di tengah-tengah Danau Toba yang keluasannya melebihi dua kali ganda Singapura. Perjalanan menaiki feri ke Pulau Samosir mengambil masa kira-kira 45 minit sambil dibuai bayu tasik dan lagu dendangan kumpulan Wali. 

Gerai Souvenier di Kg Tomok, Pulau Samosir
Sampai di Kampung Tomok, Pulau Samosir, Uchok dah pesan pada kami awal-awal lagi kalo kami taknak beli souvenier di sini jangan cuba-cuba singgah di kedai-kedai tersebut sebab orang Batak Toba kasar-kasar walaupun mulut mereka manis mengajak masuk ke kedai mereka. 

Makam Raja Sidabuntar, Pulau Samosir
Kami melawat Makam Raja Sidabuntar dan diminta menderma seikhlas hati. Kemudian kami menonton Persembahan Patung Si Gale-Gale menari-nari, ada 5 tarian yang berlainan tetapi pada kami nampak sama je semuanya. huhuhu...

Persembahan Si Gale-Gale, Pulau Samosir
Disebabkan teringin sangat nak beli Tshirt yang ada tulis Danau Toba, kami sempat singgah di kedai hujung sekali yang menghadap jalan raya. Sempat la beli tshirt yg ada tulis Danau Toba 3 helai sebagai cenderahati. Harga yang kami dapat pun berpatutan. Selesai membeli tshirt kami terus menaiki feri pulang semula ke Parapat dan terus check in Hotel Siantar (3 bintang) solat dan rehat. 

Depan pintu masuk ke Hotel Siantar, Parapat
Pada malamnya, kami dinner di hotel dan bersembang dengan Uchok tentang pelbagai perkara dan isu. Memang banyak yang diceritakan oleh Uchok terutamanya tentang orang Batak dan Orang Mandailing yang pada zaman dahulu sebahagiannya telah berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor dan Perak. Sedar tak sedar dah pukul 10 lebih dah. Lama rupanya kami berborak dan mata pun dah mengantuk kami minta izin balik ke bilik pulak untuk rehat dan sambung tour keesokan harinya.

DAY 3 : SABTU, 30/4/11
7.30 pagi : Kami bersarapan di hotel, hidangan secara buffet tapi cuma ada pilihan nasi goreng, bihun, telur goreng dan keropok sahaja dengan minuman kopi dan teh. Selepas check out, kami meneruskan perjalanan ke Medan, melalui pula perkampungan Orang Batak Simalungun yang bersawah padi dan ladang kelapa sawit. Kami singgah di Permatang Siantar, berhenti di kedai Paten beli ting2 tung2 teng2 pong2 sekotak rp17k atau boleh pilih yang set 8 jenis. Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai jenis kacang.

Kedai Paten di Permatang Siantar
Kemudian, kami menyambung perjalanan melewati kebun getah, melalui Tebing Tinggi, Serdang Berdagai tempat menjual dodol, Deli Serdang dan Lubuk Pakam. Selepas 4 jam perjalanan kami tiba di Medan dan singgah makan tengahari di Restoran ACC Masakan Minang

Hidangan lunch di Restoran ACC Masakan Minang
Selesai lunch, kami singgah di dua buah kedai menjual batik dan telekung dan sempatlah membeli kain batik, kain pelikat, kaftan dan kemeja batik. Kemudian, Uchok membawa kami ke Sun Plaza, iaitu sebuah shopping complex yang terbesar di Medan. Kat sini ada Sogo tapi kitorang cuma window shopping je then singgah kat food court minum Es Rainbow dan Es Tropika.

Hotel Madani yang hanya berhadapan dengan Masjid Raya
Selesai berjalan-jalan di Sun Plaza Shopping Complex, Uchok menjemput semula kami dan kami terus check in Hotel Madani (4 star), solat dan rehat. Selepas Maghrib, Uchok datang ambil kami untuk gi dinner yang sepatutnya di restoran ikan bakar tetapi booking full jadi Uchok bawa kami makan di Restoran di Hotel Antares masakan padang. 

Hidangan dinner di Hotel Antares, Medan
Masakannya sedap jugak dan kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk. Selesai dinner kami dibawa pulang ke hotel. Kami decide nak kuar jalan-jalan di Yuki Simpang Raya Shopping Complex yang terletak hanya bersebelahan dengan hotel. Sempatlah membeli beberapa lagi souvenier untuk dibawa pulang. Kemudian kami pulang ke hotel untuk rehat dan tidur.

DAY 4 : AHAD, 1 Mei 2011

Shopping Complex yang bersebelahan dengan Hotel Madani

7.15 pagi : Kami breakfast di hotel secara buffet yang ada pelbagai pilihan. Kemudian, kami ke Yuki Simpang Raya untuk shopping beberapa lagi barangan cenderahati. Selesai membeli belah, kami pulang semula ke hotel untuk packing dan check out. Selepas check out kitorang tinggalkan luggage di hotel dan keluar lunch di Food Court Amaliun yang hanya terletak di belakang Hotel Madani. Kami order Es teller, Es campur, Nasi Goreng Ikan Asin, Nasi Ayam Penyet, Buah Semangka/watermelon dan papaya/betik. Makanannya sedap dan sangat kenyang! huhuhu...

Hidangan Tengahari kami di Medan
13.00 petang : Uchok datang mengambil kami di hotel dan membawa kek lapis+bika ambon Rika yang kami tempah malam sebelumnya. Memang masih panas kerana kek lapis jenama Rika yang dibeli Uchok dimasak by order sebab menurutnya kebanyakan yang beli di Jalan Majapahit tu tak tau dah berapa lama masak. Kemudian Uchok terus membawa kami ke airport. Selepas mengucapkan selamat jalan, hubby bagi tips untuk Uchok dan berterima kasih untuk tour yang sungguh menyeronokkan.
  
Uchok menasihatkan kami untuk terus ke kaunter check in MAS untuk urusan check in. Selepas check in kami ke kaunter tax untuk membayar airpot tax untuk 2 orang sebanyak rp150k. Selepas bayaran dibuat boarding pass kami ditampal dengan satu sticker yang menunjukkan airport tax telah dibayar. Kemudian kami terus masuk ke pemeriksaan imigresen dan pegawainya cop passport kami. Segala urusan berjalan lancar dan kami terus masuk ke Balai Berlepas dan menunggu flight kami jam 3.45 petang.

18.00 petang : Kami sampai di KLIA dengan selamat. Kami plan untuk datang lagi menggunakan tour agent yang sama dan kali ni kami ingin melawat Medan-Bukit Tinggi-Padang dan melalui perkampungan Orang Mandailing pula dan semestinya kami specifically akan request Uchok menjadi tour guide kami!

Alhamdulillah, sepanjang tour kami, kami tidak ditipu atau diekori oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan seperti yang dialami oleh beberapa orang lain. Kami rasa cukup selamat dengan Uchok sebab dia memang cukup menjaga kami daripada orang-orang yang suka mengambil kesempatan terhadap para wisata (pelancong)... Kami sampai ke rumah membawa kenangan manis dan indah dari Medan...
Semoga ketemu di lain hari...Sampai jumpa lagi ya!

5 comments:

  1. salam,ade x number supir uchok tu?

    ReplyDelete
  2. salam, saya ada nombornyer. bgtau alamat e-mail saudari di email saya: nurzatul5@gmail.com. nt saya emailkan nombornyer.

    ReplyDelete
  3. Assalam, tlg email detail supir uchok. Nk pergi medan bulan 5 ni..
    Drop by baca entry u..best..! Tq useniza@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam, tq sudi singgah sini.hehe.
      saya dah emailkan contact no uchok kt email yg u bg tu.

      Delete
  4. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...