Wednesday, May 11, 2011

Masak-Masak : Asam Pedas Ikan Kembung



Salam semua, hari ni kita belajar masak asam pedas pulak k. Selama kawin ni aku belum pernah masak lagi lauk asam pedas sebab hubby kurang gemar lauk ni. Tapi tetiba semalam rasa macam nak cuba je masak asam pedas mana tau kot-kot hubby suka ke. Biasanya orang masak asam pedas ni guna ikan pari atau ikan merah tapi disebabkan kitorang ni tak makan ikan pari so aku try guna ikan kembung. Hasilnya sedap jugak. hehehe..
Pastu aku lak tak tau nak letak nama resepi ni asam pedas melaka ke tak sebab menurut kawan aku, puan aisyah yang memang pure melaka, dia cakap dorang masak asam pedas letak serai ngan daun limau purut sikit. Dalam resepi aku lak aku takde letak pun. So aku letak nama resepi ni asam pedas jela k..Aku rasa ni masakan paling ringkas sebab resipinya mudah sahaja.. Korang nak masak hari-hari pun takpe asal tak jemu..Dan yang paling best first time aku masak asam pedas, hubby memang suka..bertambah-tambah nasinya..alhamdulillah..

Bahan-bahan;
4 ulas bawang merah(dikisar)
2 ulas bawang putih(dikisar)
sedikit halia(dikisar)
sedikit kunyit hidup(dikisar)
10 tangkai cili kering(dikisar)
air asam jawa secukupnya
2 sudu minyak masak
sedikit belacan (jika suka)
kacang bendi, bunga kantan, daun kesum, tomato (jika suka)
air secukupnya
garam dan gula secukupnya

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan air secukupnya beserta bunga kantan dan kacang bendi.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan belacan 
  5. Apabila air telah mendidih, masukkan ikan.
  6. Tunggu sehingga ikan telah masak kemudian masukkan daun kesum.
  7. Apabila semua rasa sudah sebati, bolehlah dihidangkan.

1 comment:

  1. EEEHHH Macam senang aja - nanti aku cuba masak, lepas tu aku comen lagi ok kawan byeee..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...