Wednesday, April 27, 2011

Vienna : City of Arts and Musics


Vienna atau dalam bahasa jerman disebut Wien merupakan ibu kota bagi negara Austria. Pernah tengok cerita Sounds of Music? Cerita ni mengambil Salzburg Austria sebagai latar belakang penggambaran filemnya. Bagi penggemar music mozart pasti tahu tentang Vienna kerana di negara inilah Mozart dilahirkan!

Kesempatan berkunjung ke Vienna adalah kerana mengikut suamiku yang hampir setiap tahun mempunyai meeting atau conference di sana. Vienna yang terletak di Austria juga merupakan negara Eropah pertama yang aku jejaki. Bayangkanlah sesampainya kami di Vienna, aku dengan begitu teruja menjerit "Wow! This is Europe!" Suamiku hanya senyum-senyum melihat aku yang macam rusa masuk kampung. Huhuhu..

Vienna ni sangat terkenal dengan art and culture sejak berkurun lamanya. Bagi pelancong macam aku yang tak berapa nak faham art ni aku pilih-pilih jela mana yang sesuai untuk dilawati. So kat bawah ni aku senaraikan tempat-tempat yang aku rasa berbaloi dilawati sekiranya korang berkesempatan melawat Vienna..

State Opera

Disebabkan Vienna merupakan kota yang kaya dengan kesenian dan muzik, maka melawat ke State Opera adalah satu kemestian. Carilah peluang untuk menonton persembahan opera di sini kerana ianya merupakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan..

Stephansdom at Stephansplatz  

Ini pula merupakan gereja yang gothic dan merupakan salah satu gereja yang tertinggi di dunia. Gereja yang telah berusia ratusan tahun ini juga merupakan "one of the city's most recognizable symbols". Ini mungkin kerana ianya terletak di kawasan Stephansplatz yang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelusuk dunia.

Hofburg Palace

Bangunan ni pula terletakknya orang-orang yang penting dan para sejarawan dorang. Ianya juga merupakan kediaman rasmi Presiden Austria.

Albertina

The Kiss by Gustav Klimt

Bangunan ni pula adalah salah satu muzium yang menempatkan pelbagai jenis hasil karya pelukis-pelukis terkenal. Yang paling popular ialah lukisan The Kiss oleh Gustav Klimt.

Vienna Museum

 Disebabkan Vienna ni sangat terkenal dengan keseniaan dan kebudayaan, Vienna mempunyai berpuluh-puluh jenis muzium. Kalau nak masuk ke semua muziumnya mahu pitam aku rasa. So, untuk korang-korang yang suka melawat muzium tu pilih-pilihla mana yang korang rasa berbaloi nak tengok.

Prater

Ni pulak ala-ala macam funfair kat sini. Ada pelbagai jenis permainan yang korang boleh pilih. Paling popular ialah Wiener Riesenred ala-ala macam Eye on Malaysia ler..Seriously, walaupun setiap kali kitorg ke Vienna hotel yang kitorg dok tu dekat betul ngan tempat ni tapi kitorg belum pernah jejak lagi ke Prater ni..hehehe..Tapi kalau ada yang suka nak cuba, bolehlah..

Kartnestrasse















Yang ni pulak merupakan jalan yang menempatkan butik-butik terkenal dan antara kawasan yang paling banyak dikunjungi ramai pelancong. Di sini korang berkesempatan berjalan-jalan sambil window shopping dan masuk ke butik-butik di sini. Ada butik Swaroski, H&M, Swatch, Zara dan macam-macam lagi la.

Nordsee Restaurant

Restoran Nordsee di Kartnerstrasse Vienna
Salmon with fries

Udang yang besar-besar..so yummy!

Boleh dikatakan sepanjang kami berada di Vienna restoran ni la yang paling kerap dikunjungi. Ia merupakan restoran seafood yang korang boleh pilih nak makan ikan salmon, udang, dan macam-macam jenis makanan laut lagi yang dihidangkan dengan paella, wild rice atau fries. Vienna empat tahun yang lepas sangat berbeza dengan sekarang sebab kunjungan kami ke Vienna tahun lepas kami sudah ada beberapa pilihan restoran halal yang lain selain makan di Nordsee ini. Dan yang paling best sebab restoran halal tersebut hanya 5 minit berjalan kaki daripada hotel penginapan kami dan ia sangat memudahkan kami mengalas perut..

Sachertorte 

Yang ni pulak kek coklat versi Vienna yang sebenarnya hanya sponge cake yang ditengahnya ada jam apricot dan disekelilingnya icing coklat. Kek ni memang sangat terkenal di kalangan pelancong yang berkunjung ke sini. Kalau nak cuba bolehlah..

Chocolate

Setiap kali balik daripada Vienna kami pasti memborong coklat banyak-banyak. Coklat disini sangat murah maklumlah hanya bersebelahan dengan negara pengeluar coklat Switzerland. Coklat yang biasanya jadi borongan kami ialah Mozart Chocolate, Mirabell, Milka, Toblerone, Lindt, Merci etc..Fuhh..Chocolate Heaven!

Manner 

Yang ni pulak merupakan biskut yang agak terkenal juga di Vienna. Kedainya ada terletak bersebelahan dengan Stephansdom Cathedral. Biskutnya ala-ala wafer Music keluaran Munchys tu je..

Islam Zentrum
Islam Zentrum yang sebelah kanan kubah dan minaret warna biru

Ia adalah sebuah masjid yang dibina dari tahun 1975 hingga 1979 oleh King of Saudi Arabia, Faisal Bin Abdul Aziz. Aku ingat lagi kali pertama berkunjung ke masjid ni aku sempat bertemu dengan seorang wanita Iraq yang meminta aku membaca surah yasin kerana katanya dia suka mendengar orang Malaysia membaca al-Quran. Menurutnya sebutan bacaan orang kita jelas dan betul tajwidnya. Aku tak berkesempatan berbual panjang dengannya kerana masalah utama kami ialah dia kurang fasih berbahasa Inggeris dan aku kurang mahir berbahasa Arab! 

Danube River
 
Danube River ni merupakan sungai yang kedua terpanjang di Eropah selepas Volga yang terletak di Russia. Sungai yang berukuran 2850 km ini bermula di German dan merentangi sepuluh buah negara termasuk Austria, Slovakia, Romania dan beberapa negara lagi. Rasanya momen paling indah di Danube River ialah pada musim spring apabila dapat menyaksikan sungainya yang beku dan sejuk. Macam boleh ice skating je kat sungai tu..

Donauturm/Danube Tower

Pemandangan Vienna dari Danube Tower

Ia merupakan bangunan tertinggi di Austria yang mempunyai ketinggian 252 meter. Terletak berhampiran dengan River Danube, pengalaman berada di puncak tower ni memberi peluang menyaksikan seluruh kota Vienna daripada atas.

Vienna International Centre

Di kawasan ini terletaknya pusat pentadbiran United Nations dan beberapa agensi lain dibawah UN termasuk International Atomic Energy Agency (IAEA), UN High Commisionner for Refugees,  UN Commisions for International Trade Law dan beberapa agensi lain. Kawasan ini juga dibuka kepada pelancong yang ingin melawat tempatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...