Thursday, April 21, 2011

Masak-Masak : Nasi Kerabu


Salam semua, kali ni aku nak share resepi nasi kerabu lak. Sabtu hari tu sebab teringin punya pasal aku call mak aku mintak resepi nak masak nasi kerabu. Maklumlah anak abah suka makan nasi kerabu..huhuhu. First time aku try masak sendiri nasi kerabu ni. Nasib baiklah menjadi..
Kali ni aku masak makanan kegemaran aku lak. Nasib baik hubby pun layanzz gak nasi kerabu ni. huhu..
Nasi kerabu yang beli kat KL ni sedap macam mana pun still takleh lawan masakan mama. Yela mak sendiri ye tak. Mesti mak kitalah chef terhebat di dunia..huhu.. So, aku share kat sini resepi turun temurun nasi kerabu mak aku..


Bahan-bahannya:
A. Kerabu Sambal Ikan
- kelapa parut
- ikan sardin/selayang
- 3 ulas bwg merah, 1 btg serai, sedikit halia, garam dan gula secukupnya.

B. Kuah tumis
- santan pekat
- 3 btg serai (dititik/diketuk)
- 15 tangkai cili kering (dikisar)
- sedikit halia, 4 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih (dikisar)
- sedikit belacan
-2 keping asam keping
- garam secukup rasa
- budu (jika suka)

C. Ulam-ulaman
- ulam raja, daun kesum, daun selom (dihiris halus)
- kacang panjang, tauge (jika suka)

D. Lauk pauk
- telur masin
- solok lada
- daging bakar/ ayam goreng/ ikan celup tepung
- keropok
- jeruk bawang putih (jika suka)

E. Nasi
- beras dimasak dengan bunga telang untuk menghasilkan nasi yang kebiruan.

Cara-caranya:
Kuah tumis
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia dalam periuk dengan 2 sudu minyak masak.
2. setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar.
3. kemudian masukkan santan. kacau dan tunggu sampai pecah minyak. Jika suka bolehlah dicampurkan budu.
4. masukkan serai yang telah diketuk, asam keping dan belacan
5. kacau hingga pekat. perasakan dengan garam.

Kerabu sambal ikan
1. ikan kembung direbus dengan asam keping dan sedikit garam kasar. Setelah agak sejuk asingkan tulangnya dan ambil isinya.
2. kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan.
3. Tumbuk kelapa yang telah digoreng tadi panas-panas. Letakkan dalam sebuah bekas.
4. Tumbuk isi ikan dan campurkan ke dalam bekas tadi.
5. Tumbuk bawang merah, halia dan serai. Campurkan juga ke dalam bekas yang sama.
6. Gaulkan semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam dan gula.

Cara menghidang;
Nasi dihidangkan dengan diletakkan sedikit kerabu sambal ikan, ulam-ulaman dan kuah tumis. Makan dengan lauk seperti solok lada, keropok, telur masin dan sebagainya mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba dan menjamu selera!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...