Tuesday, April 5, 2011

Masak - Masak : Kuih Sagu Merah


Salam semua, tetiba pagi semalam encik hubby request nak makan kuih sagu petang tu..Nasib baiklah encik hubby minta kuih sagu yang agak mudah nak buat. Kalau dimintanya buatkan kuih bahulu ke, pulut panggang ke, bingka ubi ke tak ke berpeluh gak nak membuatnya. huhuhu.. ok, ni aku share resepi turun temurun kuih sagu yang aku dapat daripada mak aku..huhu..Hasilnya, lembut dan sedapp.. 

Bahan-bahan : (3-4 orang)
1 mangkuk sagu (basuh dan tos)
3/4 mangkuk gula
2 mangkuk air
2 camca kecil sirap ros
sebiji kelapa parut
secubit garam  

Cara-caranya : 
1. Basuh sagu dan toskan airnya.
2. Masukkan air dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana hingga gula larut.
3. Masukkan 2 camca kecil sirap dan kacau sebati.
4. Kemudian, masukkan sagu dan masak selama lebih kurang 15 minit.
5. Kacau hingga sagu nampak jernih dan pekat.
4. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.
 5. Potong mengikut kesukaan dan gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan garam.
 6.Sedia untuk dihidang.
 
Selamat mencuba!

4 comments:

  1. waa..jarang jumpa dan dah lama x makan kuih ni..
    aku x derla suka sangat tp makan sikit tu oklaa..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih ni sodapla..cubala buat..hehe..

      Delete
  2. dah lama tak buah kueh ni...adoyai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..yela, nmpak mcm leceh kuih ni tp senangla sangat membuatnya..hehe..nti cuba2la buat sempena menjamu selera berbuka puasa nti..huhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...