Tuesday, March 15, 2011

Top 8 Travel Scams


Terdapat pelbagai cara travel scams atau penipuan ketika percutian ni dan ianya sentiasa berubah2. Kadang2 insiden penipuan ini akan menyebabkan percutian jadi tidak seronok ditambah dengan pengalaman yang menakutkan..Walaupun ianya biasa terjadi di bandar2 besar mahupun kotaraya metropolitan tetapi kawasan luar bandar juga tidak terkecuali. Pelancong asing biasanya menjadi target mudah untuk ditipu berikutan kawasan persekitaran yang asing, perbezaan budaya serta bahasa yang berbeza..

Mengikut pengalaman sendiri, kami pernah beberapa kali berhadapan dengan penipuan2 ini walaupun alhamdulillah belum pernah menjadi mangsa mereka. Apapun, bila berada di negara orang apatah lagi tempat tersebut begitu asing bagi kita, sentiasalah berhati2 kerana penipu ini ada di mana-mana. Walaupun paras rupanya nampak baik tapi beringat2lah dan tanamkan dalam hati "trust nobody"..

Di bawah ini ada disenaraikan beberapa contoh penipuan ketika percutian yang aku dah siap translate daripada majalah Vacation Views edisi ke 18 terbitan Swiss Garden International Vacation Club..Pastu aku ulaskan sekali beserta pengalaman sendiri berhadapan dengan penipu2 ini..

1. The Beggar Syndrome
Biasanya orang ini akan datang kepada pelancong dengan melakonkan watak pengemis yang cacat anggota badan. Dia akan merayu2 dalam bahasa yang kita sukar fahami dan cuba tanamkan perasaan bersalah sekiranya kita enggan menolongnya.

Kami pernah berhadapan dengan pengemis2 ini yang banyak berpeleseran di bawah Eiffel Tower. Mereka berpakaian ala gypsy yang comot dan meminta2 wang daripada kita. Mereka akan datang kepada anda dan bertanya "you speak english?" Sekiranya anda berhadapan dengan mereka, buat sahaja muka yang tak faham bahasa inggeris dan buat2 tak dengar sahaja. Kerana dikhuatiri sekiranya anda melayani, mereka bersama2 kawan2nya yang ramai ini akan mengikuti anda ke mana sahaja anda pergi sehinggalah anda berikan wang kepada mereka.

2. Credit Card Scam
Penggunaan kredit kad di luar negara sememangnya tidak dapat dielakkan terutamanya untuk membiayai bil hotel. Peniaga yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan "swipe" pembayaran tambahan bila anda tidak melihatnya kerana mereka tahu anda tidak boleh tuntut semula sehingga anda pulang ke negara asal. Sekiranya anda menggunakan kredit kad di luar negara, anda dinasihati untuk menggunakannya di tempat2 yang diyakini sah sahaja.

3. The Courteous Drink
Terdapat Pemandu Pelancong yang tidak bertauliah akan membantu anda membelikan minuman ketika menunjukkan tempat2 menarik dan ketika meminta bayaran, harga minuman tersebut lebih mahal daripada harga mini tour itu sendiri. Anda tidak mempunyai pilihan selain membayar sahaja harga yang diminta! Ini boleh dielakkan sekiranya anda membeli minuman sendiri dan tidak menerima sebarang pelawaan yang tidak termasuk dalam pakej tersebut.

4. Diversion Theft
Ini boleh berlaku dalam dua keadaan. Keadaan pertama di mana seseorang telah menumpahkan minuman atau sesuatu ke baju anda. Ketika "pelakon" ini meminta maaf dan cuba membersihkannya dia akan menyeluk poket atau beg anda yang berisi dompet.
Keadaan kedua pula di mana seseorang meminta tolong anda dengan "masalahnya" dan ketika anda cuba membantunya dia menyeluk poket atau beg anda dan mengambil barangan berharga anda. Mereka ini akan "membuat sesuatu" agar dapat mengalihkan perhatian anda untuk mengambil barangan berharga anda.

Ketika di Paris dulu, kami pernah menyaksikan penipuan tersebut berlaku depan mata kami. Seorang lelaki muda berpakaian biasa berjalan di tengah2 orang ramai yang lalu lalang dan dengan sengaja menjatuhkan sebentuk cincin. Dia mengambil kembali cincin yang dijatuhkannya dan mengejar dan memanggil2 seorang lelaki yang biasanya seorang pelancong. Biasanya mereka ini sudah aim siapa yang mereka akan kenakan. Dia kemudian berkata "Sir, this is yours. I saw it dropped from your pocket" Pelancong lelaki yang dalam keadaan bingung tidak pasti samada benar atau tidak cincin tersebut kepunyaannya hanya mengambilnya sahaja dan mengucapkan terima kasih. Lelaki muda tersebut kemudian meminta wang kerana berjaya menyelamatkan cincin tersebut daripada kononnya tercicir. Pelancong lelaki ini mengeluarkan dompetnya dan memberi sejumlah kecil wang tetapi lelaki muda ini meminta sehingga berpuluh euro untuk "pertolongannya". Pelancong lelaki yang sudah terperangkap ini terpaksa membayar pada harga yang mungkin tidak bernilai pun dengan cincin yang terjatuh itu!

Ketika berkunjung ke Vietnam baru2 ini pula, ada seorang peniaga pakaian seorang gadis Vietnam menasihatkan agar berhati2 dengan gelang emas yang dipakai kerana dikhuatari seseorang akan berjalan di sebelah dan ketika leka dia akan memotong gelang tersebut tanpa saya sedari. Pesanan ikhlasnya memang saya ingat dan sangat berterima kasih kepadanya kerana mengingatkan saya tentang bahayanya.

5. Taxi Service Scam
Penipuan ini melibatkan pemandu limosin ataupun teksi yang kononnya sudah habis waktu kerja dan mencari duit lebih akan menghampiri anda di airport dan bertanya destinasi anda. Kalau di Malaysia kita menggelarkannya "ulat". Dia akan menipu anda dengan cara mengambil jalan yang lebih jauh, enggan menggunakan meter ataupun enggan memberikan beg pakaian anda yang disimpan dalam bonet hingga anda membayarnya wang yang dikehendaki yang ternyata lebih mahal berbanding tambang sepatutnya.

Ini pernah berlaku kepada kami ketika di Ho Chi Minh City baru2 ini. Kami meminta pihak hotel memanggil teksi untuk ke Kedai Shamsuddin, salah sebuah restoran halal di sana. Pihak hotel sudahpun menasihatkan agar memilih teksi Vinasun, Vina Taxi ataupun Mai Linh sahaja kerana teksi2 tersebut adalah teksi yang berdaftar. Maka kami menaiki teksi Vinasun ke restoran tersebut dan tambang pada meter menunjukkan VND17,000. Suami dengan senang hati memberikan VND20,000 dan bakinya sebagai tip.

Apabila mahu pulang ke hotel kami meminta pihak restoran memanggil teksi. Lalu kami menunggu teksi di hadapan kedainya sementara pekerja restoran tersebut menahan teksi untuk kami. Tidak lama kemudian, ada sebuah teksi berhenti di hadapan kami menurunkan penumpang. Kemudian pekerja tersebut bertanyakan sesuatu kepada pemandu teksi tersebut dan membuka pintu teksi untuk kami. Disebabkan keadaan yang gelap kerana sudah malam kami terus menaikinya.

Apabila di dalam teksi aku perhatikan pada meter tersebut terpapar VND42,000. Aku bertanyakan suami "meter?" dengan harapan pemandu teksi tersebut faham dan set kan semula meter tersebut tetapi dia terus memandu kami ke hotel. Sesampainya di hotel, dia hanya menurunkan kami di tepi jalan dan tidak masuk ke lobi hotel. Suami segera keluar daripada teksi dan bertanya "How much?" Pemandu bertanya kembali "In Dong or Dollar?" Suami meminta harga dalam dong (matawang Vietnam). Pemandu meminta VND67,000! Suami terus argue dengan pemandu tersebut dan mengatakan bahawa ketika kami pergi kami hanya membayar VND20,000 dan pemandu tersebut cuba menipu. Suami mengarahkan aku segera keluar daripada teksi dan menunggu di luar. Pemandu tersebut berdolak dalik mengatakan dia menggunakan jalan yang lain sebab itu tambangnya lebih mahal. Mana mungkin jalan yang berlainan kerana restoran tersebut terletak di hujung jalan sebelah kiri manakala hotel kami pula di hujung jalan sebelah kanan. Hanya satu jalan sahaja! Suami mengatakan kepada pemandu tersebut "You try to cheat me! I give you VND20,000" dan meletakkan duit tersebut di atas kerusi penumpang. Pemandu tersebut terus menjerit sekuat hati "VND20,000!!!!" dan marah2 dalam bahasanya yang tidak kami fahami. Aku terus melambai2 kepada pihak concierge hotel sebagai isyarat agar mereka nampak kami kerana bimbang perkara buruk terjadi. Suami terus menutup pintu teksi dan kami terus berlari tinggalkan pemandu teksi tersebut yang amat tidak puas hati kerana tidak berjaya menipu kami..Mujurlah pemandu tersebut tidak mengejar kami dan syukur Alhamdulillah kami tidak diapa2kan..

6. The Bogus Doctor Scam
Ini berlaku apabila ahli keluarga pelancong tersebut dihubungi oleh "bogus doctor" atau "staf hospital" yang memberitahu kononnya ahli keluarga yang melancong di luar negara tersebut ditimpa kemalangan dan memerlukan penghantaran wang untuk tujuan rawatan. Penipu ini akan menghubungi ahli keluarga tersebut melalui telefon, sms ataupun email dengan meminta maklumat akaun bank. Apabila perkara ini terjadi, pastikan anda menghubungi pihak kedutaan Malaysia di negara tersebut terlebih dahulu dan menghubungi sendiri pihak hospital tersebut. Berbincang dan bertanyalah terlebih dahulu kepada pihak berkenaan sebelum membuat apa2 transaksi untuk mengelakkan penipuan tersebut berlaku.

7. Bodyguard Scam
Seseorang yang memberitahu bahawa dia juga ingin ke tempat yang sama dengan anda. Tanpa anda sedari dia sebenarnya sedang mengekori anda daripada jauh. Apabila anda ingin beredar, dia akan datang kepada anda meminta wang yang kononnya untuk servisnya "menjaga" anda di tempat yang kononnya bahaya tersebut. Dia akan mengugut anda dan tanpa ada pilihan anda terpaksa membayarnya!

8. Hostess Scam
Berhati2 apabila anda ke kelab atau restoran mewah di mana seorang gadis akan menghampiri anda dan berbual2 sambil menemani anda minum. Apabila anda meminta bil, anda akan dibebani dengan bayaran tambahan iaitu bayaran gadis yang berbual dengan anda hanya untuk perbualan biasa!

Jadi sentiasalah berhati2 walau di manapun anda berada baik di negara sendiri mahupun di luar negara kerana penipu2 ini ada di mana2 dan mereka menjelma dalam pelbagai watak yang kadangkala kita sendiri tidak menyangkanya. Jangan jadikan percutian anda suatu mimpi ngeri hanya kerana terjebak dengan penipuan2 ini kerana anda bercuti untuk berehat dan berseronok bukan untuk berduka cita..

4 comments:

  1. bagus..terima kasih kerana berkongsi..satu info yang baik..

    ReplyDelete
  2. ouh,, thnx 4 the info..
    laen kali bleh la brjge2 plak kn?
    ssh nk dpt info cmni
    anyway,, thnx again..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kembali buat puan hanie yang sudi membaca..saya suka berkongsi bagi manfaat kita bersama..mudah2an mendapat keredhaan-Nya..

    ReplyDelete
  4. sama-sama miss nurul yang sudi singgah dan baca..moga2 beroleh manfaatnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...