Wednesday, March 30, 2011

Nostalgia : Sahabat Pena



Korang pernah dengar perkataan sahabat pena ataupun pen pal tak? 

Bagi yang pernah ada pengalaman berkawan dan berutus surat dengan pen pal ni mesti pernah dengar kan? 

Rasanya remaja sekarang dah tak pernah dengar perkataan sahabat pena ni. Yela, mereka sekarang berkawan melalui Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Friendster, Yahoo Messenger, BBM, MSN dan macam-macam lagi la. Semuanya di hujung jari je. Zaman aku sekolah menengah dulu internet belum meluas lagi digunakan. Email pun masa tu sangat asing bagi kami.

Sahabat pena ni merupakan cara berkenalan atau berkawan dengan kawan baru .Caranya adalah dengan berutus surat yang menggunakan kertas kajang, sampul surat dan setem. Pastinya kaedah tersebut tidak lagi relevan di zaman yang serba canggih dengan teknologi sekarang ni ..Zaman sekarang semua orang bercakap tentang Facebook dan Twitter. Malah berutus khabar lebih mudah dengan Email, SMS, MMS, Video Call dan sebagainya. Dengan adanya pula Blackberry semuanya sungguh begitu mudah!

Sungguh berbeza dengan apa yang kita lalui dulu. Dulu, kita terpaksa membeli kertas kajang dan sampul surat. Kemudian perlu pula ke pejabat pos dan beratur untuk membeli setem sebelum dimasukkan ke dalam peti pos. Dan kita pula terpaksa menunggu paling awal pun seminggu untuk surat tersebut sampai ke tangan penerima dan seminggu lagi untuk balasan surat tersebut diterima!

Aku ingat lagi kawan yang perkenalkan aku pada pen pal ni ialah kawan sekolah menengah aku NQ. Dia cerita kat aku yang dia hantar surat kat kawan-kawan dalam majalah Ujang dan Galaxie. So daripada situ dia pun ajarlah aku cuba hantar surat untuk berkawan. Hehe..Memang kelakar sebab bila surat kitorang dapat balasan, kitorang akan baca ramai-ramai dalam kelas. Part yang paling best bila orang tu hantar gambar. Macam-macam jenis orang dari pelbagai latar belakang jadi kawan kitorang..

Masa ni kelibat posmen lah yang paling ditunggu-tunggu setiap hari. Yang bestnya setiap kali posmen datang rumah, pasti ada je surat untuk aku. Aku paling suka waktu raya sebab antara adik beradik aku, aku yang paling banyak dapat kad raya. Hahaha.. Mana taknya, kebanyakannya daripada sahabat pena! Sampai pernah posmen tu tegur aku masa aku tunggu kad raya sampai dia cakap "Banyaknya kad raya untuk awak..glamour betul awak yer!". Aku senyum-senyum je.  Perasan la kunun. Huhuhu..Bayangkanlah berpuluh-puluh kad raya sampai dah tak tau nak gantung kat mana! hehehe..

Memang best nostalgia zaman sekolah dulu. Era sahabat pena ni reda sebaik sahaja aku dapat tawaran belajar di sekolah berasrama penuh. Masa ni aku hanya berutus surat dengan kawan baik aku dan kakak aku je. Kitorang akan bertukar-tukar cerita dalam surat yang pastinya berjela-jela! Semua sahabat pena aku tu terus aku tinggalkan tanpa khabar berita. hehehe.. Yela, masa tu kena fokus SPM la pulak kan..

Hmm..seronok sesekali dapat mengenang cerita zaman sekolah dulu..Semuanya tinggal kenangan dan menjadi nostalgia yang pastinya akan tersemat dalam lipatan memori...

2 comments:

  1. huhuhu..teringat dulu..aku pun ada jugak seorang sahabat pena..lelaki..tak pernah bertemu, cuma mengutus surat..aku masih ingat, dia pelajar uitm dungun pada waktu tu..tapi, selepas aku tidak membalas satu surat kiriman dari dia, sejak itu juga dia terus menyepikan diri..itupun seingat aku, selepas aku habis spm..pada tahun 2000..memang kenangan sungguh rasanya..sebab cara aku kenali dia hanyalah melalui akhbar..huhu..

    ReplyDelete
  2. huhu..tula kebanyakan sahabat pena ni kita jarang bertemu pun cuma berkenalan melalui surat..

    budak2 skrg je yg dah advance dgn pelbagai teknologi dan laman sosial yg ada..huhuhu..mesti sahabat pena ni dah asing bg dorg kan..

    klakar je aku rasa bile ingat2 balik..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...