Tuesday, March 8, 2011

Nostalgia : Buku Autograph



Assalamualaikum..

Korang ingat tak masa kita kecik-kecik dulu selepas tamat peperiksaan akhir tahun kita akan bertukar-tukar autograph dengan kawan-kawan untuk kita mahupun kawan kita tuliskan alamat dan pesanan sepatah dua kata. Aku masih teringat memori itu dan masih menyimpan semua buku autograph aku bermula daripada darjah Empat hinggalah sekolah menengah. Semua sekali bejumlah lima atau enam buah buku latihan sekolah.

Dulu, autograph menjadi popular berikutan tiada cara lain untuk berhubung dengan kawan-kawan melainkan melalui surat mahupun telefon. Dalam autograph tersebut akan ditulis nama, alamat, tarikh lahir, tempat lahir, nombor telefon rumah dan apa sahaja yang kita ingin kongsikan dengan kawan-kawan kita.

Baru-baru ni pula semasa mengemas majalah-majalah lama, aku sempat membelek buku-buku lama dan terjumpalah buku autograph yang aku masih simpan elok di rak buku. Bila aku membaca semula apa yang aku tulis dalam buku autograph tersebut memang aku tersenyum dan malu sendiri..

Pada buku autograph yang aku tulis ketika Darjah Empat di sekolah rendah, di dalamnya pada muka surat pertama aku tuliskan namaku, tarikh lahir, tempat lahir, makanan kegemaran, minuman kegemaran, kawan karib perempuan, kawan karib lelaki, kenangan pahit, kenangan manis dan cita-cita.

Lucunya, di segmen Minuman Kegemaran aku tuliskan JUS STOBERY. Sudahlah ejaan strawberi salah, entahkan ketika itu strawberi pun aku tak pernah rasa! Di segmen kawan karib lelaki aku tuliskan SECRET dan di segmen kenangan manis juga ku tuliskan SECRET. Apalah yang bermain dalam fikiranku ketika itu sehingga aku menulisnya "secret". Kalau iye pun secret, tidak payahlah menulisnya! Dan yang paling meninggalkan kesan padaku ialah di segmen cita-cita kutuliskan ARKITEK atau GURU. Cita-cita tersebut sangat berbeza dengan pekerjaanku ketika ini dan aku tidak pernah terfikir yang satu ketika dulu itulah cita-citaku.

Memang kelakar aku rasakan. Mungkin apa yang ada dalam fikiran kanak-kanak seusia itu banyak dipengaruhi oleh televisyen dan kawan-kawannya. Kita dewasa dengan pengalaman dan pembelajaran. 

Semakin kita meningkat usia semakin matang kita mengharungi hidup. Sudah pastilah apa yang kita tuliskan 20 tahun yang lalu mungkin tidak lagi relevan dengan apa yang kita kecapi dan nikmati hari ini. Tetapi ia mengajar kita betapa naifnya seorang kanak-kanak seusia itu. Aku berhasrat menyimpannya sebagai kenangan waktu kecil yang akan dikenang di masa hadapan.

Kata-kata dibawah merupakan coretan pesanan daripada abah di buku autograph yang dihadiahkan abah dan mama pada hari lahir aku yang ke 14 tahun:

"Anakku,
Sesungguhnya permata hati yang ku sanjungi setiap warisan adalah pewaris hidup ini.
Dalam keringat pahit dan getir ku tabahkan pengorbanan yang belum berakhir.
Hanya padamu anakku, rasalah dengan keinsafan. Semoga engkau dilindungi keaiban, jagalah diri dalam era kedewasaan, pengertian di dalam ketaqwaan, moga kesampaian..."

2 comments:

  1. zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan memang disulami dengan pelbagai kenangan manis..dan antaranya pastilah buku autograf ini..biasanya ia diberikan oleh rakan-rakan kepada rakan-rakan yang lain pd hujung tahun akhir persekolahan di era peralihan..maksudnya, apabila kita bakal berpisah dengan kawan-kawan, semasa darjah enam untuk memasuki sekolah menengah, atau
    selepas spm untuk memasuki ke universiti..

    aku masih ingat seorang sahabat aku pada darjah enam telah memberikan aku autografnya untuk ditulis sebagai kenang-kenangan dan bertukar-tukar alamat dan pesanan..aku telah mengotori buku autografnya dengan cara menulis di dua helaian berbeza di sudut autografnya itu..satunya memang aku yang tulis..satu helaian lagi, aku telah menulis kononnya bagi pihak org lain sebagai cara penyamaran..

    malangnya, penyamaran aku telah dapat dikesan oleh kawan aku tu..dia sangat marah dan tidak lagi membenarkan aku menulis dalam autografnya..dia bukan ada satu ajer autograf tapi banyak..huhuhu..

    aku masih ingat nama kawan aku tu, siti khadijah..rambutnya kerinting kembang macam sarang tebuan..hahaha..

    kemudian, antara kenangan lain ialah apabila aku membaca kembali autograf yang telah aku tulis dalam buku autograf milik adikku di zaman persekolahan..aku telah menulis cita-citaku sebagai teeth doctor..itupun sebenarnya dentists..tp disebabkan pada masa tu, ramai yang menunggu giliran utk menulis autograf tersebut dan aku pulak terlupa istilah sebenar doktor gigi dalam bahas inggeris, maka aku menulisnya begitu..bila aku baca kembali, memang sangat kelakar dan lucu..serasakan aku amat bodoh dan lurus pada ketika itu..hahaha..itulah lagkanya, konon2 nak menulis bahasa inggeris, sudahnya salah langsung..haha..

    ReplyDelete
  2. seronok baca komen puan hanie yang panjang lebar..yela, rasanya kita zaman skolah dlu hampir setiap org ada buku autograph..itulah jadi rujukan utk kita berhubung dgn kawan2 pada masa tu..

    yg seronok baca kalo kawan kite tu jenis yg kreatif mcm2 dia decorate buku autograph kita tu..

    zaman skrg budak2 pun tak pernah tgk buku autograph ni sbb dh tak wujud dh agaknya kan..huhuhu..

    thanks puan hanie yang sudi berkongsi cerita..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...