Sunday, March 20, 2011

Masak-Masak : Mee Udang

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua, hari ni kita belajar masak mee udang pulak k..

Bahan-bahannya (untuk 4 orang):

500g Udang Besar
2-3 ulas Bawang Putih-dikisar
5 ulas Bawang Merah-dikisar
15-20 tangkai Cili kering-dikisar
2 sudu besar Sos Tomato
3 sudu besar Rempah Kari
2-3 biji Kentang- direbus dan dikisar halus (untuk memekatkan kuah)
Garam secukup rasa
Sedikit kiub ayam/ikan bilis
1 paket Mee kuning
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Cara buat kuah:

1. Udang dibersihkan dan dibuang misainya-ketepikan
2. Letakkan sedikit minyak ke dalam periuk
3.
Tumis bawang putih dan bawang merah
4. Bila sudah kuning masukan cili kering yang telah dikisar
5. Masukkan sos tomato dan rempah kari
6. Tumis hingga naik bau
7. Masukan sedikit air.
8. Masukkan kentang yang telah dikisar untuk memekatkan kuah
9. Masukkan garam dan kiub ayam/ikan bilis
10. Masukkan kubis panjang/chinese cabbage
11. Akhir sekali masukkan udang yang telah dibersihkan
12. Rasa dan tutup api.

Untuk menghidang;

1. Mee kuning dicelur
2. Letakkan sedikit mee ke dalam mangkuk
3. Tuangkan kuah dan udang di atas mee
4. Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng
5. Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...