Tuesday, February 8, 2011

Vietnam : Indo China Yang Unik dan Memukau

Rasanya baru sangat melawat Hanoi tapi bila belek-belek passport rupanya sudahpun 2 tahun  berlalu..Jadi, kesempatan melawat ke Ho Chi Minh City akhir Januari lepas memang sangat dinanti-nantikan..Hanoi merupakan ibu negara Vietnam yang terletak di bahagian utara Vietnam manakala Ho Chi Minh City pula terletak di bahagian selatan dan merupakan bandar yang paling luas di Vietnam. Ho Chi Minh City yang dahulunya dikenali sebagai Saigon mempunyai penduduk yang paling ramai di Vietnam..

Ho Chi Minh City merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bandar ini tidak pernah sunyi dengan kenderaan yang bertali arus dan peniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan siang dan malam. Kebetulan semasa kunjungan kami, orang-orang di sini sedang membuat persiapan menyambut perayaan Tet atau kalau di Malaysia dipanggil Chinese New Year. Memang sangat happening kerana Tet merupakan perayaan terbesar bagi masyarakat di sini..

1. Ben Thanh Market

Ben Thanh Market adalah sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis keperluan daripada makanan, buah-buahan, sayur-sayuran hinggalah kepada pakaian, beg, aksesori wanita dan sebagainya. Pasar ini disusun mengikut kategori barangan di mana bahagian depan adalah barangan kering dan bahagian belakang diletakkan peniaga yang menjual barangan basah. Uniknya mengenai pasar ni adalah disebabkan bila peniaga-peniaga tersebut ternampak rakyat Malaysia terutamanya yang memakai tudung pasti mereka akan terjerit-jerit memanggil;
"kak singgah kak, murah2 xde mahal" seorang lagi kawannya akan memegang lengan kita memujuk untuk membelinya;
"kakak, abang..singgah sini. telekung ada, baju ada, baju kurung ada boleh siap satu hari kakak, singgah2 kakak..kakak cari apa kakak.." 
biasanya aku hanya senyum dan menggeleng lalu berlalu sahaja..Kalau ada yang berkenan kami akan singgah dan berlakulah sedikit tawar menawar..
Begitulah uniknya pasar Ben Thanh ni..bukan senang di luar negara kita nak dengar rakyat negara tersebut berbahasa melayu.. seingat aku yang aku pernah dengar peniaga berbahasa melayu hanya di Mekah, Madinah, Dubai, dan Ho Chi Minh City ini sahaja. Mungkin di tempat-tempat ini memang ramai rakyat Malaysia yang mengunjunginya..Terasa seperti berjalan-jalan di Malaysia sahaja!

2. Cyclo

Cyclo ni adalah sebuah beca seperti yang terdapat di Melaka dan Penang. Uniknya Cyclo ini kerana penumpangnya akan duduk di bahagian hadapan manakala pemandunya akan mengayuh di bahagian belakang. Apabila mereka melihat rakyat Malaysia mereka pasti akan memanggil;
"Malaysia! Mari2 VND15,000 sahaja!
"Mau pergi mana, Hong Kong Market?"
Menaiki cyclo ini tidaklah seronok sangat berikutan cuaca yang panas dan berhabuk di Ho Chi Minh City. Jalanrayanya penuh dengan motosikal yang bertali arus. Tambahan pula kadang2 bayaran yang dikenakan tidak sama dengan harga yang dirunding terlebih dahulu. Jadi awaslah bagi yang ingin mencuba kerana harga yang dibayar mungkin lebih mahal sehingga beratus ribu dong ditambah pula dengan masalah bahasa bagai ayam bercakap dengan itik! Memang akan timbul salah faham..

3. Vietnam Silk

Uniknya Vietnam ini kerana suteranya merupakan antara yang terbaik di dunia. Seni buatannya halus dan masih menggunakan cara lama bagi menghasilkan sutera. Kunjungan ke Hanoi 2 tahun lepas kami sempat ke Perkampungan Sutera Van Phuc Ha Dong bagi menyaksikan pembuatan sutera daripada ulat sutera hinggalah menjadi kain sutera yang halus dan cantik. Kalau ke Hanoi korang boleh terus membelinya daripada perkampungan sutera, takpun boleh juga beli di Hang Gai Street. Kalau di Ho Chi Minh City, ianya banyak dijual di Ben Thanh Market. Bagi yang berkunjung ke Vietnam jangan lupa belilah 2-3 pasang untuk di bawa pulang!

4. Notre Dame Cathderal

Bukan di Paris sahaja yang ada Notre Dame tapi di Ho Chi Minh City, Vietnam juga ada gereja yang sama seperti yang terdapat di Paris. Reka bentuknya hampir sama disebabkan Vietnam pada masa dulu pernah dijajah oleh pihak Perancis. Terdapat banyak lagi peninggalan Perancis di Vietnam selain gereja ini.


5. Opera House

Opera House ni terletak di Dong Khoi Street. Dong Khoi Street ni adalah jalan yang terletaknya butik-butik yang terkenal seperti Louis Vuitton, Omega dan sebagainya. Landmark yang paling mudah ialah kalau daripada Ben Thanh Market korang berjalan ke sebelah kiri dan cuba dongakkan kepala dan cari Hotel Sheraton. So berjalanlah ke arah Hotel Sheraton tersebut sebab hotel tersebut terletak di jalan yang sama. Opera House ni bersebelahan sahaja dengan hotel tersebut. Bila dah sampai area sini bolehlah melawat sekali Masjid yang terletak di Dong Du Street bersebelahan Hotel Sheraton ini juga. Korang bolehlah pilih untuk makan tengahari di beberapa restoran halal yang terdapat di sini.

6. Chu Chi Tunnel




Tempat ni terletak lebih kurang 70km daripada bandar Ho Chi Minh dan perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit. Kami ke sana menggunakan perkhidmatan syarikat TNK Travel yang terletak di De Tham Street, District 1 dan hanya perlu membayar usd7 seorang. Harga tersebut hanyalah untuk pengangkutan pergi dan balik. Harga tiket masuk ke Chu Chi Tunnel pula VND80,000 seorang iaitu lebih kurang us4 seorang. Jadi harga keseluruhannya adalah usd11 seorang termasuk tiket, pengangkutan bas ekspress pergi dan balik serta sedikit jamuan ubi kayu rebus dan teh hijau di sana. Sangat2 berbaloi!

Tempat ni merupakan tempat di mana rakyat Vietnam bertempur dengan askar Amerika yang menyaksikan kemenangan di pihak Vietnam. Di sini korang berpeluang melihat laluan bawah tanah yang dibina sendiri oleh rakyat Vietnam dan dikenali sebagai "tunnel rat" sepanjang 200km! Mereka hidup, makan, memasak, tidur dan bertempur di bawah tanah sepanjang tempoh peperangan. Korang juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa jenis perangkap atau "trap" yang dorang buat untuk mengalahkan musuh. Dan korang juga berpeluang melalui sendiri laluan bawah tanah tersebut yang sangat sempit hinggakan korang terpaksa merangkak dan meraba2 dalam keadaan gelap tanpa cahaya di bawah sana!

Selain itu, korang boleh juga mencuba senapang M16 ataupun AK47 dan perlu membayar usd200,000 untuk minima 10 butir peluru. Tidak perlu latihan, tidak perlu lesen kepada sesiapa yang berani mencuba, korang berkesempatan mencubanya sendiri di sini! Sudah tentulah dibawah seliaan ketat pegawainya yang terlatih.

Pengalaman di Chu Chi Tunnel sangat-sangat menyeronokkan! Dalam masa yang sama aku dan suami sentiasa beringat-ingat dan banyak berdoa kerana di tempat inilah beratus ribu nyawa telah menjadi korban..

7. Vietnamesse Coffee

Kat sini ada pelbagai jenis coffee yang dijual sebab orang-orang vietnam ni suka minum black coffee. Kalo berjalan2 korang boleh tengok pemandu bas atau teksi "tapau" black coffee ni dengan cawan dan diminumnya sambil memandu..
Ada macam2 brand : Highlands Coffee, Vina Coffee, Dragon Coffee.. Dan ada Mocca, Cappucino, Espresso, Vanilla dsb. Rasa vietnamesse coffee pun sedap, pekat dan ada umppphhh! hehehe..

8. Buah-buahan


Di Vietnam terdapat pelbagai jenis buah2an seperti juga di Malaysia. Ada beberapa buah yang ada terdapat di Malaysia seperti nangka, limau bali, dragon fruit, durian, manggis, longan, jambu air dan mangga. Ada juga buah2an yang agak sukar didapati di Malaysia seperti Nona, Markisa dan Passion Fruit. Buah2an ini banyak dijual di belakang pasar Ben Thant ataupun di Night Market. Kalau berkesempatan korang cubalah beberapa buah2an di sini. Paling penting jangan lupa cubalah air kelapa di sini. Rasanya memang sedap!

9. Motosikal yang bertali arus

Uniknya Vitenam ini kerana motosikalnya mengusainya hampir 85% jalan. Kenderaan lain seperti teksi, bas dan mpv juga ada tetapi kenderaan persendirian amat jarang dapat dilihat . Walaupun motosikal dan kenderaannya bertali arus tapi tidak pula "jammed" mahupun berlaku kemalangan ngeri seperti di Malaysia.

Bagi pejalan kaki seperti kami, untuk melintas jalan di Vietnam ni ada beberapa tips. Pertama apabila korang hendak melintas perlulah tunggu volume kenderaan terutamanya motosikal berkurangan terlebih dahulu. Kedua, apabila sudah berkurangan, korang melintas sambil mengikut arusnya. Ketiga, jangan teragak2 untuk melintas kerana kenderaan terutamanya motosikal akan adjust speed mereka apabila melihat anda melintas jalan. Dan keempat, jangan sesekali mengundur kembali kerana kenderaan akan sukar adjust speed mereka untuk mengelakkan anda. Dan kelima, apabila sudah berada di tengah2 jalan ikutlah laluan arus hingga selamat melintas jalan. Cubalah tips ini anda pasti berjaya melintas jalan dengan selamat walaupun di jalan paling sibuk di Ho Chi Minh City iaitu di bulatan depan Ben Thanh Market!

10. Vietnamesse Cuisine

Kesempatan berkunjung ke Vietnam kami tidak melepaskan peluang mencuba beberapa jenis masakan Vietnam. Pho atau Vietnam Beef Noodles yang paling sedap rasanya di Kedai Shamsuddin. Di Kedai ini juga kami mencuba satey ayam yang lain rasanya berbanding yang terdapat di Malaysia. Rasanya lebih enak dan lembut. Fish with Pineapple Vietnamesse Style dan Fish Sweet Sour Style kami cuba di VN Halal Restaurant. Resepinya authentic daripada Vitenam. Rasanya memang teringat2! Cubalah sendiri..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...