Sunday, February 6, 2011

Nostalgia : Filem Hantu Paling Seram di Malaysia


Sekarang ni di Malaysia musim filem-filem seram..macam-macam tajuk ada..Yang sebelum ni ada filem Santau, Pontianak Harum Sundal Malam, Jangan Pandang Belakang, Congkak.. Sekarang ni pulak keluar cerita Khurafat. Nanti-nanti pulak nak keluar cerita Karak..Fuhh, macam-macam cerita seram sekarang ni kan..Tapi rasanya filem-filem seram yang 'dodulu' jugak yang membekas di hati..sampai sekarang pun mesti teringat-ingat cerita-cerita ni kalau sembang dengan kawan-kawan takpun bila sembang dengan kakak-kakak..huhuhu...

1. Misteri Rumah Tua
Cerita ni kalau tak silap mengenai sekumpulan pelajar yang masuk hutan takpun tengah mengembara ke dan kemudiannya terjumpa sebuah rumah banglo tinggal. Hantunya ialah lakonan Noor Kumalasari. Part yang rasanya paling seram ialah bila hantu tu bertukar daripada patung kepada hantu masa tengah hujan..Satu lagi part yang best masa hantu pusing-pusingkan kepala 360 darjah dan kepalanya melayang-layang..fuyoo..dahsyat betul seramnya..Rasa macam nak tengok lagi je cerita ni..Tapi kat mana nak cari ek..Sesapa yang still ada koleksi video nya bolehla share..

2. Rahsia
Yang ni pulak cerita tentang anak patung yang dibawa balik oleh seorang ayah ..walaupun dah dibuang ke laut pun still ikut balik ke rumah..Rasanya baru-baru ni pernah nampak cerita ni ditayangkan semula di astro kalau tak silap..

3. Perjanjian Syaitan
Cerita ni ialah filem seram lakonan Azean Irdawati..Tapi dah tak berapa ingat sangat jalan ceritanya..

Yang lain-lain pulak ada cerita Main-Main Hantu..Satu lagi cerita PontiAnak..Kalau di Indonesia masa tu popular dengan filem Sundel Bolong Malam Satu Sore lakonan Suzana yang jadi hantu..
Wahh..nostalgia betul kalau teringat cerita zaman dodulu ni..korang pulak apa filem hantu yang korang rasa paling seram? kongsi-kongsi lah di sini..

2 comments:

  1. salam..
    erm, antara cerita seram yang best dan teringin nak tengok lagi ialah perawan malam, lakonan ziela jalil..best jugak citer tu..tp, x berapa ingat jalan ceritanya..huhuhu..
    tp citer sundel bolong tu memang seram, tragis, sedih laa..

    ReplyDelete
  2. Filem tu memang seram..rasanya tu cinta hantu yang kena paku masa mandi kat sungai tu kan..huhuhu..lama betul xtgk citer tu kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...