Saturday, February 19, 2011

Masak-Masak : Kuih Temosa


Wahh..ni mesti ada yang tak pernah dengar nama kuih ni kan..Kuih ni glamor kat pantai timur je. Bentuknya macam karipap tapi intinya kelapa dan ikan..Rasanya marvellous! hehehe..Duk kat KL ni susah betul nak cari kuih ni..So disebabkan teringin sangat nak makan kuih ni, aku pun godek2 le internet mintak tolong uncle google. Hahaha..berpandukan resepi yang ada berserta beberapa percubaan berjaya jugak lah kuih yang namanya temosa ni berhasil..

So aku share kan di sini untuk korang lak mencubanya kalau korang rajin le..hahaha..Aritu aku dah try buat.. siap aku jamu kakak, adik, mama dan abah aku suruh dorang cuba tapi dorang tak caya aku yang buat..Hadoii..penat je aku menguli tepung..Huhuhu..

Bahan A (Doh)
3/4 kg- 1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam
air secukupnya
acuan karipap

Cara-caranya:
1. Gaul tepung dengan garam.
2. Curahkan minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam tepung dan gaul rata menggunakan sudu.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
4. Biarkan sebentar selama 1 jam untuk doh sebati dan lembut.

Bahan B (Inti)

6 ekor Ikan kembung/sardin/selayang saiz sederhana
1/2 kotak santan (boleh tambah air kalau pekat)
5 ulas bawang merah di tumbuk/dicincang
Sedikit halia ditumbuk lumat
Sesudu besar halba
2 batang serai ditumbuk lumat
Sedikit garam

Cara-caranya

  1. Rebus ikan dan ambil isinya sahaja.
  2. Blend isi ikan dengan santan hingga halus. Masak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Setelah santan sedikit kering, masukkan bawang, halia, halba, serai dan garam.
  4. Masak inti tersebut hingga kering.
  5. Kemudian, ambil sedikit doh dan nipiskan doh dgn mencanai di antara lapisan plastik yang ditabur sedikit tepung gandum.
  6. Bila doh sudah nipis, letak diatas acuan karipap dan masukkan sedikit inti
  7. Kepit doh tersebut menggunakan acuan tersebut kemas-kemas dan buangkan lebihan dohnya.
  8. Ulang hingga habis doh dan intinya.
  9. Kemudian, goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan. 
  10. Untuk mengulangi gorengan dan mengelakkan temosa menjadi menggerutu, tutup api terlebih dahulu. 
  11. Tunggu hingga minyak sejuk sedikit dan panaskan kembali kuali tersebut. Kemudian baru ulangi gorengan tersebut. Proses ini agak lambat dan leceh tetapi ia menjamin temosa anda tidak menggerutu dan nampak cantik bila dimakan!
  12. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...