Monday, March 28, 2011

Best Things About London

London merupakan salah sebuah destinasi percutian paling popular di dunia selain Paris, France dan Rome, Italy. London juga merupakan destinasi percutian impian aku sejak aku kecik lagi sebab aku pernah berangan-angan nak sambung belajar di sini. Hehehe.. Alhamdulillah peluang berjalan-jalan di London sememangnya tidak dapat aku lupakan. Kenangan manis aku bersama suami semasa melawat kota London aku kongsikan di sini untuk tatapan sahabat semua..

London Tower Bridge


"London Bridge is falling down..falling down..falling down..
London Bridge is falling down my fair lady.."
Aku suka betul menyanyi lagu ni..hehehe..kan ni lagu budak-budak kan..So, bila sampai London Bridge pun aku nyanyi-nyanyi lagi lagu ni. Macam kanak-kanak je..huhuhu..
Setiap negara ada landmark tersendiri. Macam di Malaysia kita ada Petronas Twin Tower. Di London ni pulak landmarknya ialah London Bridge yang merentasi River Thames yang terletak bersebelahan je dengan Tower of London. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak tau bila dah sampai sini!

Tower of London 
Tower of London

Yeoman Warder
Tempat ni ialah tempat yang wajib pergi kalau dah sampai London. Nak masuk tempat ni kena beli tiket dulu. Tempat ni merupakan sebuah kompleks yang terdapat beberapa bangunan termasuk istana dan juga pernah digunakan sebagai penjara untuk keluarga diraja dan para bangsawan di zaman pemerintahan raja-raja England dulu. Di sini korang berpeluang menyaksikan Bowyer Tower, Traitors Gate dan White Tower yang menempatkan kawasan penempatan banduan, tempat menjatuhkan hukuman dan sebagainya. Selain itu, kat sini korang juga berpeluang mendengar cerita daripada Yeoman Warder yang ditugaskan menjaga Tower of London ni untuk sekian lama. Dan yang paling eksklusif di sini korang berpeluang menyaksikan Crown Jewel of United Kingdom. Kalo korang nak tau kat tempat ni la juga Anne Boleyn dijatuhkan hukuman dalam cerita The Other Boleyn Girl tu..

Oxford Street

Oxford Street ni sama macam Star Hill la kalau di Malaysia. Macam-macam shopping complex ada di sini termasuklah Primax, John Lewis, Debenham, Mark & Spencer dan sebagainya. Kalau korang suka shopping perfume, handbag, chocolates, clothes, DVD dan sebagainya sepanjang-panjang jalan ni pasti ada kedai yang memenuhi selera dan bajet korang..

Hyde Park, Speakers Corner
Marble Arch at Hyde Park
 Hyde Park ni merupakan taman yang paling luas di London. Kat Hyde Park ni kalau korang dapat berjalan satu taman ni baru puas hati. Penat berjalan luas pemandangan.. hehehe.. Memang cantik tamannya terutamanya pada musim luruh dan musim bunga. Pelbagai jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang korang akan jumpa. Kat taman ni juga ada Speakers Corner tempat untuk sesiapa sahaja memberi ucapan atau syarahan dan Marble Arch sama seperti Arc De Triomphe di Paris.

Kensington Garden

Kensington Garden

Squirrel at Kensington Garden

Kensington Palace
Kensington Garden ni pada asalnya merupakan sebahagian daripada Hyde Park tetapi kemudiannya dipisahkan menjadi Kensington Garden. Tempat ni terletaknya Kensington Palace yang pernah didiami oleh Puteri Diana. Terletak dibahagian barat Hyde Park, disini korang berpeluang menyaksikan Princess Diana Memorial Park, tempat dimana setiap tahun rakyat daripada seluruh pelusuk dunia akan berkumpul di sini mengingati kematian puteri kesayangan ramai ini. Di sini juga terdapat beberapa lagi tempat menarik yang boleh dilawati seperti Peter Pan Statue, Italian Garden Fountains, Serpentine Bridge dan Albert Memorial.  Taman di sini juga amat cantik kerana dikelilingi oleh tasik dimana boleh dilihat itik dan angsa berenang-renang sambil mencari ikan. Pemandangan yang sungguh mendamaikan! Paling best sebab tupainya sangat jinak dan berani datang mengambil makanan daripada tangan kita. Memang sangat seronok!

Royal Albert Hall 
Royal Albert Hall
Royal Albert Hall merupakan sebuah dewan yang menjadi tempat konsert atau persembahan artis-artis ternama di seluruh dunia. Ia merupakan salah satu bangunan yang paling unik yang terkenal di seluruh dunia. Masa kami ke sini pun memang saja nak tengok tempat yang pada satu ketika dulu artis Malaysia pernah buat persembahan di sini termasuklah kumpulan nasyid terkenal Raihan.

Natural History Museum
Rangka Dinasour di Natural History Museum London

Rasanya tempat ni aku nak pergi sebab aku nak tengok rangka dinasour yang macam dalam cerita Night at Museum kot. hehehe.. Memang rangka tu besar betul. Yerla, dinasour memanglah besar ye tak. Masuk muzium ni percuma je. Jadi  pada sesiapa yang berpeluang ke London tu jangan lupa datang tempat ni sebab banyak sangat perkara sejarah yang boleh kita pelajari di sini..

Eye on London
Eye on London
Eye on London pun salah satu tempat yang mesti pergi bila sampai London. Tapi kena bayar tiket la. Mahal gak rasanya. Kami tak berkesempatan pun naik Eye on London sebab macam gayat je..hehehe..

Big Ben, The Parliament
 Big Ben and The Parliament
Big Ben merujuk kepada menara jam yang terletak berhampiran dengan bangunan Parlimen di London yang sudah berusia lebih 150 tahun dan merupakan menara jam yang ketiga tertinggi di dunia. Lawatan ke dalam Bangunan Parlimen dan Big Ben ada juga disediakan untuk sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang sejarahnya di sini.


The Westminster Abbey

The Westminster Abbey (front)

The Westminster Abbey (side)
Bangunan ni merupakan sebuah gereja yang agak gothic yang terletak bersebelahan dengan Parlimen dan Big Ben di London. Tempat ni secara tradisinya menjadi tempat pertabalan raja mahupun pemakaman English Monarchs. Kami tak masuk pun ke dalamnya cuma ambil gambar daripada luar je sebab macam serem-serem sahaja..hehehe..

St James Park
St James Park

St James Park : Autumn
St James Park : Autumn
St James Park juga merupakan salah satu taman di raja di London. Terletak di bahagian hadapan sebelah kanan Buckingham Palace, tempat ini sangat cantik dan mendamaikan terutamanya ketika musim luruh. Hampir kesemua bahagian taman diliputi daun-daun kering yang berguguran mencetuskan suasana yang amat romantis. hehehe..Di taman ini juga korang berpeluang menyaksikan haiwan seperti itik, tupai, angsa, dan burung-burung yang berterbangan riang di angkasa. Sungguh mengasyikkan..

Buckingham Palace 
Buckingham Palace
Buckingham Palace merupakan istana yang didiami oleh keluarga diraja Britain dan juga merupakan tempat tinggal tetamu di raja. State rooms yang digunakan untuk urusan rasmi bagi meraikan tetamu diraja dibuka kepada orang awam yang ingin melihat kawasan istana ini pada bulan Ogos dan September setiap tahun semasa cuti musim panas.

Changing of Guards
Changing of Guards
Changing of Guards ni pulak merupakan salah satu upacara atau ceremony yang paling popular di kalangan pelancong yang datang melawat London. Ia diadakan setiap dua hari sekali pada jam 11.30 pagi. Korang yang nak tengok ceremony ni dinasihatkan datang awal untuk mengambil tempat yang sesuai untuk merakam upacara tersebut.

National Galleries
National Gallery 
National Gallery merupakan sebuah muzium yang menempatkan beribu lukisan yang sudah berusia ratusan tahun. Disebabkan banyak tempat di London yang semuanya kena bayar jadi melawat ke tempat ini adalah sangat berbaloi kerana masuk adalah percuma..huhu..Di sini korang berpeluang menyaksikan koleksi karya terkenal seperti Leonardo Da Vinci, Peter Paul Rubens, Michelangelo, Vincent van Gogh dan Raphael. Macam kita yang tak berapa nak faham art ni sekadar tengok jela..huhuhu...

Trafalgar Square
Trafalgar Square
Ia merupakan sebuah dataran yang terletak di tengah kota London yang sangat popular di kalangan pelancong. Ia dikenali sebagai "one of the famous square in the world". Trafalgar Square ini terletak berhadapan dengan National Galleries dan dikelilingi patung singa di keempat-empat penjuru datarannya. Ia juga menjadi tumpuan bagi parti politik melakukan demonstrasi dan protes dan juga bagi tujuan sambutan perayaan.

Madame Tussauds

The Beatles at Madame Tussauds London


Julia Roberts at Madame Tussauds London


Kalo nak tau tempat ni adalah antara tempat yang aku paling tak sabar-sabar nak jejak bila sampai London. Walaupun harga tiketnya agak mahal tapi aku sanggup je keluarkan duit sendiri dan belanja husband aku sebab nak tengok patung Julia Roberts punya pasal..hahaha..Teruk betul kan..Untuk korang yang 'fanatik' nak tengok figure sebenar celebrity kesukaan korang bolehla datang ke sini..Boleh dikatakan semua celebrity terkenal ada di sini..

Traditional Fish and Chips
Diana Traditional Fish and Chips

Traditional Fish & Chips
Dah penat berjalan-jalan di kota London apakata reward diri korang dengan hidangan fish and chips. Kami berpeluang merasai tradisional fish & chip ni di kawasan Whitechapel London dan singgah di kedai Diana Traditional Fish & Chip. Layanan yang diterima di kedai ini sangat mesra seolah-olah semua pelanggannya adalah kawan mereka. Harganya berbaloi. Rasanya sangat sedap dan tidak keterlaluan jika dikatakan ini adalah hidangan fish & chips yang terbaik pernah kami nikmati!

2 comments:

  1. waaa..bestnyer jalan-jalan kat london..yang paling tak menahan ialah tengok gambar fish and chip tuh..besar-besar kentangnya..mengingatkan aku pada nandos..nyum nyum..huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. huhu memang sedap kentangnya besar2 n tak masin pun sbb dorg pakai kentang yg segar bkn yg sejuk beku tu..huhuhu..
    syedappppp!!

    p/s : saje letak gambar makanan bile jalan2 mana tau kot jadi 'pemanggil' nak g lagi..hahahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...