Friday, February 25, 2011

Tazkirah Jumaat : Berkorban Demi Cinta



Assalamualaikum..
Sempena hari jumaat yang mulia ini, aku nak share lagu yang syahdu daripada Hijjaz ini yang bertajuk Berkorban Demi Cinta..Mendengarkan lagu ini berjaya membuatkan mataku berkaca..Liriknya sungguh menginsafkan..Mudah-mudahan kita semua beroleh cinta Allah s.w.t..Amin..

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini..

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu..

Biarpun bersama kekurangan..
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga…
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan
Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat amat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya...

Wednesday, February 23, 2011

The Zahir- Paulo Coelho

Salam
Novel ni dah lama dah aku baca dalam tahun 2008 lagi and aku tulis kat sini sebab nak share quotes yang aku suka daripada novel ni tentang cinta dan kehidupan..

We humans have two great problems : The first is knowing when to begin, the second is knowing when to stop.

Writing is one of the most solitary activities in the world. It is like a boat called the word and set out for the nearest island. On the way, the writer will meet strong currents, winds and storms, but it keep rowing, exhausted knowing that he have drifted away from the chosen course. The island he was trying to reach is no longer in the horizon.

Love was something that grew until it reached a certain size and from there on, it was just a matter of keeping it alive, like a plant, watering it now and again and removing any dead leaves.

Love was also a synonym for tenderness, security, prestige, comfort, success.

Love could be translated into smiles, into words like "I Love You" or "I feel so happy when you come home".

The taste of things recovered is the sweetest honey we will ever know.

Love has spoken to me "I am everything and I am nothing. I am the wind and cannot enter windows and doors that are shut. You will continue to breathe, you will know a small part of me, but I am not a part, I am everything, and you will never know that".

Age only slow down those who never had the courage to walk at their on pace.

We are an artist of life. We cannot painting with hammer or a sculpture with a paintbrush.

Love is a disease no one wants to get rid of. Those who catch it never try to get better, and those who suffer do not wish to be cured.

Suffering occurs when we want other people to love us in the way we imagine we want to be loved, and not in the way that love should manifest itself, free and untrammeled, guiding us with its force and driving us on.
 
Our true friends are those who are with us when the good things happen. They cheer us on and are pleased by our triumphs. False friends only appear at difficult times, with their sad, supportive faces, when, in fact, our suffering is serving to console them for their miserable lives.

Monday, February 21, 2011

Nostalgia : Permainan Rakyat

Sesekali kita bercerita tentang nostalgia ini seronok jugak kan..Sesuatu yang kalau kita teringat mesti senyum sorang-sorang je..Permainan budak-budak perempuan zaman sekolah rendah dulu bukan setakat main masak-masak, doktor-doktor tapi pelbagai lagi yang rasanya mungkin budak-budak zaman sekarang dah takde dah pengalaman macam tu..Ada juga yang main patung kertas yang boleh tukar-tukar baju tu..

Mengikut cerita suami pulak, permainan mereka semasa kecil ialah permainan gasing, layang-layang dan baling guli. Tak banyak beza dengan permainan budak perempuan cuma permainan budak lelaki lebih kepada menunjukkan kepandaian dan kreativiti masing-masing..Siapa gasingnya paling bertahan dialah yang menang. Jadi gasing tersebut mesti dibuat sendiri mengikut kepandaian akal fikiran dan kreativiti masing-masing.

Yang lagi ganas sikit main panjat pokok, lastik, tangkap ikan, main kebun-kebun, main kat longkang, sungai, paya..hmm..dahsyat betul kan tapi itulah kenangan..teringat lak lagu Those Were The Days..

Kami yang membesar di pantai timur pulak ada permainan yang kena ikut musim dan cuaca..kalau dah sampai musim tengkujuh dalam bulan Disember dan Januari permainan kami hanya sekitar kawasan rumah..Kebetulan musim cuti sekolah kami akan berkumpul di tepi tangga dan decide nak main apa hari tu..Dan permainan yang hangat waktu musim tengkujuh ialah Batu Seremban dan Congkak Kadang-kadang kami akan bermain Saydina yang permainannya masih wujud hingga ke hari ini.

Yang menariknya permainan dulu kita akan bermain dengan kawan-kawan dan ini menambahkan lagi ikatan persahabatan sambil bertukar-tukar cerita. Tak kira lelaki atau perempuan akan sama-sama berkumpul dan pilih nak main permainan apa. Yang kelakarnya masa tu takde pun nak malu-malu pun kan..hehehe..Berbeza dengan game sekarang, budak-budak takde perlu ajak kawan-kawan..Dorang hanya perlu bermain seorang diri kerana segalanya hanya dihujung jari!

Terdapat beberapa lagi permainan yang di luar musim tengkujuh di mana mungkin sesetengah kita tak berkesempatan mencuba permainan ini ataupun nama permainan yang mungkin berbeza bagi sesetengah negeri..

1. Galah Panjang
Permainan ini biasanya kami akan gunakan court badminton sebagai tapak takpun kami akan bermainnya di padang. Ia dibahagi kepada dua kumpulan dimana kumpulan A perlu bertahan dan menyekat kumpulan B yang menyerang daripada mara ke hadapan. Kekalahan atau kemenangan sesebuah kumpulan bergantung kepada sekiranya terdapat anak buah kumpulan yang menyerang yang dicuit oleh kumpulan bertahan.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

2. Rounders
Permainan ini pula tidak banyak beza dengan permainan baseball kerana corak permainan yang hampir sama. Ia dipanggil rounders mungkin kerana kayu pemukul yang digunakan berbentuk bulat dihujung dan bola yang digunakan untuk dipukul dan ditangkap ialah bola tenis yang berwarna hijau.

3. Hoping
Permainan ini juga dimainkan dalam dua kumpulan di mana setiap orang perlu menangkap seberapa ramai anak kumpulan musuh yang berlari-lari dalam sebuah kawasan bertanda dengan menggunakan hanya sebelah kaki.

4. Pukul Berapa Datuk Harimau
"Pukul berapa datuk harimau?" tanya sekumpulan kanak-kanak kepada seorang kanak-kanak yang menjadi datuk harimau di hadapan sambil mengikut arah jalannya.
"Pukul 10" Datuk Harimau menjawab dengan suara yang dibuat-buat garau dan garang.
"Pukul berapa datuk harimau?" tanya lagi kanak-kanak dibelakang sambil bersedia untuk lari.
"Pukul 11" datuk Harimau bersedia untuk menangkap kanak-kanak dibelakangnya. Apabila Datuk harimau menjawab "pukul 12" dia akan berlari mengejar kanak-kanak dibelakangnya. Kanak-kanak yang berjaya ditangkap akan kemudiannya menjadi Datuk Harimau.

5. Polis Sentri (Police and Thief)
Aku tak berapa ingat lagunya macam mana. Mungkin bagi sesetengah orang lagunya berbeza tapi seingat aku yang kami nyanyi waktu main permainan ni berbunyi;
"Police Sentri Want to Jaga
Polis Mati Pencuri Jaga.."
Permainan dimulakan dengan seorang kanak-kanak menutup matanya dan menyanyi lagu tersebut sambil kanak-kanak yang lain mencari tempat persembunyiaan. Bila selesai dia menyanyi dia akan mencari kawan-kawannya yang bersembunyi tadi. Sesiapa yang dijumpai akan kemudiannya ditangkap dan dikehendaki menggantikan orang yang menyanyi tadi. Sesiapa yang berjaya bersembunyi tanpa ditangkap akan dikira pemenang.

6. Teng teng
Permainan ini pula dilukis atas simen dalam bentuk kotak-kotak berbentuk T. Kemudiannya dengan sebelah kaki dia memijak dan melompat kotak-kotak tersebut dan membaling ke belakang sebijik batu untuk ditawannya sebagai rumahnya. Dia mesti membaling ke belakang tanpa menoleh dan batu tersebut mesti melalui atas kepalanya. Kawannya pula akan mengulangi perkara tersebut dan cuba menawan rumah/kotak yang lain. Sesiapa yang paling banyak rumah/kotak yang ditawan dikira sebagai pemenang.

7. Mencari Cucu
Permainan ini ada ditunjukkan dalam cerita Musang Berjanggut ketika P Ramlee pergi merantau dan terlihat sekumpulan wanita sedang bermain permainan ini.
Permainan ini dimulakan dengan lagu dinyanyikan oleh sekumpulan cucu sambil mengelilingi nenek yang ditutup matanya.

"Nenek nenek si bongkok tiga, siang malam asyik berjaga.
Mencari cucu dimana ada, nenek ku kahwin dengan anak raja.."

Kemudian Nenek pula akan menjawab dengan nyanyian;

"Cucu cucu di mana ada, nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti, siapa yang dapat dia yang jadi.."

Selesai nyanyian nenek, cucu akan duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Kemudian, dengan menggunakan tongkat nenek akan mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu, nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.

Sekiranya tekaan nenek betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan akan diteruskan.

8. Jala Itik
Aku tak ingat sangat bagaimana permainan ini dimainkan cuma boleh recall nyanyiannya sahaja. Lagu yang berbunyi;

'Jan-jan jala itik jala ayam.
Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh.
Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah."

Terdapat lagi permainan seperti Baling Selipar, Tarik Upih Pinang, Chop Tiang, Enjit-enjit Semut, Tom Tom Bak, Telefon Buruk, Zero Point, Tutup Botol dan Konda Kondi..
Memang menarik permainan-permainan ini tetapi sudah banyak yang tidak dimainkan oleh kanak-kanak generasi sekarang..Yang masih ada pun cuma permainan seperti congkak, batu seremban sahaja yang masih boleh dilihat dimainkan oleh masyarakat hari ini..

Rasa-rasanya ada lagi tak permainan yang korang pernah main masa kecik-kecik dulu yang tak disenaraikan di sini..Kongsi-kongsilah di sini..

Saturday, February 19, 2011

Masak-Masak : Kuih Temosa


Wahh..ni mesti ada yang tak pernah dengar nama kuih ni kan..Kuih ni glamor kat pantai timur je. Bentuknya macam karipap tapi intinya kelapa dan ikan..Rasanya marvellous! hehehe..Duk kat KL ni susah betul nak cari kuih ni..So disebabkan teringin sangat nak makan kuih ni, aku pun godek2 le internet mintak tolong uncle google. Hahaha..berpandukan resepi yang ada berserta beberapa percubaan berjaya jugak lah kuih yang namanya temosa ni berhasil..

So aku share kan di sini untuk korang lak mencubanya kalau korang rajin le..hahaha..Aritu aku dah try buat.. siap aku jamu kakak, adik, mama dan abah aku suruh dorang cuba tapi dorang tak caya aku yang buat..Hadoii..penat je aku menguli tepung..Huhuhu..

Bahan A (Doh)
3/4 kg- 1 kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
sedikit garam
air secukupnya
acuan karipap

Cara-caranya:
1. Gaul tepung dengan garam.
2. Curahkan minyak masak yang telah dipanaskan ke dalam tepung dan gaul rata menggunakan sudu.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.
4. Biarkan sebentar selama 1 jam untuk doh sebati dan lembut.

Bahan B (Inti)

6 ekor Ikan kembung/sardin/selayang saiz sederhana
1/2 kotak santan (boleh tambah air kalau pekat)
5 ulas bawang merah di tumbuk/dicincang
Sedikit halia ditumbuk lumat
Sesudu besar halba
2 batang serai ditumbuk lumat
Sedikit garam

Cara-caranya

  1. Rebus ikan dan ambil isinya sahaja.
  2. Blend isi ikan dengan santan hingga halus. Masak dalam kuali dengan api sederhana.
  3. Setelah santan sedikit kering, masukkan bawang, halia, halba, serai dan garam.
  4. Masak inti tersebut hingga kering.
  5. Kemudian, ambil sedikit doh dan nipiskan doh dgn mencanai di antara lapisan plastik yang ditabur sedikit tepung gandum.
  6. Bila doh sudah nipis, letak diatas acuan karipap dan masukkan sedikit inti
  7. Kepit doh tersebut menggunakan acuan tersebut kemas-kemas dan buangkan lebihan dohnya.
  8. Ulang hingga habis doh dan intinya.
  9. Kemudian, goreng dalam minyak yang panas hingga keemasan. 
  10. Untuk mengulangi gorengan dan mengelakkan temosa menjadi menggerutu, tutup api terlebih dahulu. 
  11. Tunggu hingga minyak sejuk sedikit dan panaskan kembali kuali tersebut. Kemudian baru ulangi gorengan tersebut. Proses ini agak lambat dan leceh tetapi ia menjamin temosa anda tidak menggerutu dan nampak cantik bila dimakan!
  12. Selamat Mencuba!

Friday, February 18, 2011

Tazkirah Jumaat : Sedekah dan Amal Jariah














Assalamualaikum wrt wbt.

Sempena penghulu hari ni ingat nk citer la skit pasal sedekah dan amal jariah..sesekali tulis tazkirah ni sebagai ingatan pada kita terutamanya diri sendiri tentang tujuan kita hidup atas muka bumi ini adalah untuk mendapatkan redha Allah atas setiap apapun perkara yang kita lakukan..

Masa jalan-jalan kat kedai buku ingat nak carila buku yang tengah kontroversi sekarang ni tetiba ternampak ada satu buku bertajuk Ajaibnya Sedekah yang ditulis oleh Muhammad Muhyidin terbitan PTS Millenia Sdn Bhd..aku pun belek-belek buku tu saja nak baca-baca dulu..bagus jugak bukunya sebab pengarangnya ada menceritakan kisah-kisah keajaiban sedekah di mana bukan sahaja sedekah boleh mendatangkan kekayaan tetapi juga mendatangkan kebahagiaan..

Terdapat satu Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu
sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud 


Jadi sebenarnya tanpa sedar sedekah ni boleh kita lakukan tak kira masa mahupun tak kira berapa jumlahnya, rm1 ke rm10 ke yang paling penting ikhlas..Melihatkan ramai sangat peminta sedekah yang berkeliaran di KL ni kita pun kadang tu confius betul ke mereka ni orang susah, entah-entah kadang tu pendapatannya lebih banyak berbanding kita sedangkan pekerjaannya hanya peminta sedekah!

Rasanya kalau dah sampai tahap tu kalau rasa-rasa nak bagi, bagi jela dengan ikhlas tak perlu diungkit siapa dia dan berapa pendapatannya..Kalau rasa takut atau was-was nak bersedekah pada orang-orang tersebut eloklah bersedekah sahaja di masjid-masjid atau surau-surau..mungkin sedekah kita lebih terjamin agihannya dan kegunaannya..

Gambar di atas tu sebenarnya masjid yang dibina khas sempena arwah Moyang kami yang bernama Haji Taib di Bachok, Kelantan. Ianya dibina bersebelahan rumah datuk saudara sebelah abah. Sesekali berkunjung ke Kelantan bila pulang berhari raya kami akan singgah bersolat di masjid ini. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada arwah dan ditempatkan bersama orang-orang mukmin dan soleh..

Mudah-mudahan kita juga berkesempatan membelanjakan wang, mewakafkan tanah, meninfaqkan harta di jalan Allah s.w.t sebagai bekalan kita nanti. Biarpun nilainya tidak seberapa namun mudah-mudahan amalan dan sedekah jariah kita beroleh keredhaan-Nya..Insya Allah..

Friday, February 11, 2011

Tazkirah Jumaat : Kasih Ibu Membawa ke Syurga

Artikel ini ditujukan khas buat insan-insan yang masih mempunyai ibu, mama, mummy, ummi dan emak juga buat yang telah kehilangan mereka. Semoga kita terus menabur bakti kepada ibu bapa kita terutamanya ibu kita walaupun kita sudah dewasa, sudah berkahwin mahupun sudah mempunyai keluarga sendiri. Tidak bermakna kita sebagai wanita yang sudah berkahwin, tanggungjawab tersebut gugur. Malah tanggungjawab kepada ibu bapa tidak akan pernah putus dan gugur walaupun syurga isteri terletak bawah kaki suami. Semoga artikel yang ditulis oleh Mohd Fadly Samsudin ini membawa kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa ibu adalah segala-galanya, tanpa ibu siapalah kita..

Imbau semula ingatan kita pada zaman kanak-kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain ibu berkejar mendapatkan kita dan apabila menerima berita gembira ibu orang pertama kita beritahu.

Pendek kata, semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, hati mana tidak tersentuh apabila menyaksikan terdapat banyak kes penderhakaan terhadap ibu.
Ada sanggup melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada sanggup memukul ibu hanya kerana perselisihan kecil.

Firman Allah yang bermaksud :" Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu) : Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali." (Surah al-Luqman ayat 14). Hanya Allah mampu membalas bakti dan jasa ibu kepada anaknya. Ibu tidak pernah kecewa apabila ditimpa kesusahan demi anak tersayang.
Justeru, kita dilarang menderhaka kepada ibu, mengecilkan hati, melawan atau mengherdiknya.

Menderhaka kepada ibu bapa adalah satu dosa besar dan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat lain.

Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Ketika kita sakit atau demam, ibu baring di sebelah kita untuk memastikan kita selesa.

Bukan menidakkan peranan ayah, namun ibu adalah segala-galanya. Yang sedihnya, selepas dewasa dan berdikari kita tergamak melukakan hati ibu.

Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahi di kampung kerana ia adalah amalan yang mulia. Sepatutnya, anak tiada alasan untuk tidak menziarahi atau menghubungi ibu apatah lagi dengan kemodenan teknologi maklumat. 
Terdapat kisah pada zaman nabi apabila seorang lelaki yang datang berjumpa dengan baginda kemudian menyampaikan hasratnya menyertai baginda berjihad.
Baginda menjawab bukan seperti : "Adakah kamu handal dalam menunggang kuda?", "Adakah kamu bijak bermain pedang?", "Adakah kamu mempunyai tubuh badan yang kuat dan sihat?"

Tetapi, baginda bertanya kepada lelaki berkenaan" Adakah kami masih mempunyai ibu dan bapa?" Kemudian lelaki itu menjawab: "Saya sudah tiada bapa, tetapi masih mempunyai seorang ibu di rumah."

Baginda berkata: "Adakah ibumu tidak memerlukanmu untuk menjaganya?". Lelaki berkenaan menjawab: "Semestinya dia memerlukan saya."

Baginda menasihatinya: "Pulanglah kamu ke pangkuan ibu kamu kerana sekiranya kamu berbakti kepadanya, sesungguhnya pahala yang akan kamu terima adalah sama seperti pahala jihad fisabilillah"

Jangan pula apabila sudah berkeluarga atau tiada dalam tanggungan keluarga kita semakin menyisihkan ibu.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Badli Shah Alaudin berkata martabat ibu adalah kedua tertinggi selepas mentaati Allah

Perkara ini berdasarkan 'tartibul kalimat' iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi beberapa firman-Nya sebagai contoh dalam Surah al-Israa' ayat 23 yang bermaksud : "Dan TuhanMu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa"
Antara ibu dan bapa pastilah ibu mempunyai martabat tertinggi jika merujuk kepada sahih Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan pernah Muawiyah bin Haidah al-Qusairi bertanya kepada Rasulullah siapa yang wajib ditaati. Jawab Rasulullah: "Ibumu". Tiga kali Nabi ditanya dan itulah juga jawapan yang sama diberikan. Yang terakhir barulah baginda menyatakan: Ayahmu dan kemudian yang terdekat dan yang dari kerabat."

"Bahkan ulama menyatakan, ada tiga jenis perintah Allah yang berangkai dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain iaitu yang pertamanya mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, kedua taat kepada Allah dan Rasulullah dan ketiganya bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada ibu bapa.
"Ketiga-tiga perintah ini mestilah serangkai dan Allah tidak akan menerima yang satu tanpa gandingannya", katanya.
Beliau berkata ibu mendapat martabat tinggi adalah kerana peranan terbesar mereka mengandungkan kita dan ia tidak mampu dipikul oleh mana-mana lelaki.
Sambutan Hari Ibu belum cukup membalas jasa ibu selama ini.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burqah berkenaan seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat.

Sesudah selesai bertawaf beliau bertanya Ibnu Umar : "Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini dapat membalas jasa ibuku?". Jawab Ibnu Umar: "Tidak. Apa yang kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hempusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu".

"Namun usaha adik beradik untuk sama-sama meluangkan masa balik kampung dan berkumpul kemudian mengadakan majlis makan bersama meraikan ibu tercinta boleh menjadi permulaan kepada satu usaha yang baik."

"Kegembiraan ibu melihat anak pulang berkumpul itu sahaja sudah menjadi satu ibadah", katanya.

Badli Shah berkata menjadi dosa kepada anak yang menderhaka kepada ibu bapa.

Dalam al-Adat al-Mufrad ada mencatatkan sembilan jenis dosa yang dimurkai Allah swt dan antaranya ialah menghina ibu bapa dan (menyebabkan) ibu bapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).

"Allah mewajibkan anak memuliakan serta menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada ibu bapa", katanya.

Selain itu, beliau berkata dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah! Maka Rasulullah ditanya: Siapakah yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah daripada mereka sudah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran kegagalan berkhidmat kepada mereka)"

"Justeru, berbaktilah kepada mereka sementara mereka masih hidup. Jangan apabila mereka sudah meninggal dunia, barulah kita mahu membina batu nisan terbaik atau mencetak surah Yasin khas untuk tahlil ke atas mereka", katanya.

Buat yang masih mempunyai ibu, renungkanlah. Kita sebenarnya tanpa sedar melukai ibu dengan menidakkan bakti ibu melahirkan, membesarkan kita dengan mengambil mudah perasaan ibu kita. Apabila dewasa, berkerjaya, berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri kita menyisihkan jasa dan pengorbanan ibu yang hampir setiap malam mendoakan kita dalam jaga dan tidurnya. Tanpa sedar kita sebenarnya melukai hatinya yang menangis mengenangkan kita..



Masak- Masak : Ikan Siakap Kukus

Actually dah banyak kali try resepi ikan siakap kukus atau siakap stim ni..tapi susah betul nak jumpa yg betul2 rasa yang macam kat kedai tu..huhu..so, berpandukan beberapa buku masakan, rujukan internet dan agak2 sendiri so malam tadi berjaya jugaklah masak siakap kukus ni..hehehe..

Bahan A
Ikan siakap saiz sederhana
1    sudu teh tepung jagung
1/2 sudu teh garam

Bahan B
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 kiub pati ikan bilis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
2 sudu besar air asam jawa
1 biji labu jeruk bawang putih dipotong empat
2-3 biji asam boi
2 ulas bawang putih dicincang
2 batang serai dipotong nipis
5-7 biji cili api diketuk
seulas halia muda sebesar ibu jari dihiris memanjang
sehelai daun limau purut dihiris halus
segenggam sohun
sedikit air

Bahan c (untuk hiasan)
1 batang carrot dipotong halus
1 biji cili besar dipotong nipis
sedikit daun ketumbar


Cara-caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan yang telah dikelar badannya dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas satukan bahan B dan gaul rata.
3. Panaskan periuk kukus.
4. Letakkan ikan di dalam pinggan yang tahan panas dan tuang bahan B ke atas ikan.
5. Masak dalam periuk kukus selama lebih kurang 10-15 minit.
6. Setelah masak, taburkan bahan C sebagai hiasan.
7. Hidangkan panas bersama nasi.

Selamat mencuba!

Tuesday, February 8, 2011

Vietnam : Indo China Yang Unik dan Memukau

Rasanya baru sangat melawat Hanoi tapi bila belek-belek passport rupanya sudahpun 2 tahun  berlalu..Jadi, kesempatan melawat ke Ho Chi Minh City akhir Januari lepas memang sangat dinanti-nantikan..Hanoi merupakan ibu negara Vietnam yang terletak di bahagian utara Vietnam manakala Ho Chi Minh City pula terletak di bahagian selatan dan merupakan bandar yang paling luas di Vietnam. Ho Chi Minh City yang dahulunya dikenali sebagai Saigon mempunyai penduduk yang paling ramai di Vietnam..

Ho Chi Minh City merupakan sebuah bandar yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bandar ini tidak pernah sunyi dengan kenderaan yang bertali arus dan peniaga yang berniaga di tepi-tepi jalan siang dan malam. Kebetulan semasa kunjungan kami, orang-orang di sini sedang membuat persiapan menyambut perayaan Tet atau kalau di Malaysia dipanggil Chinese New Year. Memang sangat happening kerana Tet merupakan perayaan terbesar bagi masyarakat di sini..

1. Ben Thanh Market

Ben Thanh Market adalah sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis keperluan daripada makanan, buah-buahan, sayur-sayuran hinggalah kepada pakaian, beg, aksesori wanita dan sebagainya. Pasar ini disusun mengikut kategori barangan di mana bahagian depan adalah barangan kering dan bahagian belakang diletakkan peniaga yang menjual barangan basah. Uniknya mengenai pasar ni adalah disebabkan bila peniaga-peniaga tersebut ternampak rakyat Malaysia terutamanya yang memakai tudung pasti mereka akan terjerit-jerit memanggil;
"kak singgah kak, murah2 xde mahal" seorang lagi kawannya akan memegang lengan kita memujuk untuk membelinya;
"kakak, abang..singgah sini. telekung ada, baju ada, baju kurung ada boleh siap satu hari kakak, singgah2 kakak..kakak cari apa kakak.." 
biasanya aku hanya senyum dan menggeleng lalu berlalu sahaja..Kalau ada yang berkenan kami akan singgah dan berlakulah sedikit tawar menawar..
Begitulah uniknya pasar Ben Thanh ni..bukan senang di luar negara kita nak dengar rakyat negara tersebut berbahasa melayu.. seingat aku yang aku pernah dengar peniaga berbahasa melayu hanya di Mekah, Madinah, Dubai, dan Ho Chi Minh City ini sahaja. Mungkin di tempat-tempat ini memang ramai rakyat Malaysia yang mengunjunginya..Terasa seperti berjalan-jalan di Malaysia sahaja!

2. Cyclo

Cyclo ni adalah sebuah beca seperti yang terdapat di Melaka dan Penang. Uniknya Cyclo ini kerana penumpangnya akan duduk di bahagian hadapan manakala pemandunya akan mengayuh di bahagian belakang. Apabila mereka melihat rakyat Malaysia mereka pasti akan memanggil;
"Malaysia! Mari2 VND15,000 sahaja!
"Mau pergi mana, Hong Kong Market?"
Menaiki cyclo ini tidaklah seronok sangat berikutan cuaca yang panas dan berhabuk di Ho Chi Minh City. Jalanrayanya penuh dengan motosikal yang bertali arus. Tambahan pula kadang2 bayaran yang dikenakan tidak sama dengan harga yang dirunding terlebih dahulu. Jadi awaslah bagi yang ingin mencuba kerana harga yang dibayar mungkin lebih mahal sehingga beratus ribu dong ditambah pula dengan masalah bahasa bagai ayam bercakap dengan itik! Memang akan timbul salah faham..

3. Vietnam Silk

Uniknya Vietnam ini kerana suteranya merupakan antara yang terbaik di dunia. Seni buatannya halus dan masih menggunakan cara lama bagi menghasilkan sutera. Kunjungan ke Hanoi 2 tahun lepas kami sempat ke Perkampungan Sutera Van Phuc Ha Dong bagi menyaksikan pembuatan sutera daripada ulat sutera hinggalah menjadi kain sutera yang halus dan cantik. Kalau ke Hanoi korang boleh terus membelinya daripada perkampungan sutera, takpun boleh juga beli di Hang Gai Street. Kalau di Ho Chi Minh City, ianya banyak dijual di Ben Thanh Market. Bagi yang berkunjung ke Vietnam jangan lupa belilah 2-3 pasang untuk di bawa pulang!

4. Notre Dame Cathderal

Bukan di Paris sahaja yang ada Notre Dame tapi di Ho Chi Minh City, Vietnam juga ada gereja yang sama seperti yang terdapat di Paris. Reka bentuknya hampir sama disebabkan Vietnam pada masa dulu pernah dijajah oleh pihak Perancis. Terdapat banyak lagi peninggalan Perancis di Vietnam selain gereja ini.


5. Opera House

Opera House ni terletak di Dong Khoi Street. Dong Khoi Street ni adalah jalan yang terletaknya butik-butik yang terkenal seperti Louis Vuitton, Omega dan sebagainya. Landmark yang paling mudah ialah kalau daripada Ben Thanh Market korang berjalan ke sebelah kiri dan cuba dongakkan kepala dan cari Hotel Sheraton. So berjalanlah ke arah Hotel Sheraton tersebut sebab hotel tersebut terletak di jalan yang sama. Opera House ni bersebelahan sahaja dengan hotel tersebut. Bila dah sampai area sini bolehlah melawat sekali Masjid yang terletak di Dong Du Street bersebelahan Hotel Sheraton ini juga. Korang bolehlah pilih untuk makan tengahari di beberapa restoran halal yang terdapat di sini.

6. Chu Chi Tunnel




Tempat ni terletak lebih kurang 70km daripada bandar Ho Chi Minh dan perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 1jam 45minit. Kami ke sana menggunakan perkhidmatan syarikat TNK Travel yang terletak di De Tham Street, District 1 dan hanya perlu membayar usd7 seorang. Harga tersebut hanyalah untuk pengangkutan pergi dan balik. Harga tiket masuk ke Chu Chi Tunnel pula VND80,000 seorang iaitu lebih kurang us4 seorang. Jadi harga keseluruhannya adalah usd11 seorang termasuk tiket, pengangkutan bas ekspress pergi dan balik serta sedikit jamuan ubi kayu rebus dan teh hijau di sana. Sangat2 berbaloi!

Tempat ni merupakan tempat di mana rakyat Vietnam bertempur dengan askar Amerika yang menyaksikan kemenangan di pihak Vietnam. Di sini korang berpeluang melihat laluan bawah tanah yang dibina sendiri oleh rakyat Vietnam dan dikenali sebagai "tunnel rat" sepanjang 200km! Mereka hidup, makan, memasak, tidur dan bertempur di bawah tanah sepanjang tempoh peperangan. Korang juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa jenis perangkap atau "trap" yang dorang buat untuk mengalahkan musuh. Dan korang juga berpeluang melalui sendiri laluan bawah tanah tersebut yang sangat sempit hinggakan korang terpaksa merangkak dan meraba2 dalam keadaan gelap tanpa cahaya di bawah sana!

Selain itu, korang boleh juga mencuba senapang M16 ataupun AK47 dan perlu membayar usd200,000 untuk minima 10 butir peluru. Tidak perlu latihan, tidak perlu lesen kepada sesiapa yang berani mencuba, korang berkesempatan mencubanya sendiri di sini! Sudah tentulah dibawah seliaan ketat pegawainya yang terlatih.

Pengalaman di Chu Chi Tunnel sangat-sangat menyeronokkan! Dalam masa yang sama aku dan suami sentiasa beringat-ingat dan banyak berdoa kerana di tempat inilah beratus ribu nyawa telah menjadi korban..

7. Vietnamesse Coffee

Kat sini ada pelbagai jenis coffee yang dijual sebab orang-orang vietnam ni suka minum black coffee. Kalo berjalan2 korang boleh tengok pemandu bas atau teksi "tapau" black coffee ni dengan cawan dan diminumnya sambil memandu..
Ada macam2 brand : Highlands Coffee, Vina Coffee, Dragon Coffee.. Dan ada Mocca, Cappucino, Espresso, Vanilla dsb. Rasa vietnamesse coffee pun sedap, pekat dan ada umppphhh! hehehe..

8. Buah-buahan


Di Vietnam terdapat pelbagai jenis buah2an seperti juga di Malaysia. Ada beberapa buah yang ada terdapat di Malaysia seperti nangka, limau bali, dragon fruit, durian, manggis, longan, jambu air dan mangga. Ada juga buah2an yang agak sukar didapati di Malaysia seperti Nona, Markisa dan Passion Fruit. Buah2an ini banyak dijual di belakang pasar Ben Thant ataupun di Night Market. Kalau berkesempatan korang cubalah beberapa buah2an di sini. Paling penting jangan lupa cubalah air kelapa di sini. Rasanya memang sedap!

9. Motosikal yang bertali arus

Uniknya Vitenam ini kerana motosikalnya mengusainya hampir 85% jalan. Kenderaan lain seperti teksi, bas dan mpv juga ada tetapi kenderaan persendirian amat jarang dapat dilihat . Walaupun motosikal dan kenderaannya bertali arus tapi tidak pula "jammed" mahupun berlaku kemalangan ngeri seperti di Malaysia.

Bagi pejalan kaki seperti kami, untuk melintas jalan di Vietnam ni ada beberapa tips. Pertama apabila korang hendak melintas perlulah tunggu volume kenderaan terutamanya motosikal berkurangan terlebih dahulu. Kedua, apabila sudah berkurangan, korang melintas sambil mengikut arusnya. Ketiga, jangan teragak2 untuk melintas kerana kenderaan terutamanya motosikal akan adjust speed mereka apabila melihat anda melintas jalan. Dan keempat, jangan sesekali mengundur kembali kerana kenderaan akan sukar adjust speed mereka untuk mengelakkan anda. Dan kelima, apabila sudah berada di tengah2 jalan ikutlah laluan arus hingga selamat melintas jalan. Cubalah tips ini anda pasti berjaya melintas jalan dengan selamat walaupun di jalan paling sibuk di Ho Chi Minh City iaitu di bulatan depan Ben Thanh Market!

10. Vietnamesse Cuisine

Kesempatan berkunjung ke Vietnam kami tidak melepaskan peluang mencuba beberapa jenis masakan Vietnam. Pho atau Vietnam Beef Noodles yang paling sedap rasanya di Kedai Shamsuddin. Di Kedai ini juga kami mencuba satey ayam yang lain rasanya berbanding yang terdapat di Malaysia. Rasanya lebih enak dan lembut. Fish with Pineapple Vietnamesse Style dan Fish Sweet Sour Style kami cuba di VN Halal Restaurant. Resepinya authentic daripada Vitenam. Rasanya memang teringat2! Cubalah sendiri..

Sunday, February 6, 2011

Nostalgia : Filem Hantu Paling Seram di Malaysia


Sekarang ni di Malaysia musim filem-filem seram..macam-macam tajuk ada..Yang sebelum ni ada filem Santau, Pontianak Harum Sundal Malam, Jangan Pandang Belakang, Congkak.. Sekarang ni pulak keluar cerita Khurafat. Nanti-nanti pulak nak keluar cerita Karak..Fuhh, macam-macam cerita seram sekarang ni kan..Tapi rasanya filem-filem seram yang 'dodulu' jugak yang membekas di hati..sampai sekarang pun mesti teringat-ingat cerita-cerita ni kalau sembang dengan kawan-kawan takpun bila sembang dengan kakak-kakak..huhuhu...

1. Misteri Rumah Tua
Cerita ni kalau tak silap mengenai sekumpulan pelajar yang masuk hutan takpun tengah mengembara ke dan kemudiannya terjumpa sebuah rumah banglo tinggal. Hantunya ialah lakonan Noor Kumalasari. Part yang rasanya paling seram ialah bila hantu tu bertukar daripada patung kepada hantu masa tengah hujan..Satu lagi part yang best masa hantu pusing-pusingkan kepala 360 darjah dan kepalanya melayang-layang..fuyoo..dahsyat betul seramnya..Rasa macam nak tengok lagi je cerita ni..Tapi kat mana nak cari ek..Sesapa yang still ada koleksi video nya bolehla share..

2. Rahsia
Yang ni pulak cerita tentang anak patung yang dibawa balik oleh seorang ayah ..walaupun dah dibuang ke laut pun still ikut balik ke rumah..Rasanya baru-baru ni pernah nampak cerita ni ditayangkan semula di astro kalau tak silap..

3. Perjanjian Syaitan
Cerita ni ialah filem seram lakonan Azean Irdawati..Tapi dah tak berapa ingat sangat jalan ceritanya..

Yang lain-lain pulak ada cerita Main-Main Hantu..Satu lagi cerita PontiAnak..Kalau di Indonesia masa tu popular dengan filem Sundel Bolong Malam Satu Sore lakonan Suzana yang jadi hantu..
Wahh..nostalgia betul kalau teringat cerita zaman dodulu ni..korang pulak apa filem hantu yang korang rasa paling seram? kongsi-kongsi lah di sini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...