Wednesday, January 26, 2011

15 Things To Do In Paris

1. Eiffel Tower

Ni memang landmark of Paris..kalo ke paris tak melawat tmpat ni tak namanya ke paris ler jawabnya..huhu..so pada sesape yang nk bersiar2 ke paris tu, tmpat ni mesti no 1 dalam senarai..Kalo nak ke eiffel tower ni elok pergi pagi2 betul sbb kalo dah tengahari skit sure queue nye panjang berjela-jela..Rugi masa je nanti nak menunggu beli tiket, menunggu naik lift, menunggu turun lift..fuhh..So bile dah sampai eiffel tower nanti korang ade 2 pilihan samada nak menapak naik tangga atau naik lift..Harga tiket naik tangga murah sikit la tapi masya Allah..penat tu..so elok naik lift jela..Mahal sikit pun berbaloi nak tengok pemandangan kotaraya paris daripada atas nun..

2. Notre Dame

Notre Dame ni sebenarnya cathedral, agaknya kalo takde cerita Hunchback of Notre Dame tu tak glamer gamaknya tempat tu..huhu.So tempat ni wajib pergi pun sebab ianya glamer..hahaha..kalo ke tempat ni bergambar-gambar kat luar tu ok ler. Struktur bangunannya agak gothic, tapi cantik le tmpatnya kan..

3. River Seine

Kalo kat London ada River Thames, di Vienna ada River Danube, di Prague ada Vltava River, kat Paris lak ada River Seine..so pada sesapa yang ada bajet lebih sikit tu boleh ler try cruise river seine ni tengok pemandangan sekeliling sungai ni..kat dalam citer Taken yang Liam Neeson berlakon tu kan ada diorang berlakon sekitar kawasan sini..memang cantik..

4. Musee De Lourve


Tempat ni pun wajib pergi bila dah sampai Paris tu sebab tempat ni adalah muzium yang sangat terkenal kerana di sinilah terletaknya lukisan potret Mona Lisa karya Leonardo Da Vincci tu..Pelancong datang daripada seluruh pelusuk dunia ke muzium ni pun sebab nak tengok lukisan ni la..maklum ler lukisan ni kan "the most famous painting in the history of art"..so kepada pencinta seni tu memang disinilah tempatnya..

5. Arch De Triomphe
Yang ini merupakan satu monumen berwarna putih yang terletak di hujung jalan Champs De Elysees, jalan yang terkenal dengan butik-butik mewah tu..bila dah sampai paris tu kena datang tempat ni untuk amik gambar..buat kenang2an cukupla..huhu..

6. Champs De Elysees


Yang ni pulak kalau kat Malaysia tu ala-ala Star Hill aka Bukit Bintang, banyak butik-butik fashion yang terkenal macam Cartier, Louis Vuitton, Coach, etc. So kepada yang minat dengan fesyen tu memang elok sangat la, bagi yang marhaen ni setakat "window shopping" leh la..huhu..

7. Louis Vuitton Boutique

Tempat ni pun masuk dalam senarai "things to do in paris" sebab brand ni kan menjadi kegilaan para pencinta fesyen..huhu..Butik ni pun terletak di jalan Champs De Elysees. Bangunannya punyala besar, dan harga katanya about 30% lebih murah daripada yang terdapat di Malaysia. Jadi kepada penggemar LV silakanlah..huhu..

8. Moulin Rouge

Yang ni pulak actually ala-ala kelab menari di paris. Aku tak tau pun tempat ni sehingga la di suatu hari itu (haha) aku tengok cerita Moulin Rouge kat HBO. che' suka! huhu..Tu pun sebab suka tengok Nicole Kidman dengan Ewan McGregor berlakon filem Moulin Rouge ni..sedey woo..ala-ala cinta sejati bawa ke mati..fuhh..Dah banyak kali tengok kat HBO pun siap mintak dengan incik suami belikan dvd nya pasal nak tengok banyak kali lagi..hehehe..Thank you incik suami!

9. Crepes

Crepes ni ala2 lempeng yang dimasak atas kuali leper dan disapu Nutella. Kalo korang suka boleh la letak sekali banana..hahaha..Kalo dah sampai paris tu jangan lupa cuba la crepes ni. Rugi tau tak cuba sebab bukan hari-hari pergi ke paris ye tak..huhu..sedapppp!

10. Galleries La Fayette / Au Printemps


Galeri ni merupakan sebuah pusat membeli belah yang saaaaangat besar..betul, tak tipu..mmg besar tempatnya. Penatlah nak abiskan jalan-jalan semua tempatnya. Macam-macam brand ada. Aku suka jalan-jalan bahagian perfume dengan handbag.. hahaha..i tgk Dior incik suami tengok Hugo Boss..hamboi3..hehe..i likeeee...huhuhu..kalo ke paris elokla pergi tempat ni dan ber "window shopping" la sekali sambil-sambil cuci mata, cuci hidung, cuci mulut..huhuhu..

11. French Pastries

Perancis ni bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik dan romantis tapi juga makanan yang enak dan lazat. Salah satunya ialah pastries yang "very irresistable". Macam2 pilihan ada : croissant, baguette, danish, pain au chocolat dan macam2 lagi le. So kalau dah sampai paris tu cubalah pastries nya. Sedapp.! Apapun pilihla yg halal..kan..kan..

12. Macaroons


Macaroons ni kalo nak translate kat bahasa yang lebih mudah ialah sejenis makanan ala-ala donut atau biskut keras yang di tengah-tengahnya ade disapukan perisa. Ada perisa strawberry, pistachios, chocolate, lemon, green tea etc..Rasanya manis dan "a bit crunchy". Macaroons paling best kat paris ialah La Duree, tapi harganya punyala mahal nak makan pun sayang..hehe...So pada yang nak mencuba macaroons tu pada harga yang berpatutan leh beli kat kedai bakery Paul..

13. La Defense

Tempat ni ialah kawasan pentadbiran kerajaan diorang di Perancis. Bangunannya punyala besar hingga sakit leherku memandang ke atas..hehehe..Kawasan La Defense ni terletak di bahagian paris yang moden, dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit..Sekurang-kurangnya kalau sampai ke tempat ni boleh tengok "different side of paris"..

14. Turkish Food



Restoran turki memang banyak di paris..Salah satu sebab dan yang merupakan sebab utama makanan turki ni masuk dalam "things to do in paris" ialah kerana ianya merupakan sumber utama makanan halal di paris. Kalo di paris jalan Rue De Fauborg tu memang sepanjang jalan tu banyak restoran halal. Ada restoran pakistan, india, turki..So disebabkan makanan turki susah nak jumpa kalo tak pergi Negara Turki kan, berbaloi le mencubanya di Paris..Makanannya pun tak banyak beza dengan makanan di Malaysia sebab rasanya agak spicy, ada nasi dengan beberapa pilihan lauk seperti ikan, ayam, daging lembu dan kambing..Selain sedap, kuantiti nya jugak banyak macam untuk makan 2 orang..fuhh, kenyang! jangan lupa untuk mencuba panini!

15. Souvenier


Ini part yang paling penting kalo travel betul tak..Pergi berjalan ke mana-mana pun tak sah kalo tak beli souvenier kan..Yela, takkan berjalan tangan kosong ye tak..Sekurang2nya beli la beberapa barang untuk diagih-agihkan sebagai tanda mata buat keluarga dan sahabat handai..Tips yang paling mudah beli jela keychain..hehehe.. selain harganya berpatutan, ianya juga senang nak packing..Bayangkan kalo beli tshirt satu sorang..Kalo ade 10 org, nak kena decide kaler lagi, saiz lagi, corak lagi..pening..pening..souvenier yang paling penting yang kena beli di paris ialah keychain eiffel tower..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...