Wednesday, January 26, 2011

15 Things To Do In Paris

1. Eiffel Tower

Ni memang landmark of Paris..kalo ke paris tak melawat tmpat ni tak namanya ke paris ler jawabnya..huhu..so pada sesape yang nk bersiar2 ke paris tu, tmpat ni mesti no 1 dalam senarai..Kalo nak ke eiffel tower ni elok pergi pagi2 betul sbb kalo dah tengahari skit sure queue nye panjang berjela-jela..Rugi masa je nanti nak menunggu beli tiket, menunggu naik lift, menunggu turun lift..fuhh..So bile dah sampai eiffel tower nanti korang ade 2 pilihan samada nak menapak naik tangga atau naik lift..Harga tiket naik tangga murah sikit la tapi masya Allah..penat tu..so elok naik lift jela..Mahal sikit pun berbaloi nak tengok pemandangan kotaraya paris daripada atas nun..

2. Notre Dame

Notre Dame ni sebenarnya cathedral, agaknya kalo takde cerita Hunchback of Notre Dame tu tak glamer gamaknya tempat tu..huhu.So tempat ni wajib pergi pun sebab ianya glamer..hahaha..kalo ke tempat ni bergambar-gambar kat luar tu ok ler. Struktur bangunannya agak gothic, tapi cantik le tmpatnya kan..

3. River Seine

Kalo kat London ada River Thames, di Vienna ada River Danube, di Prague ada Vltava River, kat Paris lak ada River Seine..so pada sesapa yang ada bajet lebih sikit tu boleh ler try cruise river seine ni tengok pemandangan sekeliling sungai ni..kat dalam citer Taken yang Liam Neeson berlakon tu kan ada diorang berlakon sekitar kawasan sini..memang cantik..

4. Musee De Lourve


Tempat ni pun wajib pergi bila dah sampai Paris tu sebab tempat ni adalah muzium yang sangat terkenal kerana di sinilah terletaknya lukisan potret Mona Lisa karya Leonardo Da Vincci tu..Pelancong datang daripada seluruh pelusuk dunia ke muzium ni pun sebab nak tengok lukisan ni la..maklum ler lukisan ni kan "the most famous painting in the history of art"..so kepada pencinta seni tu memang disinilah tempatnya..

5. Arch De Triomphe
Yang ini merupakan satu monumen berwarna putih yang terletak di hujung jalan Champs De Elysees, jalan yang terkenal dengan butik-butik mewah tu..bila dah sampai paris tu kena datang tempat ni untuk amik gambar..buat kenang2an cukupla..huhu..

6. Champs De Elysees


Yang ni pulak kalau kat Malaysia tu ala-ala Star Hill aka Bukit Bintang, banyak butik-butik fashion yang terkenal macam Cartier, Louis Vuitton, Coach, etc. So kepada yang minat dengan fesyen tu memang elok sangat la, bagi yang marhaen ni setakat "window shopping" leh la..huhu..

7. Louis Vuitton Boutique

Tempat ni pun masuk dalam senarai "things to do in paris" sebab brand ni kan menjadi kegilaan para pencinta fesyen..huhu..Butik ni pun terletak di jalan Champs De Elysees. Bangunannya punyala besar, dan harga katanya about 30% lebih murah daripada yang terdapat di Malaysia. Jadi kepada penggemar LV silakanlah..huhu..

8. Moulin Rouge

Yang ni pulak actually ala-ala kelab menari di paris. Aku tak tau pun tempat ni sehingga la di suatu hari itu (haha) aku tengok cerita Moulin Rouge kat HBO. che' suka! huhu..Tu pun sebab suka tengok Nicole Kidman dengan Ewan McGregor berlakon filem Moulin Rouge ni..sedey woo..ala-ala cinta sejati bawa ke mati..fuhh..Dah banyak kali tengok kat HBO pun siap mintak dengan incik suami belikan dvd nya pasal nak tengok banyak kali lagi..hehehe..Thank you incik suami!

9. Crepes

Crepes ni ala2 lempeng yang dimasak atas kuali leper dan disapu Nutella. Kalo korang suka boleh la letak sekali banana..hahaha..Kalo dah sampai paris tu jangan lupa cuba la crepes ni. Rugi tau tak cuba sebab bukan hari-hari pergi ke paris ye tak..huhu..sedapppp!

10. Galleries La Fayette / Au Printemps


Galeri ni merupakan sebuah pusat membeli belah yang saaaaangat besar..betul, tak tipu..mmg besar tempatnya. Penatlah nak abiskan jalan-jalan semua tempatnya. Macam-macam brand ada. Aku suka jalan-jalan bahagian perfume dengan handbag.. hahaha..i tgk Dior incik suami tengok Hugo Boss..hamboi3..hehe..i likeeee...huhuhu..kalo ke paris elokla pergi tempat ni dan ber "window shopping" la sekali sambil-sambil cuci mata, cuci hidung, cuci mulut..huhuhu..

11. French Pastries

Perancis ni bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik dan romantis tapi juga makanan yang enak dan lazat. Salah satunya ialah pastries yang "very irresistable". Macam2 pilihan ada : croissant, baguette, danish, pain au chocolat dan macam2 lagi le. So kalau dah sampai paris tu cubalah pastries nya. Sedapp.! Apapun pilihla yg halal..kan..kan..

12. Macaroons


Macaroons ni kalo nak translate kat bahasa yang lebih mudah ialah sejenis makanan ala-ala donut atau biskut keras yang di tengah-tengahnya ade disapukan perisa. Ada perisa strawberry, pistachios, chocolate, lemon, green tea etc..Rasanya manis dan "a bit crunchy". Macaroons paling best kat paris ialah La Duree, tapi harganya punyala mahal nak makan pun sayang..hehe...So pada yang nak mencuba macaroons tu pada harga yang berpatutan leh beli kat kedai bakery Paul..

13. La Defense

Tempat ni ialah kawasan pentadbiran kerajaan diorang di Perancis. Bangunannya punyala besar hingga sakit leherku memandang ke atas..hehehe..Kawasan La Defense ni terletak di bahagian paris yang moden, dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit..Sekurang-kurangnya kalau sampai ke tempat ni boleh tengok "different side of paris"..

14. Turkish Food



Restoran turki memang banyak di paris..Salah satu sebab dan yang merupakan sebab utama makanan turki ni masuk dalam "things to do in paris" ialah kerana ianya merupakan sumber utama makanan halal di paris. Kalo di paris jalan Rue De Fauborg tu memang sepanjang jalan tu banyak restoran halal. Ada restoran pakistan, india, turki..So disebabkan makanan turki susah nak jumpa kalo tak pergi Negara Turki kan, berbaloi le mencubanya di Paris..Makanannya pun tak banyak beza dengan makanan di Malaysia sebab rasanya agak spicy, ada nasi dengan beberapa pilihan lauk seperti ikan, ayam, daging lembu dan kambing..Selain sedap, kuantiti nya jugak banyak macam untuk makan 2 orang..fuhh, kenyang! jangan lupa untuk mencuba panini!

15. Souvenier


Ini part yang paling penting kalo travel betul tak..Pergi berjalan ke mana-mana pun tak sah kalo tak beli souvenier kan..Yela, takkan berjalan tangan kosong ye tak..Sekurang2nya beli la beberapa barang untuk diagih-agihkan sebagai tanda mata buat keluarga dan sahabat handai..Tips yang paling mudah beli jela keychain..hehehe.. selain harganya berpatutan, ianya juga senang nak packing..Bayangkan kalo beli tshirt satu sorang..Kalo ade 10 org, nak kena decide kaler lagi, saiz lagi, corak lagi..pening..pening..souvenier yang paling penting yang kena beli di paris ialah keychain eiffel tower..

Novel The Queen of Suspense : The Best!



Kali ni aku nk citer pasal novel..wahh..skrg jadi "hantu" novel lak..aritu masa p payless book fair d subang jaya smpat le memborong 5 bijik novel..sumenya novel author Mary Higgins Clark..Novel2 dia ni berunsurkn thriller..tu yg aku suka..kalo cite cinta ni mcm bosan skit psl mcm xrealistik kn..kalo lelaki mesti ala2 hensem n pompuan lak ala2 cantik dan ayu..tipu2..hu3...so baik layan thriller baru beshhhhh..

stkt ni da baca 11 titles da

1. Nightime is My Time
2. Remember Me
3. A Cry in The Night
4. Before I Said Goodbye
5. No Place Like Home
6. Let Me Call You Sweetheart
7. Pretend You Dont See Her
8. Silent Night
9. You Belong To Me
10. Daddy's Little Girl
11. I'll be Seing You
12. Dashing Through The Snow (co-writer Carol Higgins Clarks)

Personally aku paling suke "Remember Me" ngan "Let Me Call You Sweetheart". Seriously, 2 buah novel ni berjaya buat aku menghabiskannya seharian suntuk! huhu..teruk betul ek..Yang lain2 pn best gk smpai kadang2 tu bersengkang mata la membaca novel ni..hmm..kalo wat qiyamulail xpe gk ni baca novel..hadoyai..hu3..sebenar2nya, aku mmg xminat novel english pasal aku rasa lambat nk abis..kuang3..tapi nk tau x sape yg buat aku tetiba minat baca novel mary higgins nie?sape lg kalo bkn member aku teman dunia akhirat puan aisyah aka burn..haha..kelakar kn?

alkisahnya..cite ni bermula masa aku study d tahun 3..ade le pameran buku payless ni..si member ni ajak la aku p skali tgk2 buku..haha..aku ni agak skeptikal tgk novel english..hadoii..mau aku mengeja ni..xpn every ayat msti nk nengok dictionary..haha..teruk betul kn..tapi si member ni beriya2 suh aku beli satu..pujuk pnye pujuk pnye pujuk aku pn dgn berat ati nye belila satu novel penulis ni yg berjudul Nightime is My Time..dh beli tu lama gk terperuk kt umah tu smpaila cuti semester bermula dan aku pn mulala bosan tahap cipanzi maka aku pn belek2la novel tu..

Baca dan baca dan baca lagi..ishh..makin byk lak mukasurat yg dah aku abiskan..best le pulak..aku makin nk tau..perasaan dh mula debor..haha..best lak buku ni..baca pnye baca sedar2 da petang..aku cuma bhti bile nk solat + kucil2 je..fuhh..last skali abis gk buku tu..mmg syokk membacanya..ayat2 yg digunakan pn senang faham..xcaya try le baca satu novel nye..adik aku yg skeptikal tu pn da abis baca satu..lps abis baca yg tu aku mula mencari novel2 penulis ni d kedai payless d ampang point..asik2 cari novel penulis ni..smpaikn bila payless ampang point tutup aku sanggup p cari novel2 ni kat MPH Midvalley ngan Borders The Curve..fuhh..dahsyat tul..encik suami pn siap pnh suggest suh try2 tgk penulis lain kot2 mana tau ade yg best gk tp che' pndang sblh mata je..haha..teruk kn..

actually bkn aku xpnh try baca novel english yg lain..ade gk aku beli beberapa buah;
1. Paulo Coelho- The Alchemist, The Zahir, Veronika Decides To Die, Brida
2. Cecilia Ahern - Thanks For The Memories
3. Danielle Steel : Journey
4. Olivia Goldsmith : Switcheroo

Paulo Caelho tu mmg best..siap add as friend masa time ada myspace dodulu..huhu..Cecilia Ahern pn best sbb genre yg berbeza..Yg lain2 tu biasa2 je..hu2..

so buat yg perkenalkan aku pd novel Mary Higgins Clark , the Queen of Suspense ni aku berterima kasih gk la..pasal kalo dia xpaksa aku beli buku tu dlu maybe aku jd pembaca setia novel Ramlee Awang Murshid jela..huhu..so skrg ni da bertambah satu lagi koleksi novel penulis Mary Higgins Clark..

okla, nk start baca satu lg novel Mary Higgins ni sebelum aku p meredah lg payless book fair utk ku borong some more..huhuhu...

Saturday, January 22, 2011

10 Perkara Yang Saya Suka Tentang Cameron Highlands, Pahang

1. Strawberry..Strawberry..

Kalau nak dapatakn strawberry segar kat cameron la tempat paling best..Biasanya akan beli di Mardi. Memang segar-segar baru petik dari ladang. Kalo korang nak beli strawberry di Mardi korang kena datang awal-awal pagi. Kalo tak alamatnya habisss..

2. Goreng-Gorengan
Makanan ni aku tak tau korang panggil apa, tapi kalo kitorg satu family panggil makanan ni "goreng-goreng" hehehe..Ada udang goreng, ketam goreng, cendawan goreng, kimci goreng, brocolli goreng dan macam-macam lagi la. Biasanya banyak dijual di pasar malam brinchang..

3. Strawberi Coklat

Tak taula kenapa glamor betul makanan ni kat sini..rata-ratanya pasti ada yang membelinya. Tapi kalo adiri sendiri sedap tak? Jawapannya sedappp! hehehe...

4. Steamboat
Mana-mana restoran di cameron pasti menawarkan sajian steamboat. Sudah semacam tradisi pulak di sini.  Tapi buat first timer ke cameron memang rugi kalo tak pekena steamboat di cameron..Sangat sesuai gitu makan makanan panas di kala cuaca yang sejuk-sejuk ni..

5. Sayuran Segar
Di Cameron Highlands ni macam-macam sayuran ada.. Ada baby kailan, emak kailan, baby sawi, emak sawi, hahaha..Ni da semacam kewajipan pulak kalo pi cameron..Kalo tak beli tak namanya pi cameron kot..hehehe..Setiap kali pi cameron, selalunya memang beli di kedai yang sama di Kea Farm. Kedainya di sebelah kanan..Memang best sebab dapat good bargain..

6. Bunga Segar dan Kering
Ni satu lagi item yang aku suka bila pergi Cameron Highlands. Kalo bunga segar ni personally aku sukakan bunga lily sebab bunganya wangi dan nampak strong gitu..huhu..Tapi of course roses tetap di hati..hehehe..Lambang cinta lah katakan. Kalo balik daripada cameron mesti penuh vase kosong kat umah tu dengan bunga-bunga segar ni..

7. Pokok Bunga / Kaktus
Pelik betul di cameron ni banyak betul pokok kaktus. Bukan ke kaktus hidup kat tempat panas? Cameron kan sejuk..hmm..musykil jap..

8. Souvenier Strawberi
Ni pun dah mula popular di Cameron. Kalau di Kea Farm tu ada satu kedai yang penuh colour merah strawberi ni..Kat depan kedainya macam-macam di jual souvenier strawberi ni. Ada keychain, bantal kecik, bantal golek, bantal bulat, payung, belon, bola. Pendek kata semuanya strawberi. Boleh pilihlah mana satu yang berkenan di hati..

9. Teh
Di cameron ade 2 tempat minum teh, satu di Cameron Valley Bharat Tea dan satu lagi di Boh Tea Plantation..Cameron Valley Bharat Tea ni tepi jalan je kalau naik/turun ikut jalan daripada Tapah. Kalau Boh Tea Plantation lak memang betul-betul kat Cameron ni. Jalan nak masuk ke tempat ni agak sempit. Kalo datang masa peak hour especially time cuti sekolah memang akan jammed ler jalan tu. Sabar jelaa..
Teh ni biasanya kitorang akan stop untuk minum secawan teh dan beli 2-3 bungkus teah utk dibawa pulang. Kalo mama pulak mama suka Teh Boh..katanya ada "umpphh"..hehe

10. Strawberi Kering
Yang ni kalo nak beli elok beli di Kampung Sedia tak pun beli je di Mardi sebab kompem yang orang islam buat. Kalo yang di pasar malam brinchang tu tak berapa nak jamin kesuciannya. Elokla pilih yang diyakini status halal nya kan..

wahh..sudah 10 rupanya..anda pula bagaimana?

Thursday, January 13, 2011

Tazkirah Jumaat: Bersabar Dalam Berdoa


Sudah lama tak berkesempatan update blog..semasa tgh melayari beberapa laman web majlis agama,ade terjumpa petikan ni dalam laman web muip..bagus rasanya dapat dikongsikan di sini..
Sesungguhnya sabar dan redha itu punca ketaataan kepada Allah s.w.t. Semoga kesabaran dalam berdoa itu membuahkan hasil yang amat manis..Insya Allah..


Dari Abu Hurairah r.a bahawa nabi SAW telah bersabda:”Allah sentiasa memperkenankan doa seorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturrahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.” Lalu baginda ditanya oleh seseorang:”Apa maksudnya meminta dicepatkan?”Jawab baginda:”Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku telah berdoa, aku telah berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.”
(Muslim)
Huraian

Betulkah setiap doa akan dikabulkan oleh Allah ? Mungkin ada antara kita yang telah berdoa sesuatu namun tidak merasakan keberhasilannya. Selaku hamba, kita harus menyedari bahawa kita tidak berhak memaksa Allah kerana kitalah yang berhajatkan sesuatu bukan sebaliknya. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita atau mungkin Allah mempunyai ketentuan lain yang tidak kita ketahui. Mungkin juga doa kita bukan tidak dikabulkan tetapi ditunda waktunya atau diganti dengan yang lebih baik. Nabi Zakaria a.s adalah contoh manusia yang sangat kuat nilai kesabarannya. Baginda telah puluhan tahun berdoa agar dikurniakan zuriat namun belum dikabulkan Allah. Antara isi doa baginda ialah: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. (Maryam:4) sehingga pada akhirnya Allah SWT memakbulkan permintaan baginda dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya. Begitulah sikap yang seharusnya kita contohi iaitu jangan sekali-kali kecewa dalam berdoa.

Semoga ia sentiasa menjadi pesanan buat kita terutamanya diri ini agar tidak sesekali berputus asa dlm berdoa..Sentiasalah bersangka baik dengan Allah..Setiap apa yang berlaku pasti akan ada hikmahnya..Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...