Tuesday, September 28, 2010

Open House


Bila musim raya ni banyak jemputan dan undangan open house yang diterima samada daripada kenalan mahupun sanak saudara..ada juga kenalan yang bertanya "tahun ni kau tak buat open house ke?". sambil tersenyum aku menjawab "tiap-tiap tahun pun aku tak pernah buat open house. Kalau nak datang beraya datang lah.." Begitulah jawapanku saban tahun.

Sebenarnya aku tidak berapa setuju dengan konsep open house..aku tak pasti berapa ramai yang sependapat denganku ataupun berapa ramai yang menentangku. Tetapi aku beranggapan konsep open house bertentangan dengan amalan kunjung mengunjung di hari raya..

Ini kerana Open House biasanya akan dibuat pada hari tertentu yang dipilih oleh penganjur atau tuan rumah..Tuan rumah akan menjemput semua kenalan, sanak saudara, rakan sepejabat untuk datang bertandang pada hari tersebut..Biasanya waktu open house ialah daripada jam 2petang hingga 6petang..Jadi berpusu2 lah tetamu datang menjamu selera..Tetamu yang datang akan dijemput menikmati hidangan yang biasanya self service atau layan diri..Tuan rumah akan dilihat sibuk melayan semua tetamu yang hadir dan akan singgah sebentar di setiap meja tetamu..

Selesai menjamu selera dan mencuba semua makanan yang dihidangkan, tetamu akan berjumpa dengan tuan rumah dan meminta diri untuk pulang..Biasanya ketika bersalaman tuan rumah akan meminta maaf kerana tidak dapat melayan dengan baik setiap tetamu yang hadir..Mungkin ada beberapa kenalan yang akan melepak lama dengan tuan rumah sambil berborak2..

Berbeza dengan amalan kunjung mengunjung di hari raya, tetamu akan memilih hari dan masanya sendiri untuk datang berkunjung..Tuan rumah juga akan menghidangkan juadah untuk tetamu yang hadir sambil berbual mesra..Pasti ada sahaja cerita lucu, nostalgia, isu semasa dan pelbagai lagi yang dibualkan antara tetamu dan tuan rumah..Tetamu juga tidak akan berkecil hati kerana tuan rumah bersedia menerima kunjungannya dan melayannya sebagai tetamu yang berkunjung di hari raya..

Inilah budaya sebenar amalan kunjung mengunjung ini yang sememangnya bertentangan dengan amalan open house yang semakin membudaya dalam masyarakat kita..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...