Tuesday, September 28, 2010

Open House


Bila musim raya ni banyak jemputan dan undangan open house yang diterima samada daripada kenalan mahupun sanak saudara..ada juga kenalan yang bertanya "tahun ni kau tak buat open house ke?". sambil tersenyum aku menjawab "tiap-tiap tahun pun aku tak pernah buat open house. Kalau nak datang beraya datang lah.." Begitulah jawapanku saban tahun.

Sebenarnya aku tidak berapa setuju dengan konsep open house..aku tak pasti berapa ramai yang sependapat denganku ataupun berapa ramai yang menentangku. Tetapi aku beranggapan konsep open house bertentangan dengan amalan kunjung mengunjung di hari raya..

Ini kerana Open House biasanya akan dibuat pada hari tertentu yang dipilih oleh penganjur atau tuan rumah..Tuan rumah akan menjemput semua kenalan, sanak saudara, rakan sepejabat untuk datang bertandang pada hari tersebut..Biasanya waktu open house ialah daripada jam 2petang hingga 6petang..Jadi berpusu2 lah tetamu datang menjamu selera..Tetamu yang datang akan dijemput menikmati hidangan yang biasanya self service atau layan diri..Tuan rumah akan dilihat sibuk melayan semua tetamu yang hadir dan akan singgah sebentar di setiap meja tetamu..

Selesai menjamu selera dan mencuba semua makanan yang dihidangkan, tetamu akan berjumpa dengan tuan rumah dan meminta diri untuk pulang..Biasanya ketika bersalaman tuan rumah akan meminta maaf kerana tidak dapat melayan dengan baik setiap tetamu yang hadir..Mungkin ada beberapa kenalan yang akan melepak lama dengan tuan rumah sambil berborak2..

Berbeza dengan amalan kunjung mengunjung di hari raya, tetamu akan memilih hari dan masanya sendiri untuk datang berkunjung..Tuan rumah juga akan menghidangkan juadah untuk tetamu yang hadir sambil berbual mesra..Pasti ada sahaja cerita lucu, nostalgia, isu semasa dan pelbagai lagi yang dibualkan antara tetamu dan tuan rumah..Tetamu juga tidak akan berkecil hati kerana tuan rumah bersedia menerima kunjungannya dan melayannya sebagai tetamu yang berkunjung di hari raya..

Inilah budaya sebenar amalan kunjung mengunjung ini yang sememangnya bertentangan dengan amalan open house yang semakin membudaya dalam masyarakat kita..

Friday, May 7, 2010

Prague: Kota Romantis Eropah Timur











Wencesslas Square dan Opera House
Bawah: Prague Castle dan Charles Bridge

Peluang berjalan-jalan di Prague di Czech Republich tidak kami lepaskan bagi memaksimakan cuti hujung minggu kami. Bertolak ke sana seawal jam 8.00 pagi daripada Vienna International Bus Terminal di Edbergh hanya mengambil masa kira-kira 3 jam 45 minit ke Florenc Bus Terminal Prague berbanding dengan menaiki keretapi yang mengambil masa hampir 5 jam.

Menginap di Ibis Hotel Old Town Praha amat memudahkan percutian hujung minggu kami kerana penginapan kami terletak di kawasan yang amat strategik iaitu bersebelahan dengan shopping complex Palladium, 3 minit berjalan kaki daripada stesen metro Namesti Republiky, restoran makanan halal Istanbul Kebab 2 yang hanya terletak di seberang jalan hadapan hotel, juga yang paling penting tempat-tempat menarik sekitar Prague yang boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki! Semua yang pelancong inginkan, bukan?

Sebagaimana pelancong lain kami melawati sambil bergambar kenangan di Powder Tower, Municipal House, Astronomical Clock, Old Town Square, Jewish Quarter, Wencesslas Square, Charles Bridge, Mala Strana, National Gallery, Opera House juga yang paling indah Prague Castle..

Berjalan tanpa membeli belah tidak seronok rasanya. Maka kami singgah beberapa souvenier shop yang kebanyakannya menjual pelbagai jenis kristal pelbagai saiz dan harga..Masa yang ada kami habiskan dengan window shopping sambil menikmati aiskrim..Sempat juga kami membeli beberapa souvenier untuk dihadiahkan kepada keluarga juga sahabat seperti crystal bowl, crystal flower, crystal bracelet dan beberapa barangan lain.

Masa yang singkat di Prague kami maksimakan sebaik mungkin. Kenangan paling indah di sini ialah apabila kami bertemu dengan beberapa Muslim yang antaranya bekerja di kedai souvenier. Kami disapa dengan salam apabila melihat aku yang bertudung lalu dia berjabat tangan dengan suamiku. Katanya sekiranya ada apa-apa yang kami berkenan, dia boleh rundingkan dengan majikannya untuk mendapatkan harga terbaik kerana menurutnya itulah satu-satunya cara dia dapat menolong kita sesama Muslim. Dia begitu bersungguh-sungguh melaungkan "brotherhood" sambil menepuk-nepuk bahu suamiku. Kenangan tersebut kami bawa pulang sebagai memori indah yang dikenang sepanjang perjalanan pulang daripada Prague. Agungnya kuasa Allah..tidak kira walau di mana kita berada, semangat persaudaraan yang kukuh terpahat di jiwa itulah yang akan membantu sesama Islam..Indahnya bumi Tuhan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...